trending_flat

Jangan Tertipu! Kekal Waspada Ancaman ‘Scam’ Guna Nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Penelitian yang dilakukan JomCheck mendapati bahawa masih wujud ancaman penipuan ‘scam’ yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama artis tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Antara teknik terbaharu yang kami temui adalah melalui penulisan artikel di laman sesawang palsu yang menggunakan logo dan antara muka (interface) Free Malaysia Today (FMT) secara salah bagi mengelirukan pembaca. Artikel yang menyampaikan naratif palsu tersebut dimulakan dengan mendakwa bahawa kononnya penyanyi terkenal itu disaman kerana telah mendedahkan rahsia kekayaan beliau melalui satu platform pelaburan atas talian di dalam satu program temu bual yang disiarkan secara siaran langsung. Kemudian, ia diteruskan lagi dengan menuduh bahawa siaran langsung tersebut telah diganggu oleh Bank Negara Malaysia yang mengarahkan agar siaran berkenaan dihentikan secara serta merta dan penulisan artikel meragukan itu […]

trending_flat

Meneroka biodiversiti bandar dengan sains masyarakat

Pertambahan jumlah penduduk merupakan antara penyebab utama kehilangan biodiversiti di seluruh dunia. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan kehilangan habitat, perubahan guna tanah, eksploitasi sumber alam serta pencemaran yang berlaku, seiring dengan peningkatan jumlah penduduk. Semakin ramai penduduk, semakin tinggi permintaan sumber, dan semakin banyak habitat semula jadi digunakan untuk pertanian, perlombongan, perindustrian dan perbandaran. Affan Nasaruddin Penduduk Malaysia telah meningkat sebanyak 4 juta orang sejak tahun 2010, dan dijangka mencecah angka 38 juta menjelang tahun 2030, dan seterusnya 41.5 juta menjelang 2040. Peratusan penduduk di kawasan bandar di Malaysia pula dijangka akan meningkat kepada 84 peratus pada tahun 2040, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kepadatan dan memberi kesan kepada kualiti kehidupan penduduk dan alam sekitar di kawasan setempat. Negara kita sememangnya sinonim dengan kepelbagaian biodiversiti. Berdasarkan maklumat dari pangkalan data Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS), terdapat lebih kurang […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Luar Pantai Barat Sumatera Utara

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah melanda Luar Pantai Barat Sumatera Utara pada jam 7:16 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:16 malam, 5 Jun 2024Koordinat: 0.4° Utara 98.4° TimurLokasi: Luar Pantai Barat Sumatera UtaraMagnitud: 5.6Jarak: 135km Tenggara dari Nias,IndonesiaKedalaman: 60 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

“MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA” tema HKHM 2024

PUTRAJAYA, 5 Jun 2024 – Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024), Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan logo dan tema bagi sambutan HKHM 2024. Menurut Jabatan Penerangan (Japen), sambutan HKHM pada tahun ini mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya dengan tema baharu iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka. "Malaysia MADANI merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama. Jiwa Merdeka pula menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif. Tema ini turut menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif." kata Japen. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 13 Julai, Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya serta sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di […]

trending_flat

Hantaran Dakwa Tealive Haram Adalah Isu Berulang Yang Tidak Benar

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Talian JomCheck menerima beberapa pertanyaan oleh orang ramai yang mencari kebenaran tentang mesej tular berkaitan dakwaan bahawa rangkaian restoran minuman Tealive adalah haram kerana menggunakan bahan-bahan yang tidak halal. Bagi mengukuhkan hantaran tersebut, nama seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed juga telah dipetik secara sembrono dan dituduh bertindak selaku orang yang menyampaikan peringatan berkenaan. Semakan yang dilakukan oleh rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa isu ini mula tular pada tahun 2019 dan sering berulang sehingga ke hari ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Semakan yang dilakukan di Portal Semakan Halal Malaysia kepunyaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih mengakui bahawa Tealive mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Sumber:MyCheck Malaysia: https://mycheck.my/more.php?id=2035785 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): https://www.facebook.com/HabHalalJakim/posts/415040043575605 Penerangan tambahan tentang isu ini adalah: a. JAKIM telah […]

trending_flat

Beli Lokal Sambil Bergaya: #ShopeeHaul Sokong Peniaga Fesyen Sopan PKS

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2024 - Koleksi ‘almari kapsul’ fesyen sopan #ShopeeHaul GayaLitLit Shopee disusun pilih khas untuk memperkasakan wanita Malaysia untuk mencipta penampilan bergaya dan sopan. Koleksi ini membawakan tiga gaya yang utama yang sesuai untuk semua bentuk badan wanita iaitu 'Sis Ranggi', 'Everyday Cantik', dan 'Anggun Bergaya'. Beberapa helaian pakaian serbaguna ini membolehkan wanita memiliki penampilan yakin yang mampu milik, sambil menyokong penjual tempatan. Direka untuk semua jenis bentuk badan dan tona kulit, koleksi inklusif ini merangkumi beberapa helaian pakaian asas yang boleh digunapakai kepada tiga gaya trendy, disusunpilih oleh penggaya Shopee. Panduan ini menunjukkan cara bagaimana wanita dapat mengekspresikan personaliti mereka dengan anggun dan penuh keyakinan. “Shopee memperkasakan wanita Malaysia untuk mengekspresikan individualiti mereka dan membina keyakinan melalui fesyen. Koleksi baharu kami #ShopeeHaul GayaLitLit, bukan sekadar menawarkan produk pakaian - tetapi menyediakan nasihat toolkit untuk mix and […]

trending_flat

Jangan pinggirkan kepakaran guru dalam merealisasikan matlamat pendidikan

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Profesion perguruan bukan lagi asing dalam kerjaya murni di mana-mana negara malahan profesion ini sejak dahulu lagi menjadi kerjaya pilihan dalam kalangan lepasan diploma dan ijazah. Sejak akhir-akhir ini isu berkaitan persaraan guru senior yang berlaku secara mendadak menunjukkan profesion ini sedikit merudum. Namun, kerajaan kembali menjadikan profesion ini popular dengan menawarkan pengambilan baru yang agak tinggi setiap tahun. Pengambilan jawatan guru bagi menggantikan guru yang bersara saban tahun menjadikan profesion ini kembali menjadi rebutan walaupun kerjaya sebagai seorang guru bukanlah semudah yang disangkakan. Dr Abd Razak Zakaria Namun, sejauh mana guru-guru kini dihargai sebagai satu kerjaya professional dan menjadi tunjang kepada pembentukan generasi madani sebagaimana yang diharapkan oleh negara. Profesion perguruan satu ketika dahulu dipandang sepi kerana kerjaya yang agak statik dengan tingkat gaji yang kurang menarik berbanding dengan kerjaya lain yang lebih menjanjikan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation