trending_flat

Ada Urusan Sejarah Tidak Selesai Antara Zaman British dan Kedah

ALOR SETAR, 20 JUN 2023- UMNO negeri Kedah menyifatkan masih terdapat urusan yang belum selesai berkaitan sejarah antara zaman penjajahan British dan kerajaan Kedah pada masa itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengenai kedudukan Pulau Pinang dan Kedah. "Sebagai rakyat Kedah dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Barisan Nasional (BN) negeri, saya menjunjung titah Tuanku pada Hari keputeraan Tuanku (yang ke-81) adalah ucapan yang lahir daripada hati Tuanku. "(Ia) berkaitan dengan sejarah negeri Kedah yang panjang danmengambil daripada titah ucapan Baginda menunjukkan Tuanku sangat memahami bahawa fakta sejarah di Kedah ini khususnya dalam sejarah Kedah tua sehinggalah kepada zaman penjajahan British, ada perkara yang saya boleh tafsirkan 'unfinish business' yang tidak diselesaikan oleh British," katanya pada sidang media di sini, hari ini. […]

trending_flat

[Video] Highlights Dewan Negara hari ini

Video dan foto sorotan acara-acara menarik di Dewan Negara hari ini : https://youtu.be/dHLDN6VdtOM Kredit Video : RTM Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia 1.Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara. 2. Pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negara. 3. Pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara. 4. Pemasyhuran oleh Yang di-Pertua Dewan Negara.

trending_flat

KPKT komited imbangi sosioekonomi dan pembangunan komuniti setempat secara inklusif

TELUK INTAN, 17 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Fiesta Teluk Intan - ‘Komuniti Bandar Dekat di Hati’ sempena Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada pagi ini. Nga Kor Ming juga turut menyampaikan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) berjumlah RM276,000 kepada 15 penerima Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Bantuan Bina Baharu Rumah di Bandar bagi kawasan Teluk Intan dan Bagan Datuk, Perak. Menurut KPKT, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh KPKT untuk bantuan baik pulih rumah kepada negeri Perak bagi tahun 2023. Peruntukan ini bakal memberi manfaat kepada 133 penerima bantuan perumahan di Perak dalam usaha menambah baik kualiti kehidupan keluarga di bandar. Tambah KPKT, penerima Bantuan Baik Pulih rumah adalah dalam kalangan B40 yang berdaftar dengan eKasih di mana rumah […]

trending_flat

Jasa dan Pengorbanan seramai 448 veteran Angkatan Tentera Malaysia(ATM) diiktiraf menerusi penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh Panglima Operasi Udara

Bagan Ajam, 17 Jun 2023 - Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada Bin Ismail TUDM, Panglima Operasi Udara telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 448 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Dewan Konvensyen Perda, Pulau Pinang. Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bermula pada 3 Mac 2004. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu. Sehingga hari ini, seramai 37,492 warga Veteran ATM telah menerima PJM. Kejayaan bekas anggota tentera membanteras ancaman komunis selain memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut, telah melayakkan mereka dianugerahkan dengan PJM: a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan […]

trending_flat

“KALIH BAGI SAMA” – DI MANA SONGSANGNYA?

ALOR SETAR, 17 Jun - Di mana songsangnya kempen 'Kalih Bagi Sama'? Jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kempen itu adalah sebahagian gerakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menawan kembali pengundi di negeri berkenaan selain tidak melanggar amalan demokrasi di negara ini. “Di mana songsangnya? Istilah songsang tak ada apabila tiba kempen pilihan raya, kita guna ‘Kalih Bagi Sama’ kerana ia adalah hak parti untuk berkempen. Kita tawarkan kepada rakyat Kedah jika undi BN dan PH, makna sama undi kerajaan di Persekutuan. “Dalam amalan demokrasi ini tak salah, ada perkara lebih salah jika mencarut, maki orang, fitnah, ikut suka hati kata pada orang. Itu semua lebih dahsyat lagi daripada songsang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO Kedah di sini, malam tadi. https://youtu.be/IwvocWQVBZc Jelas Mahdzir, kempen itu juga adalah tawaran […]

trending_flat

KPK jamin terus tangani masalah industri getah dan diskriminasi minyak sawit

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2023 - Dalam menghadapi risiko cuaca panas dan penyakit luruhan daun, Kementerian Perladangan dan Komiditi (KPK) belum menyalurkan bantuan segera tentang isu ini, tetapi sudah mengambil kira kebajikan mereka menerusi bantuan segera secara bulanan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL). Mejawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Padang Serai di Parlimen hari ini, Menterinya Dato' Sri Haji Fadillah Yusof menyatakan, sejak pelaksanaan IPG pada September 2015 sehingga 31 Disember 2022, bantuan telah diagihkan kepada 210,000 pekebun kecil di seluruh negara dengan nilai pembayaran berjumlah RM448 juta. “Bagi menangani penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP), Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah diperuntukkan keseluruhan RM14.9 juta untuk Siri 1 dan Siri 2 bagi mengawal penyakit LDP dalam tahun 2023 sehingga 2024. “Siri 1 melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta, sedang di dalam proses pelaksanaan di Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, […]

trending_flat

Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama

Oleh: Dr. Elya Nabila Abdul Bahri Walaupun kajian semula kadar dan struktur upah sedang hangat diperkatakan ketika ini, namun dari sudut yang lain terdapat segolongan pekerja yang memilih untuk mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera dan keseimbangan antara kerja-kehidupan yang lebih sihat berbanding upah yang lebih tinggi. Ada pekerja yang sanggup meninggalkan organisasi kerana tuntutan kerja yang terlalu sibuk walaupun upah yang diterima adalah tinggi. Kebiasaannya, semakin tinggi tingkat upah, semakin tinggi tuntutan kerja yang diperlukan oleh majikan. Tuntutan kerja yang banyak akan membuatkan seorang pekerja itu sibuk dan perlu melebihkan masanya untuk menyempurnakan kerja dan kurang peruntukan masa untuk bersosial atau bersama keluarga. Maka tidak hairan jika ada pekerja yang sanggup meninggalkan kerja yang menawarkan upah yang lebih tinggi, misalnya RM3,700 disusuli dengan tuntutan kerja yang padat tetapi berhijrah kepada pekerjaan sebagai juruwang dengan pendapatan sebanyak RM1,500 yang lebih rendah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation