Laluan jalur rempah, khazanah Melaka-Indonesia
Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Melaka akan terus memperkukuh kerjasama dengan Indonesia dalam usaha memartabatkan warisan seni dan budaya yang telah dijalin sejak sekian lama. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk usaha memartabatkan kembali sejarah laluan jalur rempah nusantara yang menjadikan negeri ini tersohor sebagai pusat perdagangan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jelas Ketua Menteri, Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha yang dilaksanakan republik itu, sekali gus mengangkat kembali sejarah kegemilangan nusantara untuk diwariskan kepada generasi muda. “Kita mesti berusaha untuk membongkarkan rahsia lama dalam sejarah laluan jalur rempah ini kerana dahulu Melaka dan Indonesia adalah pusat perdagangan bagi jualan rempah bagi pasaran Asia Barat serta Eropah. “Ia dilaksanakan supaya dapat mengimbau semula sejarah ini dan diwarisi generasi muda. Malah hubungan ini juga dapat diperkukuhkan seperti mana […]