trending_flat

Malaysia Harus Berdiri Bersama dengan Canada, Mexico dan China Bagi Melawan Tarif Melampau Oleh Donald Trump.

Malaysia harus bersama-sama dengan Canada, Mexico dan China untuk menentang tarif melampau oleh Presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump yang amat-amat membahayakan pertumbuhan ekonomi mampan dan bakal meningkatkan inflasi yang melambung tinggi di seluruh dunia. Perang perdagangan global dengan tarif ala balas dendam bakal membawa kesan buruk yang sama terhadap peningkatan inflasi dan terbantutnya pertumbuhan ekonomi seperti sewaktu pandemik COVID-19. Atas sebab ini, masyarakat global mesti bersatu untuk melawan tarif Trump. Walaupun tarif 25% ke atas Kanada dan Mexico serta tambahan 10% ke atas tarif sedia ada yang telah dikenakan ke atas China tidak melibatkan Malaysia secara langsung, negara kita masih akan terjejas secara tidak langsung. China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 15 tahun lalu, lantas sebarang kesan negatif terhadap ekonomi China tentu sekali akan memberi kesan buruk kepada Malaysia. China membekalkan bahan dan komponen yang diperlukan dengan cara […]

trending_flat

Literasi kewangan dan instrumen pelaburan bina jaring keselamatan kewangan

Oleh: Dr Nurul Ashikin Alias Bagi memastikan kesejahteraan penghidupan dalam sesebuah masyarakat sudah pastinya memerlukan kepada kemahiran pengurusan kewangan berkesan. Pengurusan kewangan yang baik dalam kalangan masyarakat adalah perlu bermula dengan pembinaan asas kesedaran literasi kewangan yang kukuh pada peringkat awal usia (kanak-kanak) sehingga mencapai pemahaman dan penguasaan tahap optimum dalam kalangan masyarakat. Definisi literasi kewangan adalah merujuk kepada pengetahuan seseorang individu untuk menguruskan kewangannya berdasarkan pengetahuan yang dimiliki bagi mencapai status kewangan yang lestari dalam kehidupan serta memastikan kesejahteraan penghidupan. Jika sebelum ini masyarakat Malaysia telah terbiasa dididik dengan konsep menyimpan wang yang diperolehi setelah dibelanjakan. Dalam erta kata lain, seseorang individu hanya menyimpan baki wang yang dimiliki setelah pembelian dilakukan sama ada berdasarkan keperluan atau kehendak. Namun, bagi memastikan status kewangan masyarakat berada dalam keadaan baik pada masa kini dan akan datang, maka terdapat modifikasi yang perlu dilaksanakan. […]

trending_flat

EBC Financial Group Bekerjasama dengan Shakti Regeneration Institute untuk Memperkasakan Komuniti Terpinggir dan Menggalakkan Usaha Pemuliharaan Orang Asli

Penajaan bagi Sekolah West Bengal dan Sokongan untuk Dokumentari Alam Sekitar Global Menyerlahkan Komitmen EBC terhadap Pendidikan dan Kemampanan RANAGHAT, India, Feb. 03, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — EBC Financial Group (EBC), sebuah pembrokeran kewangan global terkemuka, dengan bangganya mengumumkan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang terkini melalui perkongsian strategik dengan Shakti Empowerment Education Foundation, sebahagian daripada Shakti Regeneration Institute (SRI). Kerjasama ini akan menyokong sekolah Ramakrishna Vedanta Vidyapith di Bengal Barat, India, memberikan 50 pelajar berpendapatan rendah akses kepada bahan pendidikan penting, pakaian seragam, kelas jahitan vokasional dan aktiviti kokurikulum. Hak cipta gambar: Shakti Regeneration Institute Perkongsian ini membentuk sebahagian daripada strategi CSR EBC yang lebih luas, yang melengkapkan peranannya sebagai pembrokeran kewangan global, membolehkan akses kepada pasaran global sambil menggalakkan pendidikan yang saksama dan pembangunan mampan dalam komuniti yang mana peluang ekonominya terhad. EBC Financial Group telah menyokong siri […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation