trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Kepulauan Andreanof, Kepulauan Aleutian

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kepulauan Andreanof, Kepulauan Aleutian pada jam 8:15 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:15 pagi, 9 Disember 2024Koordinat: 51.3° Utara 177.3° BaratLokasi: Kepulauan Andreanof, Kepulauan AleutianMagnitud: 6.3Jarak: 1,642km Timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy,RusiaKedalaman: 75 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

TVET perkasa sukarelawan dan komuniti dengan membentuk generasi berkemahiran

Oleh: Mohammad Ridhwan Rosli Technical and Vocational Education and Training (TVET) semakin diiktiraf sebagai komponen penting dalam pembangunan tenaga kerja yang kompeten dan produktif. Namun, persepsi umum sering kali menghadkan TVET kepada golongan belia dan pelajar sahaja. Hakikatnya, TVET menawarkan peluang kepada semua lapisan masyarakat, termasuk orang awam, untuk mendapatkan kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan semasa. Pusat-pusat latihan bertauliah yang diiktiraf TVET di seluruh negara membuka pintu kepada pelbagai individu yang ingin meningkatkan kemahiran mereka, seterusnya menyumbang kepada pembangunan komuniti. Di Selangor, satu inisiatif unik telah dilaksanakan untuk mengubah paradigma ini. Team Selangor, di bawah inisiatif Menteri Besar Selangor, telah melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan pendekatan berasaskan TVET dalam memperkasakan komuniti. Menerusi kolaborasi strategik bersama Selangor Technical Development Centre (STDC), program TS Mahir: Kursus Gunting Rambut diperkenalkan sebagai platform untuk melatih sukarelawan dalam bidang kemahiran teknikal, di samping menyumbang […]

trending_flat

POTENSI KIAU DIBANGUNKAN SELARAS PEMILIHAN  KAMPUNG ANGKAT MADANI: EWON 

KOTA BELUD, 8 Disember – Potensi Kampung Kiau dalam bidang pertanian, pelancongan dan aktiviti sukan lasak akan dibangunkan selaras pemilihan kampung itu sebagai Kampung Angkat MADANI, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memilih Kampung Kiau sebagai Kampung Angkat MADANI kerana kampung itu amat dekat dihatinya dan menyedari masih banyak keperluan dan pembangunan yang diperlukan di kampung itu. “Saya memilih kampung ini kerana saya membesar dan bersekolah  di sini. Saya juga melihat masih banyak keperluan dan masalah yang perlu ditangani di sini. “Saya yakin melalui pemilihan kampung ini sebagai Kampung Angkat MADANI, kita dapat menangani masalah dan membangunkan potensi kampung ini terutamanya dalam bidang keusahawanan, pertanian, pelancongan dan aktiviti sukan lasak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kampung Angkat MADANI Kampung Kiau dan perasmian Tamu Desa […]

trending_flat

EWON YAKIN KUSKOP CAPAI KPI TAHUN 2024 

KOTA KINABALU, 7 Disember –  Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yakin kementeriannya dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tahun 2024. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan semangat kerja berpasukan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua warga kementerian dan agensi-agensi di bawah kementeriannya selama ini. “Saya sangat menghargai kebersamaan berpasukan, dedikasi dan passion warga kerja KUSKOP selama dua tahun saya di kementerian ini yang telah mencetuskan banyak kebaikan kepada negara dan pemegang taruh kementerian iaitu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan penutupan Retreat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) - Perancangan Strategik Tahun 2025, di Pasific Sutera, di sini, semalam. Turut hadir Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, […]

trending_flat

Gempa bumi kuat berhampiran Pantai California Utara

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda berhampiran Pantai California Utara pada jam 2:44 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:44 pagi, 6 Disember 2024Koordinat: 40.8° Utara 124.2° BaratLokasi: Berhampiran Pantai California UtaraMagnitud: 6.9Jarak: 366km Barat Laut dari San Francisco, USAKedalaman: 66 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Potensi kajian bioteknologi jamin kemakmuran industri pisang negara

Oleh: Dr Nurulaini Abu Shamsi, Junaimah Jasman Bioteknologi bukanlah bidang asing di Malaysia. Dalam usaha menjadikan bioteknologi sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Bioteknologi Negara (2005-2020) yang bertujuan merancang dan melaksanakan pembangunan sektor ini selama 15 tahun. Dasar ini telah mendorong penubuhan pelbagai institusi penyelidikan serta pelaksanaan aktiviti penyelidikan bioteknologi secara giat di seluruh negara. Sebagai kesinambungan, pada tahun 2022, kerajaan menggubal Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (2022-2030) untuk memperkukuhkan lagi ekosistem bioteknologi sedia ada. Dasar ini bertujuan menjadi pemangkin dalam menyelesaikan cabaran negara seperti keselamatan makanan, pengurusan pandemik, dan krisis iklim melalui penyelesaian berasaskan bioteknologi tempatan. Bidang bioteknologi dilihat sebagai platform yang holistik dengan potensi besar untuk memberikan manfaat jangka panjang kepada negara. Namun, bagaimana bidang ini mampu membantu dalam sektor pertanian seperti penanaman pisang? Artikel ini merungkai peranan bioteknologi dalam menangani cabaran penanaman pisang […]

trending_flat

DC Healthcare Buka Cawangan Baharu Klinik Dr. Chong di George Town, Pulau Pinang

Kumpulan Secara Berterusan Mengukuhkan Kehadiran dalam Pasaran Perubatan Estetik Malaysia di Utara Klinik Baru di George Town Pulau Pinang KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2024 – DC Healthcare Holdings Berhad ("DC Healthcare" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan estetik perubatan yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minima, dengan bangganya mengumumkan pembukaan Klinik Dr. Chong terbarunya di George Town, Pulau Pinang. Di samping kejayaan ini, Kumpulan memperkenalkan slogan baharu Klinik Dr Chong, "Beauty Refined, Safety Aligned", mencerminkan komitmennya untuk menyampaikan kecemerlangan perubatan estetik dengan standard keselamatan tertinggi. Klinik baharu ini mewakili satu langkah penting dalam komitmen Kumpulan untuk meluaskan kehadirannya di utara dan menangani permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan estetik perubatan berkualiti tinggi. Klinik Dr Chong, Georgetown, Pulau Pinang dilengkapi dengan kemajuan terkini dalam teknologi perubatan dan disokong oleh pasukan profesional berkemahiran tinggi, memastikan pelanggan menerima penjagaan perubatan estetik yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation