trending_flat

Penyerahan Mock-Up Cheque Pembiayaan SPED bersempena Pameran Korporat Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 – Sejumlah RM 1.05 juta pembiayaan perniagaan telah diagihkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada hari ini. Sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada 5 usahawan. Sesi penyerahan tersebut telah dilaksanakan ketika pameran korporat KKDW yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 7 Jun sehingga 10 Jun 2023. Kesemua usahawan tersebut mengusahakan perniagaan yang mendukung industri automotif, pengurusan majlis, marin dan juga industri perdagangan. Untuk makluman, SPED yang mensasarkan kepada usahawan luar bandar adalah satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh KKDW dan Rural Capital Berhad (RCB) adalah sebagai salah satu agensi pelaksana yang telah dilantik sejak dari November 2022 sehingga kini. Setakat Mei 2023, sejumlah RM5,587,000.00 pembiayaan perniagaan […]

trending_flat

PRESIDEN KENYA BERHASRAT MENDAPATKAN KHIDMAT KEPAKARAN MALAYSIA DALAM PENYEDIAAN PERUMAHAN MAMPU MILIK

NAIROBI, KENYA, 7 Jun 2023 – Malaysia merupakan antara dua (2) buah Negara yang telah diberikan penghormatan untuk melakukan kunjungan kepada Dr. William Samoei Ruto, Presiden Kenya dalam satu pertemuan tertutup sempena Persidangan United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) 2023 yang berlangsung di Nairobi dari 5 hingga 9 Jun 2023. Dalam sesi tersebut, Presiden Kenya telah menyatakan minat dan hasrat kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk bekerjasama, mempelajari dan mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara. Presiden Kenya yang merupakan tuan rumah Persidangan UN-Habitat 2023 turut menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara gateway kepada negara-negara di rantau ASEAN. Menurut Nga Kor Ming, Malaysia bersedia untuk bekerjasama dan berkongsi kepakaran, latihan serta amalan terbaik dengan mana-mana negara termasuk Kenya khususnya berkaitan inisiatif-inisiatif Kerajaan Malaysia dalam membangunkan sektor perumahan di negara ini. Bersempena dengan persidangan tersebut, […]

trending_flat

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi menjawab pertanyaan YBrs. Tuan Haji Kamal Bin Ashaari (Kuala Krau) berkenaan tindakan KKDW terutama melalui RISDA bagi membantu pekebun kecil getah seluruh negara dalam menghadapi cuaca panas yang panjang di negara yang akan mengurangkan produktiviti tanaman getah.

trending_flat

AHLI UMNO USAH TERKESAN DENGAN ‘RAMALAN NAKAL’ SOAL SURVIVAL UMNO

ALOR SETAR, 7 Jun 2023 - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) merupakan medan bagi ahli dan kepimpinan parti UMNO untuk bermuhasabah, kembali menilai diri dan berbincang sesama mereka. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pada saat ini, warga UMNO yang tulen perlu mengutamakan agenda perpaduan dalaman parti dan membina semula pertubuhan keramat bangsa ini sebagai sebuah parti tonggak negara yang diyakini rakyat, khususnya umat Melayu Islam. Menurutnya, warga parti seharusnya tidak cepat melatah apabila mendengar naratif nakal ramalan pihak-pihak tertentu yang mendakwa kononnya UMNO akan tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. “Adalah kurang bijak untuk bersikap terlalu mengambil peduli tentang persepsi luar terutama yang dilihat cuba mengganggu emosi para perwakilan” Shaiful yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok bertegas bahawa, adalah lebih baik jika tumpuan diberi kepada pelbagai mesej yang disampaikan […]

trending_flat

Kawal kegembiraan dengan mengukur baju di badan sendiri

Oleh: Prof Madya Dr. Melati Sumari Manusia secara semulajadinya memang sukakan kecantikan, keindahan, kemenangan, dan pujian. Kecantikan dan keindahan tidak terbatas pada apa yang dipakai oleh seseorang tetapi juga apa yang dimiliki seperti kenderaan, barang perhiasan, dan juga kediaman. Walau bagaimanapun pencapaian seseorang adalah bersifat subjektif. Tidak juga menjadi satu kesalahan untuk menjadi kaya agar impian dan kesukaan diri dapat dicapai. Dengan perkembangan teknologi di hujung jari dan kemudahan mencapai maklumat tanpa batas melalui media atas talian dan media sosial, keinginan untuk mengejar impian seolah-olah menjadi persaingan. Pencapaian seseorang tentunya menaikkan rasa harga diri, tetapi pada masa yang sama kemungkinan orang lain pula yang merasa kecewa kerana gagal mencapai apa yang diimpikan. Dari segi psikologi, adalah penting bagi individu yang sihat mental dan emosinya untuk memastikan agar kegembiraan, keindahan, kecantikan, kemenangan dalam bidang apa pun di kawal oleh lokus kawalan […]

trending_flat

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun - Formula 'menang-menang' bagi agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah sebagai sandaran menawan Kedah daripada Perikatan Nasional (PN). Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, formula tersebut diyakini dapat menembusi beberapa kubu kuat PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi. Menurutnya, persetujuan itu dicapai setelah kedua-dua gabungan mengadakan rundingan dengan mengenepikan emosi dan berunding dalam suasana harmoni. “Keputusan itu akhirnya datang daripada pucuk pimpinan kedua-dua pihak, sebaiknya kita tengok agihan (kerusi) yang seakan hampir-hampir sama rata antara PH dan BN,” katanya dalam sidang media ketika hadir pada majlis kesyukuran meraikan Anugerah Balai Polis Luar Bandar Terbaik di Malaysia, di Balai Polis Kampung Tanjung, Pedu di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad. Tegas Mahdzir, kesepakatan dalam agihan […]

trending_flat

Perbelanjaan pengguna merosot pada separuh kedua 2023?

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengekalkan ramalannya bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang dalam julat 4% hingga 5% pada 2023, sesetengah pakar ekonomi berpendapat bahawa beberapa cabaran dan ketidaktentuan ekonomi seperti kesan kenaikan kadar faedah, rasionalisasi subsidi, ketidaktentuan politik dan prestasi global yang perlahan mungkin menjejaskan prospek perbelanjaan jangka pendek pengguna di Malaysia pada separuh kedua 2023. Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan sektor peruncitan dan ekonomi yang dipacu pengguna, tahap perbelanjaan pengguna memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan kestabilan negara. Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor Pada 3 Mei 2023, BNM telah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.25% kepada 3%. Ini adalah kali pertama tahun ini OPR dinaikkan selepas dikekalkan pada kadar 2.75% sebanyak dua kali dalam bulan Januari dan Mac. Kadar faedah yang meningkat ini akan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation