trending_flat

Pentingnya menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran – Anwar

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan dalam menguasai, mendalami dan memahami isi kandungan Al-Quran. Katanya tanpa kefahaman yang tepat, ia bakal melahirkan dua golongan esktrem iaitu golongan yang mempromosi Islamophobia dan golongan yang melampau dalam agama. Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersma isterinya Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kredit foto Facebook rasmi Perdana Menteri. "Saya singgung kepentingan menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran yang mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk. Tanpa kefahaman yang tuntas, ianya akan mewujudkan kelompok yang dangkal dalam ilmu sekaligus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok yang mempromosi Islamophobia dan lawannya yang melampau dalam agama." katanya menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasminya. Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya tidak akan bersikap apologetik dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub […]

trending_flat

OAOSC Bawong manfaatkan lebih tujuh ribu masyarakat Orang Asli

SUNGAI SIPUT, 19 OGOS 2023 - – Lebih tujuh ribu masyarakat Orang Asli dari 39 perkampungan menerima manfaat akses kemudahan awam yang lebih baik selain menjana pendapatan melalui Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di Sungai Siput, Perak. Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), dengan kos keseluruhan RM166.4 juta, OAOSC Bawong yang siap pada November 2020 itu juga berfungsi dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, meningkatkan penglibatan Orang Asli (empowerment) dalam aktiviti ekonomi, sosial dan kebudayaan serta memaksimumkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Hajah Rubiah Haji Wang meninjau kemudahan ATM di OAOSC Bawong. Kredit Foto UKK KKDW "Pusat sehenti pertama di Malaysia yang dibina untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Orang Asli ini juga terletak di lokasi strategik bersebelahan sekolah yang merangkumi tujuh penempatan utama iaitu penduduk Kampung Bawong, Pos […]

trending_flat

Laman Web Palsu sistem eGUMIS

PUTRAJA 18 Ogos 2023 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) memaklumkan terdapat laman web palsu bagi sistem eGUMIS. Di dalam satu kenyataan ringkas hari ini, JANM berkata bahawa url halaman web yang dimaksudkan adalah https://telegroup.my.id/jawatanmalaysiaterkini-tdr "Hasil semakan Computer and Incident Response Teams (CSIRT) JANM, url tersebut adalah phishing website atau laman web penipuan digital. Justeru orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati dengan memastikan melayari laman web sebenar bagi urusan Wang Tak Dituntut (WTD) di url https://egumis.anm.gov.my/" kata JANM.

trending_flat

Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023): Sambutan Meriah Menampilkan Pelbagai Aktiviti Menarik dan Memperkayakan

PUTRAJAYA, MALAYSIA, 14 OGOS 2023: Pusat Pelancongan Islam (ITC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan bangga mengumumkan pelancaran Bulan Pelancongan Islam 2023 (Islamic Tourism Month - ITM 2023), sambutan selama satu bulan, menampilkan pelbagai tawaran pelancongan mesra Muslim menarik oleh industri pelancongan negara. ITM 2023 bakal diadakan dari 21 Ogos hingga 17 September 2023, satu bulan yang penuh dengan pelbagai acara, aktiviti dan tawaran pelancongan kepada orang awam, pelancong dan penggiat industri pelancongan termasuk para usahawan. Tawaran dan promosi eksklusif akan diberi berdasarkan kategori berikut: penginapan, pakej pelancongan, spa dan kesihatan, beli-belah dan peruncitan, makanan dan minuman, acara dan pameran, pelancongan masjid serta seminar dan latihan. Jemputan dibuka kepada setiap lapisan masyarakat dan ITM 2023 akan menonjolkan Hari Terbuka Masjid, tawaran istimewa untuk penginapan hotel, tawaran masa terhad untuk perkhidmatan spa dan kesihatan dan diskaun […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Sempadan India-Bangladesh

14 Ogos 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sempadan India-Bangladesh pada malam semalam. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:49 malam, 14 Ogos 2023Koordinat: 25.0° Utara 92.2° TimurLokasi: Rantau Sempadan India-BangladeshMagnitud: 5.7Jarak: 192km Timur Laut dari Narsingdi, BangladeshKedalaman: 10 km Mengikut penilaian, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

trending_flat

Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ dilancarkan

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2023 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, telah melancarkan Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ buat julung-julung kalinya diadakan bersempena Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023) di Fahrenheit88 Mall, Bukit Bintang. Program tersebut dilaksanakan dengan kolaborasi di antara Arkib Negara Malaysia bersama Fahrenheit88 Mall, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bertemakan ‘We Are Greater Together’ selaras dengan tema sambutan HKHM 2023 iaitu ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’. Pelaksanaan program itu juga adalah untuk mengiktiraf industri kartun tempatan di mana para kartunis telah menterjemahkan warisan dan budaya negara secara kreatif dan unik selain menepati hasrat kerajaan dalam usaha memelihara warisan dan budaya sebagai wadah melestarikan perpaduan. Ia juga mampu memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya kepada generasi muda hari ini tentang potensi industri kartun tempatan yang boleh diangkat hingga ke peringkat global sebagaimana karya […]

trending_flat

Politeknik Mersing Johor jalin kerjasama strategik dengan institusi pendidikan Indonesia perluas perkongsian ilmu antara dua negara

Baru-baru ini Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah memeterai kerjasama dengan tiga institusi pendidikan dari Indonesia iaitu Universitas Ibnu Sina, Batam (UIS), Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Batam dan Politeknik Jambi. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail hadir menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran dokumen Agreed Minutes & Meeting (AMM) antara Pengarah PMJ, Puan Hilmun binti Mohamed dan Prof. Madya Dr. Haji Mustaqim Syuaib, SE., M.M., Rektor Universitas Ibnu Sina Batam (UIS) dan diikutidengan Dr. Muhammad Juni Beddu.Lc.,MA, Ketua Sekolah Tinggi Agama Islam Ibnu Sina Batam dan diakhiri dengan Pn. Ir. Hajjah Hilda Porawati., M.T selaku Direktur Politeknik Jambi yang diadakan disini baru-baru ini. Jalinan kolaborasi ini juga adalah bersempena dengan Persidangan Liga Ilmu Serantau (LIS) Kali Ke-9 2023. Menurut Dr. Haji Mohd Zahari, persidangan kali ini mengangkat tema “Digital Transformation Towards Infinite Possibility” bertepatan dengan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation