trending_flat
Perjuangan minda umat Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis

Oleh: Ainul Asyraf Lokman, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor Israel telah digemparkan dengan serangan daripada gerakan pembebasan Palestin, Hamas melalui Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan sejak 7 Oktober yang lalu. Israel kemudian bertindak balas dengan mengebom semenanjung Gaza dalam skala yang amat besar. Peperangan ini merupakan peperangan yang terbesar semenjak kali terakhir peperangan Arab-Israel. Operasi Taufan al-Aqsa ini dilancarkan bertitik tolak dari pencerobohan dan penghinaan terhadap masjid al-Aqsa. Namun mengapa operasi ini tidak dinamakan Taufan Palestin ? Hal ini kerana isu yang menyatukan umat Islam ialah Baitul Maqdis itu sendiri yang signifikan terhadap umat Islam. Dari aspek sejarah, Baitul Maqdis dahulunya pernah dikuasai oleh orang Islam dan juga bukan Islam. Dalam konteks semasa, Baitul Maqdis telah jatuh dalam kawalan Israel. Sehingga kini, sudah lebih 100 tahun Baitul Maqdis dijajah namun umat Islam masih belum mampu untuk membebaskannya. Jadi, timbul […]

trending_flat
KPDN tumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Port Klang

PUTRAJAYA, 20 OKTOBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam satu (1) serbuan di sebuah premis tanpa nama di Taman Pandamaran Permai, Port Klang, Selangor pada 19 Oktober 2023. Foto-foto kredit UKK KPDN Dalam satu kenyataan hari ini, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Armizan Mohd Ali berkata serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya dan Selangor itu bermula kira-kira jam 2.30 petang adalah hasil risikan yang telah dilakukan beberapa hari sebelum operasi dilancarkan. Armizan berkata bahawa hasil pemeriksaan ke atas lokasi serbuan itu mendapati premis tersebut berkunci dan tidak berpenghuni. Pasukan serbuan telah bertindak memecah masuk premis tersebut untuk melakukan pemeriksaan lanjut. "Pemeriksaan lanjut yang dilakukan telah menemukan lapan (8) buah tong jenis IBC (Intermediate Bulk Container) yang mengandungi minyak masak dan 250 kotak […]

trending_flat
Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani Platform Pelajar Tvet Kukuhkan Jati Diri

IPOH, 20 Oktober 2023 - Penganjuran Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC 2023 yang memfokuskan kepada kepimpinan golongan muda yang merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara bangsa merupakan satu platform terbaik pengukuhan jati diri sebagai pelajar TVET Politeknik dan Kolej Komuniti. Kepimpinan Mahasiswa Madani berteraskan enam rukun Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan merupakan kerangka utama pembentukan modal insan yang holistik seiring pembangunan negara. Penganjuran konvensyen ini adalah selaras dengan matlamat untuk menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) Lonjakan 1 iaitu melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang dalam domain kemahiran memimpin, identiti nasional, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk budaya kepemimpinan yang mempunyai ciri-ciri madani dalam kalangan mahasiswa demi kelangsungan kepimpinan insani di negara ini. Penganjuran konvensyen juga adalah seiring dengan hala tuju baharu JPPKK […]

trending_flat
Menyingkap kebangkitan ECF untuk PKS

Oleh: Dr Mohamed Hisham Hanifa, Prof Madya Dr Anna Azriati Che Azmi Pengiktirafan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka menyumbang 97.4 peratus daripada jumlah kelahiran perniagaan pada tahun 2021. Menurut Daftar Perniagaan Perangkaan Malaysia (MSBR) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), PKS menyumbang 37.4 peratus daripada KDNK negara dan menggaji 47.8 peratus populasi penduduk Malaysia yang bekerja. Dr Mohamed Hisham Hanifa Prof Madya Dr Anna Azriati Che Azmi Kepentingan PKS penting kepada negara memang tidak dapat dinafikan, namun mereka mempunyai banyak halangan untuk mendapat pinjaman untuk membiayai perniagaan mereka. Antaranya adalah PKS mungkin mempunyai rekod kredit yang tidak memadai untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan dan proses permohonan pinjaman pada institusi kewangan mungkin memerlukan banyak dokumen seperti penyata kewangan dan rancangan perniagaan yang mungkin sukar untuk disediakan oleh […]

