trending_flat

KDN tambah baik proses permohonan permit masuk

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan pelaksanaan beberapa langkah penambahbaikan dalam proses permohonan permit masuk, khususnya bagi kategori pasangan kepada warganegara. Menurut KDN penambahbaikan itu selari dengan komitmen kerajaan Madani untuk memastikan dasar-dasar yang adil dan efisien dilaksanakan demi kebajikan semua pihak. "Antara langkah utama yang telah digariskan termasuk penyelarasan tempoh perkahwinan pasangan kepada warganegara yang memohon Permit Masuk perlu mencapai tempoh minimum tiga tiga tahun perkahwinan dan memegang pas lawatan (sosial) selama sekurang-kurangnya satu tahun. "Ini bertujuan memastikan proses permohonan lebih teratur dan relevan dengan keperluan institusi kekeluargaan," kata KDN. Menurut KDN, pemendekkan Tempoh pemprosesan piagam pelanggan telah diperkemas dengan menetapkan tempoh pemprosesan permohonan baharu kepada enam bulan. Katanya, ini memberikan kepastian kepada pemohon dan mempercepatkan prosedur. Tambahnya, pengecualian penilaian sistem mata KDN akan mengecualikan pelaksanaan sistem mata bagi kategori pasangan warganegara. Katanya, sebaliknya, faktor seperti tempoh perkahwinan dan […]

trending_flat

Harga diesel di Semenanjung naik 5 sen, petrol kekal

PUTRAJAYA: Harga diesel di Semenanjung naik 5 sen daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter bermula esok, menurut Kementerian Kewangan. Kata kementerian itu, manakala RON95 dan RON97 kekal masing dengan RM2.05 dan RM3.43. Dalam pada itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal RM2.15 seliter. Kadar baharu itu berkuat kuasa bermula 30 Januari hingga 5 Februari ini. Menurut Kementerian harga diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini. "Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga. "Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

trending_flat

Semoga semua pekerja akan mendapat kebahagiaan, rezeki melimpah – Steven Sim

(SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA X, Steven Sim) PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mendoakan agar semua pekerja Malaysia akan mendapat kebahagiaan dan rezeki yang melimpah di tahun ular sempena Tahun Baru Cina. Beliau dan seluruh warga Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. "Kepada mereka yang memandu di cuti tahun baharu ini berhati-hati di jalan raya agar kita semua sampai dengan selamat. "Dalam semangat Malaysia MADANI, mari kita raikan perpaduan dan keharmonian yang menjadi kekuatan negara kita. Selamat Tahun Baru Cina," katanya.

trending_flat

Semoga perayaan Tahun Baru Cina bawa kegembiraan, kesejahteraan, kemakmuran – Saifuddin

(SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA X, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ) PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berharap perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini akan membawa kegembiraan, kesejahteraan, dan kemakmuran kepada semua. Beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya. "Di musim perayaan ini, marilah kita saling menziarahi keluarga, sanak saudara, dan rakan taulan tanpa mengira bangsa. "Bersama-sama, kita raikan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang penuh keindahan," katanya di Facebook. Menurut Saifuddin lagi, beliau berharap kepada rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti, pandulah dengan cermat dan utamakan keselamatan di mana sahaja anda berada. "Keselamatan kita adalah tanggungjawab bersama. Gong Xi Fa Cai," katanya.

trending_flat

Raikan demi perpaduan, tanpa gadai akidah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Sambutan perayaan dalam kalangan masyarakat Malaysia dari pelbagai agama, etnik dan budaya adalah disifatkan sebagai satu upacara yang unik dan ia merupakan asas kepada integrasi nasional dalam mewujudkan hubungan yang harmoni dalam kalangan masyarakat pelbilang kaum. Di Malaysia, sambutan perayaan merupakan upacara tahunan yang menjadi amalan dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk meraikan kemeriahan dan keunikan sesebuah perayaan yang bersifat silang budaya. Ia merupakan asas kepada keharmonian yang dapat menyatukan rakyat untuk hidup dengan penuh kemanan, sejahtera dan hormat menghormati di antara pelbagai agama. Sambutan Tahun Baru Cina atau Chinese New Year (CNY) yang bakal disambut dalam kalangan masyarakat Cina dari seluruh dunia merupakan satu perayaan yang juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga di China. Tahun Baru Cina yang disambut dalam kalangan masyarakat Cina merupakan simbolik kepada titik permulaan nasib dan kehidupan seseorang pada setiap […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation