trending_flat

Menangani sikap anti-sosial kanak-kanak di tadika dan taska

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Sejak akhir-akhir ini terdapat keluhan-keluhan yang amat membimbangkan daripada segelintir pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) berkaitan tingkah laku anti-sosial kanak-kanak di pusat asuhan mereka yang rata-ratanya mula menunjukkan perubahan yang agak luar biasa. Namun, situasi ini bukan berbentuk positif terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut malahan ianya menimbulkan rasa gusar sekiranya ianya tidak dibendung sedari awal. Dr Abd Razak Zakaria Tingkah laku tidak pandai bergaul dengan kanak-kanak lain dan menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri amat ketara dalam kalangan kanak-kanak di Taska dan Tadika. Mereka juga tidak mahu berkongsi permainan dan peralatan dengan rakan, dan tidak pandai menjaga tingkah laku dalam pergaulan. Jika hendak marah, mereka terus sahaja membaling, memukul dan menggigit tanpa ada rasa belas terhadap rakan. Sikap ini menjadikan mereka sering bergaduh dengan rakan lain dan kadangkala bertindak di luar batas, […]

trending_flat

Amni yakin pendidikan STEM buka peluang kerjaya yang luas

“Saya agak terkesan apabila terbaca data Kementerian Pendidikan Malaysia seramai 300,000 orang pelajar lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Dan lebih memilukan apabila hanya 15 peratus pelajar memilih aliran sains ketika naik ke Tingkatan Empat di sekolah. Jika beginilah senarionya, mana mungkin negara kita berharap untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2030?” tanya gadis ini ketika memulakan perbualan. Amni Sahira Muhammad Azam, 25, mahasiswa tahun akhir jurusan kaunseling dari Universiti Malaya ini sememangnya lantang mengeluarkan pendapat apabila perbualan berkisar mengenai kepentingan pendidikan dan hala tuju kerjaya belia pada masa hadapan. “Sebagai bekas pelajar aliran sains, saya secara peribadi berasa kecewa kerana ramai di kalangan pelajar sekolah masih mempunyai persepsi negatif terhadap subjek-subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik yang dikatakan sukar. Walaupun saya tidak nafikan terdapatnya cabaran mengikuti subjek-subjek tersebut, namun manfaat yang boleh dinikmati […]

trending_flat

Benarkah berjaya pelajar SPM kita?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Pengumuman Keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan bahawa pencapaian keputusan SPM 2024 lebih unggul dengan merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada tahun 2023. Sebanyak 93.5 peratus atau 349,297 daripada 373,525 calon layak mendapat sijil SPM 2024. Namun, di sebalik keunggulan yang dicanang, terdapat 10,000 calon tidak hadir menduduki peperiksaan dan 24,228 orang calon masih gagal mendapat sijil SPM. Dr Abd Razak Zakaria Sememangnya menjadi sesuatu yang membanggakan kepada mana-mana pihak terhadap pencapaian yang memberangsangkan setiap tahun. Namun di sebalik kegembiraan itu, ada kekhilafan yang perlu ditangani segera oleh pihak yang berwajib, kerana ianya akan memberi kesan jangka panjang yang tidak terjangkau oleh kotak fikiran kita. Mengapa begitu ramai calon SPM tidak hadir untuk menduduki peperiksaan? Apa masalah yang menjadi penyebab kepada kegagalan mereka untuk menduduki peperiksaan awam […]

trending_flat

MRSM catat keputusan cemerlang dalam SPM 2023

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2024 – Seramai 7,981 calon daripada 55 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh Malaysia telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Keputusan SPM 2023 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.400 dengan 100% calon layak menerima sijil peperiksaan tersebut. Lapan (8) buah MRSM terbaik ialah MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Taiping, MRSM Kepala Batas, MRSM Johor Bahru, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Alor Gajah dan MRSM Pengkalan Chepa dengan GPM kurang daripada 2.0. Sebanyak 31 buah MRSM berjaya mencapai sasaran Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) dengan memperoleh GPM kurang daripada 2.50. Tiga (3) buah MRSM berjaya mencapai sasaran GPM yang ditetapkan mengikut program iaitu MRSM Tun Ghafar Baba yang mencapai sasaran program Bitara kurang daripada 1.50, MRSM Kepala Batas bagi program Ulul Albab mencapai GPM kurang daripada 1.80 dan […]

trending_flat

Pengalaman berharga melalui Program Mobiliti Mahasiswa UPSI di Indonesia.

Setiap perjalanan dan pengembaraan ke sesuatu tempat dapat membuka minda dan perspektif seseorang dalam pelbagai aspek dalam kehidupan. Justeru, hal ini dapat memberi seribu satu kebaikan lebih-lebih lagi dalam sektor pendidikan. Sekumpulan mahasiswa/i dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai dan terlibat dalam sebuah program mobiliti mahasiswa di Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten (UIN SMH Banten) Indonesia pada Disember 2023. Seramai 15 orang yang terdiri daripada mahasiswa/i mewakili tiga jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Jabatan Kaunseling telah mengikuti program mobiliti mahasiswa di sana. Penyertaan dalam program mobiliti di Indonesia yang berlangsung selama 8 hari sememangnya merupakan peluang keemasan buat mahasiswa UPSI. Hal ini demikian kerana program mobiliti yang diadakan membolehkan mahasiswa UPSI untuk saling bertukar ilmu selain dapat mengenali budaya unik warga Indonesia. Kuliah bersama Antara aktiviti menarik yang diadakan sewaktu program […]

trending_flat

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan mampu mencetuskan idea-idea baharu. Tanpa kebebasan akademik juga, masyarakat di sekitar universiti tidak akan menerima manfaat hasil kewujudan universiti. Dr. Abdul Muqit Muhammad Namun, selama puluhan tahun, masyarakat universiti di Malaysia, khususnya ahli akademik dan mahasiswa telah dibungkam dalam era kegelapan pasca pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mula diperkenalkan pada tahun 1971. Tidak dapat disangkal lagi, bahawa benarlah AUKU telah meninggalkan luka yang besar terhadap mahasiswa sehingga kesannya terlihat sehingga ke hari ini. Meskipun begitu, wajarkah beban kesalahan tersebut diletakkan sepenuhnya kepada AUKU? Meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap AUKU yang menyebabkan kesuraman daya fikir mahasiswa ialah pandangan yang terlalu dangkal dan bermudahan. Sedangkan AUKU tidak pernah dan tidak mampu menghalang mahasiswa dari berfikir dan berwacana, namun sejauh manakah […]

trending_flat

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Guru sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi seorang guru yang berkesan bukan sekadar tentang menyampaikan fakta-fakta atau mengajar kemahiran akademik semata-mata. Lebih daripada itu, seorang guru yang berkualiti adalah mereka yang mempunyai sahsiah mulia. Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Sahsiah mulia merangkumi keseluruhan watak dan nilai-nilai yang dimiliki oleh seorang guru. Ia meliputi aspek-aspek seperti kejujuran, kesabaran, empati, dedikasi, dan teladan yang baik. Guru yang mempunyai sahsiah mulia bukan sahaja memperkaya pengetahuan murid-murid mereka, tetapi juga membentuk karakter mereka untuk menjadi individu yang bermoral dan bertanggungjawab. Salah satu aspek terpenting dalam sahsiah mulia seorang guru adalah kejujuran. Guru yang jujur tidak hanya mengamalkan kejujuran dalam aspek akademik, tetapi juga dalam setiap interaksi dengan murid, ibu bapa dan rakan sekerja. Mereka menjadi contoh teladan bagi murid-murid dan membentuk budaya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation