trending_flat

EWON KETUAI DELEGASI BANK RAKYAT BERKUNJUNG HORMAT KEPADA TYT SARAWAK

KUCHING, 27 Januari – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Bank Rakyat mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana, Kuching. Dalam kunjungan tersebut, Tun yang pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimaklumkan mengenai inisiatif-inisiatif baharu Kementerian antaranya cadangan Akta Koperasi yang baharu, perkembangan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia dan inisiatif-inisiatif khusus di Sarawak. Bank Rakyat juga memaklumkan Tun mengenai rancangan pengembangan perniagaan dan cawangan perkhidmatan di Sarawak termasuk program tanggungjawab sosial korporat. KUSKOP amat menghargai segala pandangan dan cadangan yang diberikan oleh Tun semasa dalam kunjungan ini. Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Sharif.

trending_flat

UPSI anjur All Rounded Glamping 2.0, beri ruang kanak-kanak belajar asas keberlangsungan hidup

Oleh : Dr Masayu Dzainudin Tanjong Malim: Aktiviti perkhemahan telah mendapat tempat di hati kebanyakkan rakyat Malaysia dari segenap peringkat umur.  Perkhemahan juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali ilmu kelangsungan hidup dan sifat bersyukur dengan kesenangan yang dinikmati. Sebagai nadi rujukan pembelajaran kanak-kanak negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC UPSI) memanfaatkan cuti sekolah dengan menganjurkan program  bertemakan ‘All Rounded Glamping 2.0’ yang berlangsung pada 20-24 Januari 2025. Program ini membuka ruang kepada kanak-kanak seawal usia 5 tahun sehingga 12 tahun untuk belajar dan memahami tentang kemahiran kelangsungan hidup. Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa, Pengarah NCDRC menyatakan bahawa cuti sekolah adalah ruang untuk kanak-kanak belajar perkara baru yang bermanfaat untuk diri mereka. “Program ini adalah usaha kerjasama antara pihak kami dan fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI serta FSP-FSSK Response Team dimana […]

trending_flat

Membangun modal insan berkualiti dalam industri halal

Dalam era globalisasi dan perkembangan pesat industri halal, keperluan untuk melahirkan individu yang berkelayakan dan profesional dalam bidang ini semakin mendesak. Menyedari hakikat ini, Jabatan Syariah dan Pengurusan (JSP) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dengan kerjasama Universiti Malaya Halal Research Centre (UMHRC) telah menganjurkan sebuah program yang dinamai “Kursus Halal Eksekutif”, baru-baru ini. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaitan pengurusan industri halal kepada peserta, tetapi secara tidak langsung juga bertujuan untuk menyokong Dasar Halal Negara 2035. Kursus Halal Eksekutif ini merupakan program komprehensif bersijil yang dirancang untuk melahirkan individu profesional yang berkelayakan untuk bekerja sebagai eksekutif halal dan dalam pelbagai jawatan lain yang berkaitan dengan industri halal. Ini adalah kali pertama program ini diadakan, dan ia melibatkan tajaan bernilai RM50,000.00 dari Affin Islamic Bank melalui pengagihan zakat. Kerjasama ini jelas menunjukkan komitmen pihak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation