trending_flat
FESTIVAL PELANCONGAN BUDAYA: FESTIVAL CAKLEMPONG 2024

SEREMBAN, 30 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya : Festival Caklempong 2024 bermula pada 27 hingga 29 September 2024 bertempat di GEMBOX Nilai, Negeri Sembilan. Festival Caklempong 2024 merupakan platform utama dalam mempromosi dan mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan serta dapat meningkatkan kefahaman dan aprisiasi seni masyarakat ke arah pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu. Memperluaskan skop pelaksanaan program dan tidak hanya memfokus kepada Caklempong sahaja malah melibatkan pelbagai kesenian dan kebudayaan merangkumi makanan tradisi, persembahan pentas, kraftangan, memberi pendedahan dan peluang penggiat seni peringkat negeri untuk menyertai acara persembahan dan pertandingan – pertandingan yang dianjurkan. Program ini juga berperanan sebagai pusat rujukan dalam menghasilkan karya kreatif, inovatif, berkualiti dan berprestij. Festival Caklempong 2024 telah menyediakan peluang dan ruang berkarya […]

trending_flat
TALENTCORP RAIKAN KOHORT PERTAMA VETERAN MYWIRA YANG BERALIH KEPADA KERJAYA SEKTOR SWASTA SERTA MENGALU-ALUKAN RAKAN KORPORAT BAHARU

PULAU PINANG, 30 Sept (Bernama) -- Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi strategik dan badan pemikir di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus memberi sokongan terhadap veteran tentera dalam peralihan kerjaya selepas persaraan melalui inisiatif Veteran MyWIRA. Kohort pertama yang bekerjasama dengan Micron Memory Malaysia (Micron) terdiri daripada 25 orang pesara angkatan tentera yang telah menyelesaikan program latihan selama tiga bulan di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dan Pusat Kecemerlangan Walta (Walta COE). Selepas menamatkan latihan, kesemua peserta diambil bekerja oleh Micron secara sepenuh masa sebagai juruteknik dan penyelia dan memanfaatkan pengalaman dan kemahiran mereka yang terdahulu. Ketika Majlis pengiktirafan kohort pertama ini, Menteri KESUMA, YB Steven Sim Chee Keong, menekankan bahawa inisiatif ini sejajar dengan misi strategik 3K KESUMA: Kebajikan, Kemahiran, dan Keberhasilan. “Saya berbangga melihat 25 pesara tentera yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan yang berkualiti dalam sektor swasta melalui inisiatif […]

trending_flat
Nilai patriotisme belia di Tanjung Sepat

Ketibaan bulan Ogos dan September saban tahun sering menimbulkan rasa patriotik dalam kalangan rakyat negara ini, terutamanya pada dua tarikh keramat, iaitu 31 Ogos dan 16 September. Di seluruh negara, pelbagai program telah diatur bagi menyemarak semangat kenegaraan kepada segmen masyarakat yang khusus. Untuk golongan belia misalnya, penerapan nilai patriotisme ini memerlukan pendekatan yang berbeza, memandangkan mereka adalah generasi yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan. “Pendekatan yang selalunya berkesan adalah melalui penganjuran program dengan aktiviti yang bersifat santai, dan dekat dengan diri mereka; seperti konvoi bermotosikal, aktiviti riadah di tempat peranginan, gotong-royong membersihkan pantai, dan rewang menyediakan juadah makanan,” kata Faris Afiq Ikhwan Saifullah, Ketua Unit Komuniti Team Selangor. Atas pemahaman inilah program Bike Week Team Selangor 2024 telah dianjurkan baru-baru ini sempena Hari Malaysia. Bertempat di Tanjung Sepat, Selangor, seramai lebih 100 orang peserta telah hadir dengan berkonvoi dari […]

trending_flat
Mencari nilai penceritaan data di seberang

Penyelidikan kualitatif eratkan hubungan penyelidik Malaysia-Indonesia Oleh: Maria Mohd Ismail, Siti Nur Edlyn Nadia Zuraiju Dalam dunia akademik yang semakin pesat berkembang, data sering dianggap sebagai raja. Namun, apakah nilai sebuah data jika tiada penceritaan yang memberi makna? Seperti buku yang tidak disertakan dengan sebuah penulisan yang menarik, angka dan fakta sahaja tidak cukup untuk menggerakkan hati dan minda pembaca. Dan itulah kelebihan penyelidikan kualitatif – ia menyulami data dengan penceritaan yang mendalam, menjadikannya lebih ‘hidup’ dan tentunya relevan. Jemputan sebagai penceramah kajian kualitatif di dua universiti awam di Republik Indonesia pada 5 September lalu ternyata mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar ijazah tinggi Malaysia dan Indonesia. Sesi perbincangan yang membincangkan penyelidikan menggunakan kaedah kajian kualitatif berjaya menzahirkan kepentingan kajian yang lebih memahami kehidupan masyarakat setempat, budaya, dan adat. Kunjungan pertama di Universitas Negeri Padang (UNP), Kota Padang, Indonesia, berlangsung […]

trending_flat
BINTAI KINDEN CADANG PELAN REGULARISASI UNTUK KELUAR DARI STATUS PN17

Langkah strategik untuk keluar PN17, disokong oleh pelan pengurangan modal dan kepelbagaian PETALING JAYA, 27 SEPTEMBER 2024 – Bintai Kinden Corporation Berhad ("BKCB" atau "Syarikat"; Bursa: BINTAI, 6998), pakar perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal ("M&E"), pengeluar peranti perubatan dan pengendali kemudahan, hari ini mengumumkan Cadangan Pelan Regularisasinya, satu inisiatif holistik yang bertujuan untuk menstruktur semula operasi Syarikat, mengukuhkan kedudukan kewangannya, dan memastikan trajektori pertumbuhan masa depannya. Pelan itu, tertakluk kepada kelulusan Bursa dan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (“EGM”) yang akan datang, menandakan satu langkah penting dalam strategi BKCB untuk meningkatkan status Nota Amalan 17 (“PN17”) dan memastikan kemampanan jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada Cadangan Pelan Regularisasi, BKCB sedang melaksanakan langkah strategik untuk meningkatkan kesihatan kewangannya dan menyokong pertumbuhan masa depan. Komponen utama ialah Cadangan Kepelbagaian ke dalam sektor pembinaan, yang akan melengkapkan teras perniagaan kejuruteraan M&Enya. Kepelbagaian […]

trending_flat
Keseimbangan dalam memenuhi keperluan keuntungan dan etika industri halal

oleh: Juliana Anis Ramli Keseimbangan desakan dan motivasi antara pengguna dan pemain industri amat diperlukan dalam menangani isu halal (Nahrizul Adib Kadri - Unsplash) Istilah 'halal' berasal dari bahasa Arab, yang didefinisikan sebagai sesuatu yang 'dibenarkan' atau 'diizinkan', telah digunakan secara meluas dalam pelbagai aspek terutama sekali merujuk kepada perihal makanan sebagai memenuhi tuntutan agama. Pertambahan penduduk Islam dunia dan kuasa beli yang tinggi merupakan pendorong utama kepada kemajuan pesat dan pertumbuhan industri halal. Oleh itu, Malaysia telah menjadi peneraju yang diiktiraf sebagai hab halal antarabangsa. Industri halal memainkan peranan penting dalam menyumbang sumber utama ekonomi negara dan dijangka meningkatkan ekonomi dengan anggaran USD 8 trilion menjelang 2030. Peranan syarikat pengeluaran makanan halal Syarikat pengeluar makanan halal memainkan peranan yang sangat relevan dan signifikan terhadap pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, permintaan yang tinggi terhadap makanan halal dapat menggalakkan syarikat […]

trending_flat
Surat Senarai Status Halal beberapa jenama Restoran Terkenal JAKIM Sah

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Tular di media sosial satu surat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memaklumkan bahawa beberapa restoran popular tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, Ayam Penyet Best dan Bungkus Kaw Kaw. Akibat daripada tularnya surat ini hanya dalam bentuk imej tanpa maklumat terperinci tentang sumber atau penerangan yang jelas, timbul pelbagai persoalan daripada pengguna media sosial tentang kesahihan surat berkenaan dan status halal premis makanan yang disebut. Restoran-restoran terlibat juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara sama. STATUS: BENARPENJELASAN: Surat yang tersebar adalah sahih. Ia dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) apabila diajukan soalan tentang status halal premis yang dinyatakan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation