trending_flat

GENERASI DIGITAL JANGAN MUDAH TERPEDAYA: TINGGALKAN PELAJARAN DEMI MERAIH POPULARITI SEMENTARA

Oleh: Nur Shuhada Ya’acob, Pensyarah, UNITEN Business School (UBS). Dalam era digital yang serba canggih kini, ramai remaja melihat dunia ‘content creation’ (penciptaan kandungan digital) sebagai laluan kerjaya yang mudah dan menjanjikan kemewahan. Dengan hanya bermodalkan telefon pintar dan akses internet, sesiapa sahaja boleh memuat naik video, gambar, atau artikel di platform media sosial seperti TikTok, Instagram, dan YouTube. Melihat kejayaan individu yang mampu menjana pendapatan lumayan melalui kandungan digital, semakin ramai remaja mengambil keputusan drastik untuk tidak meneruskan pelajaran semata-mata kerana ingin menjadi ‘content creator’ (pencipta kandungan digital) sepenuh masa. Namun, keputusan ini tidak selalu berlandaskan pemahaman yang mendalam tentang apa itu penciptaan kandungan digital yang berkualiti. Sebahagian besar remaja terpengaruh dengan kandungan viral yang sering kali bersifat sementara dan sensasi, tanpa menyedari bahawa kejayaan jangka masa yang panjang dalam bidang ini memerlukan lebih daripada sekadar populariti. Kandungan digital […]

trending_flat

Monash University Malaysia Menerima Dana dari PETRONAS untuk Penyelidikan Tenaga

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 24 September 2024 - Monash University Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa tujuh cadangan penyelidikan telah berjaya memperoleh pembiayaan daripada PETRONAS. Perkongsian strategik ini mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan penyelidikan inovatif dalam sektor tenaga yang memfokuskan kepada penyelesaian lestari untuk menangani cabaran tenaga global yang mendesak pada masa kini dan masa hadapan. PETRONAS telah menganugerahkan sejumlah RM71 juta dalam bentuk geran penyelidikan melalui Dialog Kerjasama Akademia-PETRONAS (PACD), sebuah inisiatif kompetitif yang melibatkan 588 pemohon. 61 penyelidik dari 25 universiti telah dipilih untuk menerima geran, dengan Monash University Malaysia menjadi salah satu institusi yang berjaya. Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Datuk Ts Mustapha Sakmud, bersama dengan Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Datuk Ir. Bacho Pilong. "Saya percaya bahawa salah satu penyelesaian potensi kepada cabaran pelaburan modal tinggi yang diperlukan untuk […]

trending_flat

Nurhidayah memperkasa mahasiswa OKU di kampus melalui kepimpinan

“Hidup tidak pernah gagal memberi kita pelajaran, maka, bersedialah untuk menghadapi kehidupan,” kata Nurhidayah binti Johari, 22, memulakan perbualan dengan penuh semangat. Anak bongsu dari dua beradik yang berasal dari Kajang, Selangor ini bukan sahaja seorang mahasiswa cemerlang, tetapi juga seorang aktivis OKU yang gigih. Pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya (UM) ini mempunyai rekod akademik yang membanggakan. Dengan CGPA semasa 3.75, Nurhidayah telah menerima Anugerah Dekan dan Anugerah Timbalan Naib Canselor. Namun, pencapaiannya tidak terhad kepada bidang akademik sahaja. “Saya percaya hidup bukan sekadar hidup, tetapi bagaimana kita memberi makna dalam sesebuah kehidupan,” ujar Nurhidayah yang kini memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Istimewa UM (PERMIUM) 2023/2024. Penglibatannya dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum, termasuk mewakili PERMIUM di pelbagai forum dan persidangan, telah membentuk keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. Nurhidayah telah menempuh pelbagai cabaran […]

trending_flat

GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN

Oleh: Sharina Mohd Salleh, Pensyarah dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Pada era globalisasi ini, gadget merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Gadget seperti telefon pintar, komputer tablet, dan komputer riba telah mengubah cara kita berkomunikasi, bekerja, dan mendapatkan maklumat. Bukan sahaja dewasa, malah kanak-kanak juga sudah mempunyai gadjet milik mereka sendiri sejak dari bangku sekolah. Imej anak-anak bermain dengan gadjet sewaktu makan seringkali dilihat di kedai makan mahupun di rumah. Penggunaan gadjet dengan betul mampu memberikan pelbagai manfaat kepada seseorang individu. Salah satu manfaat terbesar gadget adalah memberikan akses informasi tanpa batas dengan cepat dan mudah hanya dengan menekan butang "Cari". Sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan, gadget merupakan watak utama yang memainkan peranan menjadi pengantara bagi meneruskan sesi pembelajaran bersama pengajar. Gadget juga memberi pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan kreatif. Terdapat pelbagai aplikasi dan platform pembelajaran […]

trending_flat

12 Pelajar Polisas Sertai Program Mobiliti Antarabangsa

KUANTAN - Seramai 12 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) berpeluang menimba ilmu dan pengalaman menarik menerusi Program Mobiliti Pelajar ke Politeknik Negeri Jakarta (PNJ), Indonesia baru-baru ini. Delagasi POLISAS bergambar bersama Pengarah dan kakitangan PNJ Program yang berlangsung selama sembilan hari bermula 31 Ogos dan berakhir pada 9 September lalu padat dengan pelbagai aktiviti pendidikan meliputi jalinan sosial, eksplorasi budaya, pengalaman bersama industri dan perkongsian ilmu kemahiran. Program kali ini merupakan kesinambungan program dan aktiviti yang telah dijalankan POLISAS bersama PNJ sebelum ini. Pada kali ini pelajar kejuruteraan elektrik pula diberikan peluang untuk menimba pengalaman dalam program dua hala ini dan mengendalikan aktiviti bersama pelajar luar negara. Program mobiliti ini akan diteruskan lagi dengan kehadiran delegasi PNJ ke POLISAS yang dijadualkan pada 2 hingga 12 Oktober ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada program mobiliti […]

trending_flat

Fahami cabaran penjagaan anak OKU

Oleh: Dr. Hanira Hanafi Kes kematian adik Zayn Rayyan yang merupakan kanak-kanak OKU Autism memberi impak yang besar kepada masyarakat iaitu dorongan untuk meningkatkan penjagaan, keselamatan, dan sokongan kepada kanak-kanak OKU, serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam komuniti. Pihak kerajaan sebenarnya telah lama menggubal dan melaksana Dasar Orang Upaya Negara yang menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Cabaran menjaga anak OKU harus difahami oleh semua pihak (Manoj Kulkarni - Unsplash) Dasar ini bertujuan antaranya adalah untuk memastikan OKU mempunyai hak dan peluang yang sama tanpa sebarang diskriminasi atas sebab ketidakupayaannya serta mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak mereka sebagai OKU. Namun demikian, usaha ini tidak dapat dicapai melainkan dengan kerjasama penuh dan bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta NGO, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja […]

trending_flat

Penyelidikan asas atau gunaan?

Oleh: Dr. Muhammad Faisal Khyasudeen Persoalan mengenai keutamaan di antara penyelidikan asas (fundamental research) dan penyelidikan gunaan (applied research) adalah isu yang sering dibangkitkan oleh orang awam, terutamanya apabila melibatkan penggunaan dana awam yang besar di universiti-universiti. Ramai yang bertanya, adakah berbaloi bagi kerajaan untuk melaburkan begitu banyak wang dalam penyelidikan universiti jika hasilnya sukar untuk dilihat secara langsung oleh masyarakat? Apakah manfaat sebenar dari pelaburan ini, dan bagaimana ia memberi pulangan kepada negara? Penyelidikan asas dan gunaan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam meainkan peranan memajukan negara (National Cancer Institute - Unsplash) Persepsi Orang Awam Terhadap Penyelidikan di Universiti Tidak dapat dinafikan, terdapat pandangan umum yang skeptis terhadap penyelidikan di universiti. Ramai yang menganggap bahawa penyelidikan di universiti lebih kepada memenuhi keperluan akademik dan kenaikan pangkat, berbanding menghasilkan sesuatu yang benar-benar bermanfaat untuk masyarakat. Pandangan ini berasas daripada persepsi bahawa […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation