trending_flat

Penangkapan pendatang tanpa izin di perairan Filipina : MOTAC mulakan siasatan

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius berkenaan penahanan warganegara China dan Malaysia kerana memasuki Perairan Tugayo Hunasan, Sitangkai, Tawi-Tawi, Filipina secara haram pada 1 September 2024. Menurut laporan awal, tangkapan oleh pihak berkuasa Kerajaan Filipina terdiri daripada 8 warga China dan 3 warga Malaysia. "Individu-individu ini ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana memasuki perairan Filipina secara tidak sah. Laporan awal menyatakan pelancong tersebut telah ke lautan Malaysia bagi tujuan memancing dan telah memasuki lautan Filipina akibat cuaca buruk. MOTAC telah memulakan siasatan terhadap ejen pelancongan yang disyaki menguruskan/membawa penumpang berkenaan. Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengantung, membatal lesen, mengkompaun atau mendakwa ejen pelancongan yang terbabit." kata MOTAC. MOTAC turut memberikan peringatan kepada semua ejen pelancongan di seluruh negara […]

trending_flat

Integrated Power Services Memperoleh Aset Perniagaan ABB Industrial Services

Pemerolehan Menambah Pusat Servis Motor Elektrik, Penjana, Mekanikal, Peralatan Suis dan Pemutus Litar kepada Rangkaian Amerika Utara IPS yang Berkembang GREENVILLE, Carolina Selatan, Sept. 05, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Integrated Power Services (IPS), peneraju Amerika Utara dalam menservis, kejuruteraan dan pengilangan semula sistem pengurusan elektrik, mekanikal dan kuasa telah memuktamadkan pemerolehan perniagaan ABB Industrial Services, berkuat kuasa pada 31 Ogos 2024. Dengan lokasi di Arizona, Indiana, Carolina Utara, Alberta dan Ontario, ABB Industrial Services menyediakan keupayaan pembaikan dan servis medan berkualiti tinggi untuk motor elektrik sehingga 50,000 HP dan peralatan suis voltan rendah dan sederhana daripada 480V sehingga 15kV. Pusat servis ini juga melakukan pembaikan peralatan berputar pam, pemampat, peniup, bearing, kotak gear dan alur pemacu perlombongan OHV. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IPS, John Zuleger “Pemerolehan ini akan membenarkan IPS menambah lokasi di mana pelanggan telah menggesa kami untuk […]

trending_flat

Inisiatif Baitul Mahabbah : Saifuddin alu-alukan penglibatan NGO

KELANTAN, 4 September 2024 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah hadir melancarkan fasiliti Baitul Mahabbah Tanah Merah Kelantan semalam. Menurut Saifuddin, fasiliti tersebut telah mula beroperasi sejak 15 Julai 2024. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. merasmikan pelancaran fasiliti Baitul Mahabbah Tanah Merah Kelantan semalam. Kredit Foto Pejabat Menteri Dalam Negeri "Inisiatif Baitul Mahabbah ini diperkenalkan oleh Kerajaan Madani sebagai pusat penempatan sementara bagi menampung kanak-kanak warga asing berumur kurang 10 tahun yang ditahan bersama penjaga sehingga proses dokumentasi mereka selesai. Baitul Mahabbah ini bukan sekadar penempatan sahaja, bahkan anak-anak yang berada di sini diberi pembelajaran asas serta pelbagai aktiviti seperti membaca, melukis dan juga menyanyi." katanya. Saifuddin berharap agar inisiatif tersebut akan terus dapat menjaga kebajikan asas anak-anak ini sehingga proses dokumentasi mereka selesai. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution […]

trending_flat

Pengiktirafan 100 Koperasi Terbaik diharap dapat Motivasikan Gerakan Koperasi Negara

MELAKA, 5 September 2024 - Pengiktirafan 100 Koperasi Terbaik diharap dapat memotivasikan gerakan koperasi di seluruh negara dalam usaha kerajaan menjadikan gerakan koperasi sebagai ejen membasmi kemiskinan. Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2024 dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi di Melaka, semalam. Ab Rauf dan Ewon menyempurnakan gimik perasmian MAGK'24 Pada majlis itu lima koperasi dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024 masing-masing menerima anugerah. Penerimanya ialah Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad, Koperasi Tenaga Nasional Berhad dan Koperasi Ladang Berhad. Turut dilancarkan Buku Profil 100 Koperasi Terbaik di Malaysia 2024 Selain itu turut disampaikan lima Anugerah Koperasi premier 2024 iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, […]

trending_flat

Fadillah tiba di Jakarta

JAKARTA, 4 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah selamat tiba di Jakarta. Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta dalam sesi lawatan kerja rasmi beliau mulai hari ini hingga 6 September 2024. Beliau hadir dan menyampaikan ucaptama di Indonesia International Sustainability Forum 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia pada 5 – 6 September 2024 atas jemputan Kerajaan Indonesia. Kredit : FB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof  "Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), saya akan menyampaikan ucaptama di ISF 2024 bagi menzahirkan pendirian Malaysia dalam menunjukkan komitmen aktif dalam agenda kemampanan dan kelestarian dalam mitigasi iklim melalui perluasan penggunaan tenaga boleh baharu di peringkat nasional dan serantau. Ini termasuk dalam aspek coal phasing-out yang penting untuk diketengahkan di forum antarabangsa seperti ISF 2024. Ia juga […]

trending_flat

Harga runcit RON97 dan Diesel turun lagi

PUTRAJAYA, 4 September 2024 - Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 2 sen kepada RM3.40 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 2 sen seliter kepada RM3.16 seliter bagi tempoh 5 September 2024 hingga 11 September 2024. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga. Tambahnya, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 5 September 2024 hingga 11 September 2024 adalah ditetapkan seperti berikut: (i) harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 2 sen kepada paras RM3.40 seliter; (ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; (iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 2 sen kepada paras RM3.16 seliter; dan […]

trending_flat

Dato’ Sri Suriani beri Sumbangan Besar kepada KUSKOP, bantu PMKS dan Koperasi – Ewon

PUTRAJAYA, 4 September - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Ketua Setiausaha (KSU) KUSKOP Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad telah memberikan sumbangan besar kepada kementerian itu dalam membantu usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi di seluruh negara. Pertemuan Ewon dan Suriani di pejabatnya hari ini Ewon berkata, ia dapat dilihat berdasarkan pencapaian prestasi PMKS dan koperasi yang telah melonjak lebih baik selain prestasi pelaksanaan program dan projek pembangunan yang sentiasa mengatasi purata nasional. “Beliau (Dato’ Sri Suriani) juga memudahcarakan pelaksanaan fokus-fokus tambahan yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak seperti projek Tamu Desa, pembukaan cawangan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), pengwujudan BEEP Plus untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak, sesi libat urus khas belanjawan Borneo serta pelbagai inisiatif agensiagensi KUSKOP selain daripada fokus sedia ada di seluruh negara. Saya bertuah dapat bekerjasama dengan beliau dan saya amat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation