GRADUAN CACAT PENGLIHATAN BERJAYA GENGGAM IJAZAH UNTUK MEMBANTU KELUARGA
KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2022 : Graduan cacat penglihatan, Thew Ming Soon, graduan Fakulti Sastera dan Sains Sosial berjaya menggenggam segulung ijazah dengan menetapkan matlamat yang jelas untuk berjaya dan membantu keluarga. Thew Ming Soon yang berasal dari Johor berkata beliau menghadapi kesukaran ketika pandemik COVID- 19 melanda dan terpaksa menukar mod pengajaran dan pembelajaran secara fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. “Saya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan aplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kebanyakan aplikasi mudah untuk saya gunakan. “Antara motivasi saya untuk tamatkan pengajian ialah mempunyai matlamat yang jelas untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Antara pesanan Thew Ming Soon kepada pelajar-pelajar kurang upaya yang sedang melanjutkan pengajaran untuk tidak berputus asa dan percaya kepada rezeki kerana sememangnya […]