Ramadan platform bina kesedaran diri, sosial
Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Bulan Ramadan bukan sahaja bulan di mana umat Islam menunaikan ibadah puasa iaitu mengerjakan Rukun Islam ketiga, tetapi bulan Ramadan juga merupakan masa di mana umat Islam melakukan refleksi diri melalui ibadah solat, menunaikan sunnah yang dituntut, melakukan amal kebaikan, meluangkan masa dan merapatkan silaturrahim keluarga serta banyak lagi perkara yang bermanfaat. Apabila menjalankan ibadah puasa, ia membantu memperkuat dan memperkukuhkan lagi kawalan diri serta kesabaran seseorang individu. Justeru, di antara aspek penting yang ditekankan dalam bulan Ramadan adalah kesedaran diri dan kesedaran sosial. Dr. Azmawaty Mohamad Nor Siti Nurmaliya Zakaria Kesedaran diri dipertajam melalui amalan-amalan seperti puasa, solat dan zikir. Puasa bukan sekadar perbuatan menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang membatalkan puasa tetapi juga memerlukan kesedaran diri yang tinggi dalam memenuhi kewajipan. Ia membantu seseorang individu menyedari kekuatan dirinya […]