trending_flat
Pasukan Mobile Legends: Bang Bang Malaysia memenangi Kejohanan Esports Dunia (WEC) 2024 buat kali pertama dalam tahun penentu era.

Ia merupakan kemenangan manis buat Pasukan Malaysia setelah juara baharu itu menebus kekalahan kepada Pasukan Filipina pada peringkat kumpulan. RIYADH, ARAB SAUDI, 15 November, 2024 – Pasukan Malaysia hari ini meneruskan tahun penciptaan sejarah dengan memenangi acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Kejohanan Esports Dunia (WEC) 2024. Mereka menewaskan Pasukan Filipina 2-0 dalam perlawanan Grand Final untuk membawa pulang gelaran kejohanan dan hadiah wang bernilai USD 70,000 daripada kumpulan hadiah USD 160,000. Kejayaan Pasukan Malaysia terasa manis kerana ia disulami dengan pembalasan dendam di mana mereka sebelum ini tewas 1-2 kepada Pasukan Filipina di peringkat kumpulan. Kemenangan Pasukan Malaysia adalah kemenangan pertama Malaysia di acara MLBB WEC, di mana mereka sebelum ini tidak pernah mara ke pusingan Grand Final. Pencapaian mereka menyaksikan lagu kebangsaan Malaysia – Negaraku – dimainkan buat pertama kali di pentas ini. Kejayaan Pasukan Malaysia meneruskan […]

trending_flat
Legasi pendidikan senibina Prof Ezrin untuk negara

Oleh: Sr Dr. Zuraini Md Ali, Dr. Mastura Adam Prof Ezrin (dua dari kiri) bersama pengarang pada satu perhimpunan baru-baru ini Setiap kali melalui Mercu Alam Bina di Universiti Malaya, kita diingatkan kepada seorang pemikir dan visi yang membina legasi ini—Profesor Emeritus Ezrin Arbi, seorang pelopor yang telah mengubah landskap pendidikan seni bina di Malaysia. Sepanjang Bulan Akademik pada bulan Oktober yang lalu, kita bukan sahaja diingatkan tentang kuasa transformasi pendidikan, tetapi juga tentang individu-individu luar biasa yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mendidik generasi akan datang. Kesan mendalam Prof. Ezrin terhadap pendidikan seni bina di Malaysia adalah bukti komitmennya yang tidak berbelah bahagi dalam membentuk pemikiran dan identiti seorang arkitek di negara ini. Pelopor Pendidikan Seni Bina Perjalanan Prof. Ezrin Arbi bermula di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia, di mana beliau dilahirkan pada 24 Oktober 1936. Laluan akademiknya membawanya […]

trending_flat
Fadillah ketuai Skuad PETRA turun ke Melaka, tinjau isu tenaga dan air tempatan

MELAKA, 16 NOVEMBER 2024 – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta agensi di bawahnya telah memulakan siri pertama jelajah PETRA Skuad Zon Selatan bermula di Melaka, hari ini. Menurut PETRA, PETRA Skuad adalah inisiatif turun padang oleh Kementerian untuk meninjau dan mendapatkan maklum balas langsung mengenai isu tenaga dan air tempatan serta mencari solusi terbaik dalam merangka pelan tindakan bagi memastikan bekalan yang berterusan, mampan, inklusif dan selamat demi kesejahteraan rakyat. Kredit Foto : PETRA "PETRA Skuad turut sama menekankan agenda penguatkuasaan dan memperkasa pelaksanaan dasar dalam sektor tenaga dan air oleh PETRA dan agensiagensi di bawahnya." katanya. Majlis Serahan Projek Siap kepada Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Bougainvilla, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Lawatan ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) […]

trending_flat
EAACI akan Melancarkan Hari Kesedaran Anafilaksis Sedunia pada 21 November di FAAM-EUROBAT 2024

ATHENS, Greece, Nov. 14, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — European Academy of Allergy and Clinical Immunology (EAACI) dengan bangganya mengumumkan Hari Kesedaran Anafilaksis Sedunia yang ulung kali diadakan pada 21 November 2024. Inisiatif bersejarah ini, yang diadakan pada hari pembukaan FAAM-EUROBAT 2024 di Athens, Greece, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan langkah-langkah penting dalam mencegah dan mengurus anafilaksis, tindak balas alergi yang teruk dan berpotensi mengancam nyawa. Anafilaksis menjejaskan kira-kira 1-2% daripada populasi global, dengan insiden yang semakin meningkat di seluruh dunia. Tindak balas alergi yang teruk ini memerlukan intervensi perubatan segera dan selalunya berpunca daripada pendedahan kepada alergen biasa, termasuk makanan tertentu, sengatan serangga, ubat-ubatan atau susu getah. Walaupun terdapat risiko, kesedaran tentang gejala anafilaksis, punca dan tindak balas kecemasan masih rendah. Hari Kesedaran Anafilaksis Sedunia menangani jurang pengetahuan ini dan memupuk pemahaman global tentang isu kesihatan yang kritikal ini. Melalui pelbagai aktiviti pendidikan, Hari Kesedaran Anafilaksis […]

trending_flat
EKSPLORASI TAJWID: PELAJAR TAHFIZ UNITEN BERKONGSI ILMU BERSAMA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM

Oleh:Nik Amalena Najebah Nik Azman ROMPIN, 10 November 2024 – Program “Eksplorasi Tajwid: Menyelami Keindahan Al-Quran” telah berjaya dilaksanakan di Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman, Rompin, dengan matlamat memupuk kecintaan kepada Al-Quran dan memperdalam pemahaman ilmu tajwid di kalangan penghuni rumah anak yatim tersebut. Program separuh hari ini berjalan lancar dengan kehadiran seramai 26 peserta. Pengarah Program, Saudara Adib Mursyid bin Amran, menyatakan bahawa program ini bermanfaat bagi fasilitator dan peserta. “Para fasilitator dapat menyumbang dalam bentuk ilmu, sementara peserta pula dapat memperkukuhkan pemahaman tajwid serta membetulkan bacaan Al-Quran mereka,” ujar beliau. Program ini dikendalikan oleh enam fasilitator berdedikasi, termasuk lima Huffaz Profesional yang mengikuti Pensijilan Tahfiz Al-Quran di samping Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif disusun sepanjang program untuk memastikan peserta dapat […]

trending_flat
NAMA JALAN YAP AH LOY KEKAL, TUDUHAN PERTUKARAN NAMA ADALAH PALSU

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Talian JomCheck telah diminta untuk menyemak kesahihan tentang isu yang tular di media sosial berkaitan penukaran nama Jalan Yap Ah Loy kepada Jalan Palestin. Isu ini mula tular apabila tersebarnya satu gambar ketika perasmian Jalan Palestin yang disertakan dengan tuduhan bahawa nama Jalan Yap Ah Loy telah ditukar kepada Jalan Palestin. Hasil semakan JomCheck mendapati bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menepis dakwaan ini dan memberi penjelasan terperinci tentang status kedua-dua jalan. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa Jalan Yap Ah Loy masih kekal dengan nama yang sama dan tiada sebarang perancangan untuk menukar nama jalan berkenaan kepada Jalan Palestin seperti yang didakwa

trending_flat
DEBx Medical Mendapatkan Pelaburan Tambahan daripada TVM Capital Healthcare

Memacu Fasa Inovasi Seterusnya dalam Pengurusan Luka Kronik DEBx Medical dijangka bersedia untuk pertumbuhan pesat dalam penyelesaian luka kronik, dipacu oleh pelaburan kedua oleh TVM Capital Healthcare. AMSTERDAM dan DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, Nov. 13, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — DEBx Medical, inovator perintis yang berpangkalan di Amsterdam, mengumumkan kejayaan pelengkapan pelaburan modal kedua yang diterajui oleh TVM Capital Healthcare. Pendanaan ini akan memacu pengembangan global DEBx Medical ke pasaran utama di seluruh dunia. https://youtu.be/3hNhtNPvg3g Pelaburan ini merupakan susulan kepada pendanaan pertama yang berjaya dan menggambarkan kepercayaan yang meningkat kepada pendekatan inovatif DEBx Medical terhadap pengurusan luka kronik, terutamanya menerusi penyelesaian cemerlang mereka, DEBRICHEM®, agen pengeringan topikal yang digunakan untuk menghapuskan biofilem dan jangkitan daripada luka kronik. Pengembangan Pasaran Global untuk Mentransformasikan Penjagaan Luka Kronik Pelaburan kedua ini akan menyokong strategi syarikat untuk berkembang ke pasaran yang diselia ketat dan kompetitif, seterusnya menyokong […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation