trending_flat

Mesyuarat ke-56 GBC MALTHAI kukuh kerjasama pertahanan, keselamatan Malaysia-Thailand

(SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA INSTAGRAM KEMENTERIAN DALAM NEGERI) PUTRAJAYA: Mesyuarat ke-56 General Border Committee Malaysia-Thailand (GBC MALTHAI) telah berlangsung di Bangkok, Thailand mengukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan antara kedua-dua negara. Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata mesyuarat itu dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand TYT Mr Phumtham Wechayachai. "Mesyuarat ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan yang melibatkan perkongsian maklumat mengenai perkara-perkara berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan khususnya yang melibatkan keselamatan sempadan kedua-dua buah negara. "Mesyuarat ini juga membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan kerjasama operasi dan pembangunan kapasiti serta latihan secara bersama antara anggota keselamatan kedua-dua buah negara," katanya. Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, hadir mewakili Ketua Setiausaha KDN yang merupakan Ahli Tetap Mesyuarat GBC MALTHAI. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen […]

trending_flat

Pembatalan WBB bukti kerajaan prihatin terhadap kebajikan petugas kesihatan

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang sebelum ini dicadangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata keputusan itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap kebajikan petugas kesihatan dan memahami keperluan untuk melakukan kajian yang lebih menyeluruh sebelum melaksanakan sebarang perubahan besar dalam sistem waktu bekerja. "CUEPACS juga ingin menegaskan cadangan WBB ini bukan berasal daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) seperti yang disalahertikan oleh sesetengah pihak. "Sebaliknya, ia adalah cadangan daripada Medical Advisory and Action Committee (MAAC)," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Adnan, tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan kumpulan pegawai ini tanpa asas yang kukuh. Katanya, PTD sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar dengan profesional dan berintegriti demi kepentingan Negara. Sementara itu, Adnan berkata CUEPACS turut menyokong langkah KKM […]

trending_flat

Ancaman kebocoran maklumat organisasi melalui aplikasi pesanan ringkas

Oleh Dr. Nur Syazwani binti Ahmad Di era digital ini, aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp dan Telegram telah menjadi alat komunikasi yang sangat penting dalam organisasi. Pada asalnya, aplikasi-aplikasi ini dicipta untuk kegunaan peribadi, tetapi kini ia digunakan secara meluas dalam pengurusan tugasan harian, perkongsian maklumat penting, serta dalam proses membuat keputusan secara lebih efisien. Kemudahan yang ditawarkan oleh aplikasi ini, seperti kemampuan untuk menghantar mesej secara segera, berkongsi gambar, video, dan dokumen, telah mempermudahkan komunikasi dalam organisasi dan meningkatkan produktiviti dengan ketara. Namun, di sebalik manfaat yang jelas ini, penggunaan WhatsApp dan Telegram dalam konteks profesional turut menyimpan risiko yang besar, terutamanya berkaitan dengan kebocoran maklumat sulit. Banyak organisasi kini bergantung kepada aplikasi ini untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan berkongsi dokumen penting. Namun, sering kali apa yang diabaikan adalah keselamatan dan integriti maklumat yang dikongsi melalui platform ini. […]

trending_flat

Fahami jangka hayat sisa jika ingin selamatkan Bumi

Oleh: Dr. Siti Nazziera Mokhtar Setiap jenis sisa yang dihasilkan oleh manusia mempunyai jangka hayat yang berbeza sebelum ia terurai sepenuhnya di dalam tapak pelupusan. Perbezaan tempoh jangka hayat sisa ini bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar, tetapi juga membebankan keupayaan tapak pelupusan untuk menampung jumlah sisa yang semakin meningkat. Dengan purata penghasilan sisa pepejal harian di Malaysia yang mencapai hampir 38 juta kilogram atau secara puratanya 1.17 kilogram bagi setiap orang, isu ini menjadi semakin mendesak untuk ditangani.Ia perlu diingat bahawa kadar penguraian sisa bergantung kepada keadaan tapak pelupusan. Faktor seperti tahap kelembapan, pengudaraan, dan suhu memainkan peranan penting dalam menentukan berapa lama sesuatu bahan sisa akan terurai. Walaupun sumber berbeza memberikan maklumat yang sedikit berbeza mengenai tempoh sebenar pelbagai jenis sisa terurai di tapak pelupusan, perbezaannya biasanya tidak terlalu besar. Mari kita lihat lebih dekat tempoh jangka […]

trending_flat

Pupuk sifat empati mahasiswa melalui interaksi bersama golongan istimewa

Mahasiswa memainkan peranan yang penting dalam menyokong pembangunan masyarakat yang inklusif. Tenaga muda mereka amat diperlukan dalam membantu mencipta persekitaran yang lebih positif dan kondusif untuk kanak-kanak istimewa. Mahasiswa sememangnya perlu aktif menyertai program-program sukarelawan terutamanya dalam membantu kanak-kanak istimewa dan berkeperluan khas. Selain berpeluang membangunkan karekter peribadi, mereka juga dapat meningkatkan daya tahan emosi dan kesabaran ketika berurusan dengan kanak-kanak yang memerlukan perhatian khas serta meningkatkan empati melalui interaksi dengan kanak-kanak istimewa. Pengalaman sebegini mengajar mahasiswa untuk lebih prihatin terhadap keperluan golongan yang kurang bernasib baik sekaligus membantu mereka menghargai apa yang mereka miliki dan mengamalkan sikap rendah hati. Terdapat pelbagai teori psikologi, sosiologi, pendidikan, dan pembangunan manusia yang menyokong manfaat yang diperoleh oleh mahasiswa melalui penyertaan dalam program sukarelawan dalam membantu kanak-kanak istimewa dan berkeperluan khas. Misalnya Teori Perkembangan Moral oleh Kohlberg berkaitan Peringkat Moral Konvensional dan Post-Konvensional. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation