trending_flat
Ini bukan masanya

Budaya Buli dan Pembuli Sebagai Hero Diagung-agungkan: Hormati Keluarga Mangsa Kes Buli Oleh: Syahida Zulkarnain Sebuah ketakutan yang mencengkam harapan pelajar dan ibu bapa, mampu memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mental, dan meninggalkan luka emosi yang sukar disembuhkan – buli bukanlah isu yang boleh dipandang ringan, apatah lagi dijadikan bahan hiburan yang diagung-agungkan. Sebagai sebuah masyarakat yang prihatin, kita sentiasa berharap industri perfileman mampu mengetengahkan isu buli sebagai pengajaran kepada umum, khususnya generasi muda. Namun, filem Kahar: Kapla High Council, pada hemat saya, bukanlah karya yang sesuai ditayangkan pada waktu ini. Sebagai Presiden sebuah NGO kesihatan mental belia, saya melihat ini sebagai langkah yang kurang sensitif, terutamanya selepas beberapa tragedi berkaitan kes buli yang menjadi perhatian di media massa dan mencetuskan keresahan awam. Filem ini memaparkan babak di mana pelajar meraikan ‘perlawanan’ dan ‘ragging’, menjadikan aksi ini kemuncak yang […]

trending_flat
TEATER ‘SALINA’ ADAPTASI NOVEL KARYA AGUNG SASTERAWAN NEGARA A. SAMAD SAID DIPENTASKAN DI KOTA KINABALU

Poster Karya Agung : Teater Salina Adaptasi Novel Karya Agung Sasterawan Negara A. Samad Said KOTA KINABALU, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dan Stage Production (STAGE.PRO) akan mempersembahkan Teater Salina, sebuah adaptasi novel karya agung Sasterawan Negara A. Samad Said yang diadakan di Auditorium, Kompleks JKKN Sabah, Kota Kinabalu pada 29 dan 30 November 2024 (Jumaat dan Sabtu) jam 8.00 malam. Program Karya Agung ini merupakan inisiatif Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengangkat karya-karya yang telah diiktiraf diperingkat negeri dan juga negara selain bertujuan menyemarakkan dan mengangkat karya seni, sastera, teater warisan, dan karya agung tempatan. Hasil kerjasama antara JKKN Sabah dan Stage Production merupakan satu usaha untuk terus menyemarak dan mengembangkan seni teater dalam kalangan generasi muda di Sabah. Salina adalah karya yang mengangkat tema kemanusiaan, ketabahan, dan pengorbanan […]

trending_flat
Senjata halus dunia moden

oleh: Dr. Elinda Esa Dalam era moden yang penuh dengan kemajuan teknologi dan ledakan media social ini, fenomena "pembunuhan karakter" telah menjadi satu senjata halus yang sangat merbahaya sering kali digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Istilah ini merujuk kepada tindakan merosakkan reputasi individu atau kumpulan melalui penyebaran maklumat palsu, fitnah, atau manipulasi fakta yang bertujuan untuk mencalar imej mereka di mata masyarakat. Meskipun istilah ini kedengaran dramatik, kesannya sangat nyata dan boleh mengakibatkan implikasi sosial yang mendalam, termasuk keretakan hubungan, tekanan psikologi, dan kerosakan imej yang sukar dipulihkan. Maksud pembunuhan karakter dan reputasi "Pembunuhan karakter" merujuk kepada tindakan menyerang kredibiliti dan integriti seseorang dengan tujuan untuk mengurangkan atau memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap individu tersebut. Ini dilakukan melalui penyebaran maklumat yang negatif, tidak tepat, atau palsu yang bertujuan untuk memburukkan imej seseorang di mata umum. Tindakan ini tidak semestinya berlaku secara […]

trending_flat
Kewujudan seksisme pelbagai bentuk, halang potensi wanita

Oleh Nur Afifah Abdul Rahman Halawa, Norliza Amin Stereotaip seksisme merujuk kepada kepercayaan orang ramai berkaitan dengan klasifikasi lelaki atau wanita. Sementara ungkapan seksis merujuk kepada mana-mana bahasa yang jelas menunjukkan berat sebelah terutamanya apabila melibatkan golongan wanita. Situasi ini terlihat nyata wujud dalam kehidupan masyarakat kita kerana terdapat sebahagian besar penggunaan bahasa dan konotasi negatif terhadap golongan wanita. Tidak dapat dinafikan, bahasa dalam komunikasi lisan mempunyai faktor seksisme dan diskriminasi terhadap gander. Masyarakat kini dilihat sangat menyedari akan kewujudan bahasa seksis namun kebanyakan daripada mereka memilih untuk menerima perkara ini sebagai sebahagian daripada nilai budaya dan norma kehidupan masyarakat. Ucapan seksis boleh berlaku tanpa disedari Tanpa kita sedari, ucapan seksis ini sering kali disampaikan secara sindiran mahupun jenaka. Kebanyakan daripada golongan wanita sering kali menerima ucapan jenis ini dalam situasi seperti penglibatan profesional, kepimpinan, tanggapan tradisional dalam rumah tangga […]

trending_flat
Gempa bumi kuat berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Pantai Barat Honshu, Jepun pada jam  9:47 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 9:47 malam, 26 November 2024Koordinat: 37.0° Utara 136.5° TimurLokasi: Berhampiran Pantai Barat Honshu, JepunMagnitud: 6.2Jarak: 44km Utara dari Kanazawa, JepunKedalaman: 36 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat
Hasil Suku Ketiga Hektar REIT Meningkat 7.1% kepada RM29.8 Juta, Kadar Penghunian Terjamin Merentasi Portfolio Meningkat kepada 88.8%

YTD Jumlah hasil meningkat 12.9% kepada RM94.8 juta. Pendapatan Hartanah Bersih YTD meningkat 8.6% kepada RM50.0 juta, terutamanya disebabkan oleh pengiktirafan pendapatan daripada Kolej Yayasan Saad. Mencapai kadar penghunian portfolio terjamin sebanyak 88.8% dengan pengembalian sewa positif sebanyak 7.2% Kuala Lumpur, 26 November 2024 – Hektar Asset Management Sdn. Bhd., pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), dengan sukacitanya mengumumkan keputusan suku ketiga bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024 (“S3 TK2024”). Keputusan suku tersebut mencerminkan pertumbuhan mantap Hektar REIT, digariskan oleh pendapatan menggalakkan yang disumbangkan oleh segmen pendidikan dan pengurusan aset strategik. Untuk S3 TK2024, Hektar REIT melaporkan hasil sebanyak RM29.8 juta, menandakan peningkatan ketara sebanyak 7.1% berbanding RM27.8 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya (“S3 TK2023”). Pertumbuhan ini terutamanya disebabkan oleh pendapatan stabil yang dijana daripada aset pendidikan, Kolej Yayasan Saad (“KYS”), yang diperoleh sebagai sebahagian […]

trending_flat
Pengurusan air masa kini perlukan transformasi menyeluruh – Fadillah

KUALA LUMPUR, 26 November 2024- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato' Sri Haji Fadillah Yusof telah menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan Ke-2 (National Water Innovation, Conferece and Exhibition- NWICE 2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. Kredit Foto FB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Menurut Fadillah. pengurusan air masa kini amat memerlukan transformasi menyeluruh termasuk sumber air bagi memastikan kelangsungan bekalan air yang bersih dan berkualiti kepada pengguna. Katanya, ia juga bagi memastikan perkhidmatan pembetungan dapat menjamin kesihatan rakyat dan memelihara alam sekitar. Ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke-6 (Air Bersih dan Sanitasi - memastikan ketersediaan dan kelestarian pengurusan air dan sanitasi untuk semua). "Pada masa ini, rakyat Malaysia menggunakan 228 liter air setiap orang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation