trending_flat

Masyarakat harus lebih bijak memilih

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Industri halal di Malaysia berpotensi menyediakan peluang yang luas kepada pengeluar makanan untuk mengembangkan perniagaan (Amanda Lim - Unsplash) Kehidupan seorang muslim adalah sering berkisarkan di antara konsep Halal dan Haram. Kedua-dua terma ini adalah berfungsi untuk menjadi garis panduan kepada umat islam dalam melaksanakan aktiviti penghidupan seharian berlandaskan syariat. Konsep Halal dalam perspektif makanan adalah merujuk kepada makanan yang dibenarkan untuk diambil oleh umat islam. Manakala, konsep haram pula adalah membawa maksud sebaliknya. Konsep makanan halal ini adalah merangkumi secara menyeluruh dengan menggalakkan umat Islam untuk mengambil produk makanan yang berkhasiat serta dihasilkan secara suci dan bersih dari perspektif Islam itu sendiri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai perkhabaran yang tular dalam ruangan internet adalah berkaitan restoran atau premis makan yang tidak memiliki persijilan Halal, terutamanya bagi premis yang terletak di dalam kawasan pusat […]

trending_flat

PEMENTASAN KARYA AGUNG: TOK JANGGUT ’13 LIANG’ MENGANGKAT PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN DI DEWAN UTAMA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KUBANG KERIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan dengan kerjasama Persatuan Rupa Jiwa, Universiti Sains Malaysia (USM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Pementasan Karya Agung: Tok Janggut ’13 Liang’ pada 19 Oktober 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian. Penganjuran program karya agung ini diadakan adalah bertujuan untuk mengangkat karya agung di negeri-negeri dan bagi negeri Kelantan telah memilih karya perjuangan tokoh tempatan ‘Tok Janggut’ atau nama sebenarnya Tuan Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas yang melawan penjajahan Inggeris di Negeri Kelantan sekitar awal 1900 apabila sentimen percukaian yang dikenakan ke atas rakyat setempat dengan menggunakan kuasa Sultan setelah berjaya menguasainya. Pementasan Tok Janggut ‘13 Liang’ mengetengahkan garapan penceritaan, penggunaan kesan teknik sinografi, pemilihan pelakon serta gabungan elemen […]

trending_flat

Bahaya batu api dalam masyarakat

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi  Perceraian merupakan isu sensitif yang kian mendapat perhatian, bukan sahaja dalam kalangan mereka yang terlibat tetapi juga di kalangan netizen yang sering menjadi ‘pemerhati’ dan ‘pengulas’ di media sosial. Namun, dalam keadaan seperti ini, peranan netizen sebagai ‘batu api’ atau punca ketegangan boleh menjadi lebih berbahaya daripada isu perceraian itu sendiri. Jangan pula kita menjadi batu api dalam apa juga isu di media sosial (Austin Distel - Unsplash) Dalam Islam, kita ditegah daripada terlibat dalam hal-hal yang tidak memberi manfaat. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Di antara tanda-tanda baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.” (Hadith riwayat al-Tirmizi no 2317) Hadith ini menyampaikan mesej yang jelas: seorang Muslim yang baik tidak campur tangan dalam perkara yang tiada manfaat. Dalam era digital ini, ramai yang tidak menyedari bahawa setiap perkataan dan komen yang dilontarkan, […]

trending_flat

Menilai pengajaran, bukan riuh bergosip

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Dalam era media sosial yang berkembang pesat, segala aspek kehidupan selebriti atau pempengaruh sering kali menjadi tumpuan umum. Setiap gerak-geri mereka diikuti dan setiap perincian mengenai kehidupan mereka termasuk perceraian menjadi bahan perbincangan hangat di kalangan netizen. Salah satu isu yang sering menarik perhatian ialah perceraian selebriti di mana setiap perincian mengenai perpisahan mereka dikongsi dan dianalisis. Namun, adakah kita benar-benar perlu melibatkan diri dalam perbincangan ini terutamanya jika kita tidak mengenali mereka secara peribadi? Perlu diingat bahawa perceraian adalah isu peribadi dan menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat untuk tidak menjadikannya bahan gosip semata-mata. Dalam hal ini, kita harus memahami bahawa setiap individu tanpa mengira status atau populariti mempunyai hak untuk menjaga aib dan privasi mereka. Ambillah pengajaran dari apa juga kejadian, dan bukan dengan mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan fitnah tak berasas (John Schnobrich - […]

trending_flat

Azura Abidin KP Jabatan Belia dan Sukan Negara baharu

15 Oktober 2024 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pelantian Puan Azura Abidin sebagai Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (KP JBSN) yang baharu berkuat kuasa pada 14Oktober 2024. Menurut KBS, Puan Azura Abidin, 56 tahun merupakan KP JBSN yang ke-8. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga ditauliahkan dengan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia: Pengurusan Kerja Belia (Tahap 5). "Beliau telah memulakan perkhidmatan di KBS pada 2001 di Bahagian Pembangunan Sukan KBS. Dalam tempoh 23 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KBS. Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Rakan Muda, Pesuruhjaya Sukan dan Bahagian Industri Sukan, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Pengarah Bahagian Pengurusan IYRES, Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Pengarah Cawangan Pembangunan […]

trending_flat

CROPMATE TANDATANGAN PERJANJIAN TAJA JAMIN DENGAN HONG LEONG INVESTMENT BANK

IPO sebanyak 210.0 Juta Saham Biasa Baharu atau 28.4% daripada Jumlah Saham Terbitan yang Diperbesarkan untuk Penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Securities Kapsyen Kiri-Kanan:Encik Lee Cheng Seng 李锦程先生, Pengarah Eksekutif Cropmate BerhadEncik Lee Chin Yok 李振玉先生, Pengarah Urusan Cropmate BerhadCik Lee Jim Leng 李艳玲女士, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank BerhadEncik Lee Cheng Fei 李锦辉先生, Pengarah Eksekutif Cropmate Berhad KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2024 – Cropmate Berhad (“Cropmate” atau “Syarikat”), salah satu pemain utama dalam industri baja di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank Berhad ( “HLIB”) untuk tawaran awam permulaan (“IPO”) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). Pelaksanaan IPO, seperti yang digariskan dalam draf prospektus Syarikat, akan melibatkan terbitan awam 210.0 juta saham biasa baharu dalam Cropmate, mewakili 28.4% daripada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation