trending_flat

Mangsa banjir di daerah Alor Gajah menurun

ALOR GAJAH 12 Ogos 2024 – Cuaca baik setakat petang semalam membantu beberapa kawasan yang dilanda banjir kembali pulih dan bilangan mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga menurun. Menurut laporan Melaka Hari Ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah Leftenan (PA) Mohd Ridhwan Latip berkata,bilangan mangsa di PPS menurun kepada 407 orang berbanding 419 pada tengah hari semalam. Menurutnya, bilangan PPS juga menurun kepada tujuh selepas dua PPS iaitu di PERKIM Masjid Tanah dan Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih ditutup pada jam 2.30 dan 3.30 petang semalam. “Setakat ini, PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Ar-Rasyidin masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 163 orang, diikuti 125 di PPS Japerun Kuala Linggi dan 61 di PPS Balai Raya Paya Lebar. “Selain itu, 45 mangsa pula masih berada di PPS Dewan Japerun Ayer Limau, 10 di PPS Balai Raya […]

trending_flat

Jumlah mangsa banjir berkurang

9 Januari 2024 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehingga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat sembilan (9) daerah di dua (2) negeri (Pahang dan Johor) masih dilanda banjir dengan penurunan jumlah mangsa kepada 8,462 dalam tempoh 24 jam (berbanding 8,578 mangsa pada 8 Januari 2024). Menurut NADMA, ia melibatkan 2,373 keluarga yang ditempatkan di 74 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurangan berbanding 78 PPS pada 8 Januari 2024. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Johor, iaitu Kota Tinggi (4,676 mangsa), Kluang (1,591 mangsa) dan Johor Bahru (847 mangsa)." kata NADMA. Dalam pada itu, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di timur Sabah dan Sarawak sehingga 12 Januari2024 serta di Sarawak sehingga 12 Januari 2024.

trending_flat

Jumlah mangsa banjir bertambah

8 Januari 2024 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat sembilan (9) daerah di dua (2) negeri (Pahang dan Johor) masih dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 8,578 dalam tempoh 24 jam (berbanding 465 mangsa pada 7 Januari 2024). Menurut NADMA, ia melibatkan 2,376 keluarga yang ditempatkan di 78 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka bertambah berbanding 11 PPS pada 7 Januari 2024. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Johor, iaitu Kota Tinggi (3,796 mangsa), Johor Bahru (1,837 mangsa) dan Kluang (1,635 mangsa)." kata laporan itu. Dalam pada itu, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga 9 Januari 2024 serta diSarawak sehingga 12 Januari 2024. "Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit." kata NADMA.

trending_flat

Peruntukan bernilai RM10.6 juta bagi kerja pembaikan akibat banjir di Kelantan

KELANTAN, 6 Januari 2024 - Menteri Kerja Raya (KKR) Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.6 juta bagi Negeri Kelantan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan akibat bencana banjir. Kata Alexander menerusi satu hantaran di Halaman Facebook rasmi beliau, hasil penilaian kerosakan di seluruh negara, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan lebih RM50 juta diperlukan bagi membaik pulih jalan runtuh dan rosak di beberapa negeri terjejas banjir. "Dalam tinjaun kerja hari pertama di Kelantan hari ini, saya turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.6 juta bagi Negeri Kelantan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan akibat banjir yang berlaku pada kali ini. Negeri Kelantan merekodkan nilai kerosakan tertinggi akibat banjir." kata Alexander. Tambahnya, KKR bersama pasukan JKR sedang berusaha keras bagi memastikan semua jalan yang rosak dapat diperbaiki sebelum musim perayaan Aidilfitri. Dalam pada itu, Alexander turut meninjau kemajuan […]

trending_flat

JAKOA Johor telah serah wang BPR kepada 45 Orang Asli Kampung Labong

Mersing, 2 Januari 2024 - Susulan aduan penduduk Orang Asli Kampung Peta dan Kampung Labong, Mersing yang mendakwa tidak menerima Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Mersing melalui semakan kerosakan rumah akibat banjir oleh JKR Mersing. Menurut Pengarah JAKOA Negeri Johor Faisal Long, JAKOA dengan bantuan Pejabat Daerah Mersing mengambil tindakan segera menyerahkan wang BPR sebanyak RM2,500 kepada 45 penduduk Orang Asli Kampung Labong bagi menyelesaikan salah faham berkenaan. Wang BPR berkenaan diserahkan oleh Pegawai Pejabat Daerah Mersing dengan dibantu kakitangan JAKOA di pejabat JAKOA Daerah Mersing pada 28 Disember lalu. Selain itu, mangsa banjir yang menerima bantuan BPR dari Pejabat Daerah Mersing sebelum ini yang kurang daripada jumlah ditetapkan sebanyak RM2,500 juga menerima pembayaran tambahan. Dalam pada itu, pembayaran BPR untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Peta akan dilaksanakan segera sebaik laluan ke kampung berkenaan yang […]

trending_flat

Pengurangan ketara jumlah mangsa banjir – NADMA

1 Januari 2024 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat lima (5) daerah di tiga (3) negeri (Kelantan, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir. Menurut laporan tersebut, berlaku pengurangan ketara jumlah mangsa kepada 1,122 dalam tempoh 24 jam (berbanding 6,778 mangsa pada 31 Disember 2023). "Ia melibatkan 331 keluarga yang ditempatkan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 29 buah pada 31 Disember 2023 Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Tumpat, Kelantan (744 mangsa), Pasir Mas, Kelantan (274 mangsa) dan Segamat, Johor (54 mangsa)." kata laporan tersebut. Kata laporan itu lagi, penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjungsehingga 4 Januari 2024. Keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

trending_flat

Jumlah mangsa banjir berkurang ke 6,778 dalam tempoh 24 jam

31 Disember 2023 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat tujuh (7) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir. Jumlah mangsa banjir pula telah berkurang kepada 6,778 dalam tempoh 24 jam (berbanding 14,388 mangsa pada 30 Disember 2023). Ia melibatkan 2,085 keluarga yang ditempatkan di 29 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 55 buah pada 30 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (3,916 mangsa), diikuti Tumpat (2,278 mangsa) dan Jeli (428 mangsa). Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjung sehingga 4 Januari 2024. Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation