Islam meraikan emosi
Oleh: Muhammad Shahmil Saidin, Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Merenung kembali seruan agama yang mengajar manusia agar bersikap matang dalamsetiap situasi dan berfikir terlebih dahulu adalah sesuatu yang perlu dititikberat. Emosimerujuk kepada perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut, sayang, malu danlain-lain. Perasaan tersebut akan mempengaruhi tingkah laku luaran manusia sama adayang bersifat terkawal seperti mimik muka atau yang bersifat tidak terkawal seperti badanberpeluh dan menggigil akibat ketakutan. Sejak awal kelahiran, manusia sentiasa melalui perkembangan dalam pelbagai sudut sepertipertumbuhan fizikal, psikologi dan mental. Begitu juga emosi yang merupakan suatu bentukdaya kognitif yang terbentuk dan berkembang secara berperingkat semenjak awal kelahiran.Emosi manusia juga turut dihiasi dengan pelbagai macam reaksi yang masing-masingmempunyai tujuan dan adaptasi yang tertentu. Hal ini bertepatan dengan wahyu Al-Quran dalam surah An-Najm, ayat 43 yang bermaksud,“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira)tertawa, dan menyebabkan […]