TCT NUTRACEUTICALS KUKUH JARINGAN DI TIMUR TENGAH MELALUI MIHAS@DUBAI 2024
Pengarah Urusan TCT Nutraceuticals Toms Wu (kiri) ketika sesi perbincangan bersama Anusha Malik (tengah), dari Matrix Pharma, Pakistan dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik dalam Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena MIHAS@Dubai 2024. DUBAI, 19 November 2024 – TCT Nutraceuticals Sdn Bhd, pengeluar kosmetik OEM/ODM terkemuka di Malaysia, mencapai kejayaan dalam memperluas jaringan perniagaan di Timur Tengah melalui penyertaan mereka dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS@Dubai) yang berlangsung di Dubai World Trade Centre, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 18 hingga 20 November. Acara ini mengukuhkan komitmen TCT dalam memperkenalkan produk kosmetik halal OEM Malaysia ke pasaran global. Toms Wu (kiri) bersama Azreen (empat dari kiri) dan Kurt Hugh Paul Cordiglia (tiga dari kiri) pada program INSP sempena MIHAS@Dubai 2024 hari ini. Sepanjang pameran ini, delegasi TCT yang terdiri daripada Pengarah Urusan; Toms Wu, Pengarah Pembangunan Perniagaan; Azreen Azman, Pengarah Pemasaran; Taevin Teh […]