Alibaba.com Lancar Anugerah KEL Sulung untuk Iktiraf BakatE-Dagang B2B Terkemuka
KUALA LUMPUR, 3 Jul 2024 – Alibaba.com, platform terkemuka untuk e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) global, hari ini mengumumkan Anugerah Peneraju E-dagang Utama (Anugerah KEL) sulung, yang direka khusus untuk memberikan penghormatan kepada pembekal e-dagang terkemuka di wilayah Asia Selatan dan Tenggara. Pelancaran minggu ini dan berlangsung sehingga November 2024, Anugerah KEL akan menyaksikan pembekal Alibaba.com yang layak dari tujuh negara, yang merangkumi India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Singapura, Thailand dan Vietnam, bersaing dalam pusingan kebangsaan di pasaran masing-masing dari Ogos hingga Oktober. Sebanyak 10 peserta terbaik pusingan kebangsaan akan beraksi pada peringkat akhir yang akan diadakan di Vietnam pada November, yang bakal menobatkan 3 peserta paling cemerlang dalam kalangan mereka sebagai pemenang Anugerah KEL. Para peserta dijangka mempamerkan penggunaan Alibaba.com mereka dalam membangunkan dan mengembangkan usaha eksport mereka, bersama-sama dengan strategi yang digunakan oleh mereka untuk mencipta kecemerlangan di pasaran global. Penilaian […]