trending_flat

DARI EKSPEDISI KE PENTAS GLOBAL: AITO MEMPERSEMBAHKAN SUV PINTAR PREMIUM DI PAMERAN MOTOR PARIS 2024

Jelajah Eurasia bersama AITO AITO muncul di Pameran Motor Paris ke-90, mempersembahkan barisan terkini kenderaan elektrik pintar mewah dengan tema "Kecerdasan Memberi Makna Baharu Kepada Kemewahan." Pameran tersebut menampilkan tiga model  iaitu AITO 9, AITO 7 dan AITO 5—yang menonjolkan gabungan "Kemewahan Tradisional dan Kemewahan Teknologi" jenama tersebut. Barisan produk tersebut mempamerkan teknologi canggih, pemanduan pintar dan ciri keselamatan yang menyeluruh, mencerminkan keserbagunaan untuk pelbagai senario pemanduan. Kehadiran AITO di pameran Paris menandakan kemuncak kepada "Jelajah Eurasia bersama AITO," sebuah perjalanan selama 38 hari sejauh kira-kira 15,000 kilometer, yang menunjukkan kebolehpercayaan dan prestasi kenderaan-kenderaan jenama ini. PARIS, 28 Okt (Bernama) -- AITO, jenama kenderaan elektrik pintar mewah, telah muncul di Pameran Motor Paris 2024, mempamerkan barisan tiga kenderaan elektrik mewah dengan jarak lanjutan (REEV). Menggabungkan "Kemewahan Tradisional dan Kemewahan Teknologi," AITO memperkenalkan konsep kemewahan baharu untuk menyediakan pengalaman mobiliti pintar terkemuka […]

trending_flat

Hot hatch dipertingkat: Volkswagen Malaysia perkenal Golf GTI Edition 50 eksklusif

Harga cadangan RM267,990 bersama Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) Dilengkapi secara eksklusif dengan kit badan Oettinger dan aksesori Edition 50 Dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Golf di Malaysia KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model eksklusif Golf GTI Edition 50 yang ditawarkan pada harga cadangan (RRP) RM267,990. Harga RRP itu termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) yang memberikan pemilik dengan penyelenggaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. GTI Edition 50 dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Golf. Jentera itu dilengkapi pelbagai aksesori yang merangkumi kit badan Oettinger, rim baharu, perumah cermin sisi berwarna hitam, emblem ekslusif Edition 50 dan kemasan sisi sporty yang diinspirasikan daripada rekaan honeycomb signatur model GTI. Penampilan bahagian luaran GTI Edition 50 disempurnakan lagi dengan tint “Edition […]

trending_flat

Belanjawan 2024 : Perkukuh EV & Ekosistem Mobiliti Hijau

CYBERJAYA, 14 OKTOBER 2023 –Insititut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyambut baik Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Menurut MARii, langkah Kerajaan memperkenalkan Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik Untuk Rakyat ini adalah selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Subsidi rebat tunai motosikal EV itu akan memanfaatkan 10,000 orang pengguna motosikal EV yang pendapatan tahunannya di bawah RM120,000. Mereka bakal menikmati menikmati nilai rebat RM2,400 sehingga 31 Disember 2024. Pelaksanaan inisiatif yang memperuntukkan sebanyak RM24.1 juta itu, disifatkan sebagai pemangkin bagi mengalakkan penerimaan dan permintaan rakyat terhadap penggunaan kenderaan berasaskan elektrik yang tidak hanya terhad kepada kereta sahaja. MARii yakin langkat tersebut penting dalam pembangunan teknologi serta aktiviti perniagaan tempatan berkaitan EV. Ia sejajar dengan matlamat Ekonomi MADANI bagi memperkasa rakyat dari segi keterangkuman terutama dalam pengunaan teknologi baharu, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation