4.37 juta pekerja terima manfaat gaji minima RM1,700
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkata 4.37 juta pekerja akan menerima manfaat daripada perintah gaji minimum baharu akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai 1 Februari 2025. Kata KESUMA, langkah itu selaras dengan agenda ekonomi madani yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif. "Ia juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk ‘menaikkan lantai’ ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli yang seterusnya dapat menambah baik kualiti hidup rakyat," katanya dalam satu kenyataan. Kerajaan menetapkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut. Manakala, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuatkuasa akan bermula pada 1 Ogos 2025. "Ini bagi memastikan majikan diberi tempoh yang mencukupi untuk melakukan […]