Penjual dan Jenama Tempatan Baharu Capai Peningkatan Jualan 30 Kali Ganda semasa Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi
Shopee Affiliate jana 1 dalam 4 pesanan buat perniagaan tempatan seluruh negara KUALA LUMPUR, 16 Disember 2024 - Penjual dan jenama tempatan cemerlang semasa kempen Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, dengan mereka yang pertama kali mengambil bahagian dalam kempen ini mencapai peningkatan hebat jualan sebanyak 30 kali ganda berbanding hari biasa. Pertumbuhan hebat ini mencerminkan dedikasi mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan, dengan memanfaatkan sepenuhnya pelbagai ciri perniagaan Shopee—termasuk Shopee Live, Shopee Affiliate, baucar, dan banyak lagi—untuk meningkatkan keterlibatan berhubung dengan pembeli di seluruh negara. Jenama tempatan kegemaran rakyat Malaysia seperti Dr. Cardin, ELGINI MALAYSIA, Indah Pesona Concept Store, Panda Eyes Official Store, dan Popi Official Store, adalah antara yang menerima pesanan tertinggi daripada sesi strim langsung mereka. Shopee Affiliate juga meningkatkan keterlihatan penjual, memacu 1 dalam 4 pesanan untuk perniagaan tempatan, termasuk allblue5367, HYGR, dan Panna Lab. Mereka juga memuat […]