trending_flat
Melayu sudah membela Palestin sejak dahulu

Oleh: Dr. Abu Hanifah Haris Perjuangan rakyat Palestin bagi membebaskan tanah air mereka bukanlah asing bagi orang Melayu. Orang Melayu sebenarnya sudah bersimpati dan membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh imigran Yahudi sejak tahun 1930 lagi, iaitu ketika krisis penindasan rakyat Palestin sedang berkembang pesat. Akhbar Semangat Islam melaporkan bahawa Haji Abu Bakar Ashaari, Presiden al-Jamiyyah al-Khairiyyah al-Ṭalabiyyah al-Azhariyyah al-Jawah (Persatuan Kebajikan Pelajar Jawi al-Azhar) bersama sahabatnya Abdul Kahar Muzakkir tiba di Palestin pada tahun 1930. Dalam pertemuan tersebut, Suruhanjaya Buraq al-Sharif ditubuhkan di bawah Liga Bangsa bagi mengelakkan tercetusnya konflik antara agama. Pada tahun 1931, Mufti Jurusalem iaitu Hajj Amin al-Husayni telah menganjurkan Persidangan Umum Islam di Palestin bagi menyatukan pandangan umat Islam dalam rangka mempertahankan bumi Palestin. Dalam persidangan tersebut, Abdul Kahar Muzakkir telah dilantik sebagai Setiausaha Muktamar Alam Islami. Dalam hal ini, status sebagai pelajar tidak […]

trending_flat
Pesawat Amfibia bantu padam kebakaran Hutan Belukar kawasan Bypass SEBANA COVE – PUNGGAI

KOTA TINGGI, 17 Oktober 2023 - Sebuah pesawat amfibia jenis Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterbangkan ke lokasi kebakaran hutan belukar di kawasan Bypass Sebana Cove - Punggai bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi memadam kebakaran di sini hari ini. Bantuan diberikan setelah Unit Drone Bomba membuat pemantauan udara selama tiga hari kebakaran hutan terbabit dan mendapati keluasan kebakaran semakin merebak dari anggaran keluasan 2 hektar kepada 30 hektar. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, setelah menerima permohonan bantuan daripada Pejabat Daerah Kota Tinggi bagi memadamkan kebakaran terbabit, Maritim Malaysia mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 ke lokasi kejadian dan melakukan water bombing untuk memadamkan kebakaran. Nurul Hizam turut berkata, pesawat terbabit mampu membawa sehingga 6 ribu liter air bagi setiap kali water scooping. Bagi operasi pada […]

trending_flat
Taufan Al-Aqsa: Perhatian harus diberi pasca konflik

Oleh: Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dan Mohamad Fikri Mohd Bakri Konflik Palestin-Israel terkini yang dikenali sebagai Taufan al-Aqsa telah berlaku lebih dari satu minggu sejak Sabtu, 7 Oktober 2023. Jumlah korban yang dicatatkan dalam kalangan rakyat Palestin kini sudah mencecah hampir 2,400 orang manakala yang tercedera pula lebih 10,000 orang. Angka yang terkorban ini merupakan suatu angka yang jauh lebih besar dalam tempoh 7-8 hari jika dibandingkan dengan Perang Al-Asfim Maakul pada 2014 yang berlarutan dalam tempoh 51 hari. Dunia menyaksikan kekejaman Zionis Israel yang terus menekan rakyat Palestin khususnya di Gaza melalui serangan pengeboman dan pencerobohan sama ada dari darat, udara mahu pun laut. Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor Mohamad Fikri Mohd Bakri Lebih parah lagi, negara-negara Barat yang begitu lantang menyuarakan hak asasi manusia, perdamaian dan pematuhan undang-undang antarabangsa seolah-olah membutakan mata dengan jenayah yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation