Zurich Malaysia Lancar Savings Booster: Menawarkan Manfaat Kematangan Berganda Menerusi Kombinasi Zurich Prestige Cover
KUALA LUMPUR, 18 September 2024 – Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB) dengan bangganya memperkenalkan Savings Booster, pelan manfaat tambahan (rider) simpanan yang direka khusus untuk individu yang mahukan keselamatan kewangan dengan gabungan unik bagi meningkatkan simpanan dan perlindungan. Rider ini merupakan pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia yang sedang berusaha membina masa depan untuk diri sendiri dan insan yang dikasihi. Apabila digabungkan dengan Zurich Prestige Cover, ia menawarkan penyelesaian yang boleh dipercayai dengan pelbagai manfaat, termasuk ciri jaminan kematangan berganda yang pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia. Perancangan kewangan boleh menjadi satu tugas yang mencabar, terutamanya apabila berhadapan dengan ketidaktentuan masa depan. Dengan pelbagai produk kewangan yang ditawarkan, ramai merasa terbeban dan tidak pasti jika pilihan mereka adalah tepat. Inilah kelebihan Savings Booster yang menawarkan jaminan pulangan tunai tetap dan jaminan tempoh kematangan, bagi membantu individu menyesuaikan strategi simpanan mereka seiring […]