trending_flat

JAKOA Johor telah serah wang BPR kepada 45 Orang Asli Kampung Labong

Mersing, 2 Januari 2024 - Susulan aduan penduduk Orang Asli Kampung Peta dan Kampung Labong, Mersing yang mendakwa tidak menerima Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Mersing melalui semakan kerosakan rumah akibat banjir oleh JKR Mersing. Menurut Pengarah JAKOA Negeri Johor Faisal Long, JAKOA dengan bantuan Pejabat Daerah Mersing mengambil tindakan segera menyerahkan wang BPR sebanyak RM2,500 kepada 45 penduduk Orang Asli Kampung Labong bagi menyelesaikan salah faham berkenaan. Wang BPR berkenaan diserahkan oleh Pegawai Pejabat Daerah Mersing dengan dibantu kakitangan JAKOA di pejabat JAKOA Daerah Mersing pada 28 Disember lalu. Selain itu, mangsa banjir yang menerima bantuan BPR dari Pejabat Daerah Mersing sebelum ini yang kurang daripada jumlah ditetapkan sebanyak RM2,500 juga menerima pembayaran tambahan. Dalam pada itu, pembayaran BPR untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Peta akan dilaksanakan segera sebaik laluan ke kampung berkenaan yang […]

trending_flat

Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah iktiraf kualiti pembangunan landskap

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir telah merasmikan Projek Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan bertempat di Kawasan Lapang AU3 Setiawangsa (Taman Komuniti Keramat Wangsa) pada pagi ini. Menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pembangunan Taman Komuniti tersebut telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan geran bernilai RM1 juta yang diterima atas kejayaan menggungguli tempat pertama dalam Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah pada Tahun 2019. "Projek ini melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal, trek jogging, laluan pejalan kaki, kawasan riadah dan kawasan lapang bagi aktiviti kemasyarakatan penduduk sekitar. Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah adalah satu bentuk pengiktirafan oleh KPKT kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menunjukkan kualiti pembangunan landskap yang terbaik. Ia merupakan usaha bersama dalam mela ksanakan perancangan, pembangunan dan pengurusan infrastruktur landskap yang komprehensif, […]

trending_flat

KPDN setuju lanjutkan OP TIRIS ke FASA 2 – Armizan

PUTRAJAYA, 24 Ogos 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan langkah pemerkasaan gerak kerja penguatkuasaan di bawah pelaksanaan OPS TIRIS bagi memastikan isu ketirisan subsidi minyak diesel dapat dibanteras. Menurut Armizan, OPS TIRIS telah dilancarkan oleh KPDN pada 1 Mac 2023 sehingga 31 Ogos 2023 selama 6 bulan bertujuan membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang telah menyebabkan kerugian besar kepada Kerajaan serta mengakibatkan ketirisan berlaku setelah sebahagian bekalan diesel bersubsidi tidak sampai kepada golongan sasar. Katanya berdasarkan statistik penguatkuasaan OPS TIRIS bermula 1 Mac 2023 sehingga 23 Ogos 2023, sebanyak 10,351 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara, manakala sebanyak 121 aduan telah diterima berhubung isu berkaitan dalam tempoh yang sama. "Daripada jumlah itu, sebanyak 459 kes telah […]

trending_flat

Pos Malaysia menyumbang lebih RM80,000 ke Tabung Amanah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Perkhidmatan Ubat melalui Pos (UMP)

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2023 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan Malaysia telah menyumbangkan lebih RM80,000 iaitu lima peratus hasil kutipan melalui perkhidmatan Ubat Melalui Pos (“UMP”) dalam tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun 2023 untuk memanfaatkan Tabung Amanah Pembiayaan Kos Rawatan, Ubat-ubatan dan Peralatan bagi Rawatan Pesakit Kanser Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”). Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Pos Malaysia dengan bertujuan untuk membantu pesakit kanser yang kurang berkemampuan untuk meneruskan rawatan mereka. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, berkata, “Bagi tempoh 2012 hingga Jun 2023, Pos Malaysia telah menyumbang sebanyak RM708,783.56 dan sejumlah RM617,393.20 telah dibelanjakan untuk rawatan pesakit kanser dari seluruh Malaysia khususnya di Institut Kanser Negara dan Hospital Kuala Lumpur yang merupakan fasiliti kesihatan KKM rujukan utama bagi rawatan kanser. Beliau menyambung, “Melalui […]

trending_flat

Lawatan Menteri Luar Negeri ke Iraq kukuhkan hubungan dua hala

PUTRAJAYA, 23 OGOS 2023 - Menteri Luar Negeri Malaysia Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Republik Iraq dari 23 – 25 Ogos 2023 atas jemputan Timbalan Perdana Menteri Hal EhwalAntarabangsa dan Menteri Luar Negeri Republik Iraq iaitu Tuan Yang Terutama Dr. Fuad Hussein. Menurut Wisma Putra, ini merupakan lawatan pertama beliau ke Republik Iraq selepas menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 2 Disember 2022. "Semasa lawatan ini, YB Menteri Luar Negeri dijangka akan mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin-pemimpin Iraq. Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Tuan Yang Terutama Dr. Fuad Hussein bagi menyusul perbincangan yang telah diadakan di sela-sela Mesyuarat Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Peringkat Menteri Luar Negeri pada 5 Julai 2023. Pertemuan ini akan memberi peluang terbaik kepada Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala […]

trending_flat

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam lawat Hospital Dungun

TERENGGANU, 22 OGOS 2023 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Dato' Dr. Zulkapli bin Mohamed, hari ini mengadakan lawatan projek lambat siap ke tapak projek Hospital Dungun, Terengganu bagi meninjau persiapan akhir pembinaan bangunan tersebut terutamanya bilik-bilik pembedahan. Kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini, penyediaan perkhidmatan hospital pakar kerajaan adalah salah satu sumbangan kerajaan terutama kepada rakyat kurang berkemampuan. "Bukan itu sahaja, malahan jika lihat dari segi aspek lain, hospital pakar dapat membuka luas prospek dan kerjaya semua peringkat dan jenis profesional untuk klinikal dan bukan klinikal seperti doktor, jururawat, personel bersekutu atau peranan pentadbiran dan pengurusan. Malahan peluang pekerjaan untuk sektor-sektor lain juga terbuka luas seperti pekerjaan dalam bidang perkhidmatan pembersihan, pemakanan dan sebagainya. Ini adalah perkembangan positif bagi rakyat Terengganu kerana bakal menikmati perkhidmatan daripada Hospital Dungun yang dijangka akan menjadi hospital pakar ketiga di […]

trending_flat

Penamatan Penggunaan Setem Pelekat (Setem Hasil) sebagai kaedah Penyeteman dan Mesin Franking Pos mulai 1 Januari 2024

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa penggunaan setem pelekat (Setem Hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh Malaysia sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen/perjanjian akan ditamatkan mulai 01 Januari 2024. Pembayar duti adalah dibenarkan untuk menggunakan Setem Hasil bagi urusan penyeteman dokumen/perjanjian sehingga 31 Disember 2023 sahaja dan dinasihatkan untuk menghabiskan Setem Hasil yang berada dalam simpanan masing-masing. Bagi sebarang Setem Hasil yang tidak digunakan, tiada tuntutan bayaran balik dibenarkan atau diganti dengan wang tunai. Permohonan penyeteman dan pembayaran duti setem boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem.Individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai fail cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran ID Pengguna STAMPS, permohonan taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian melalui portal STAMPS. Manakala pendaftaran fail cukai individu […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation