5 TAHUN PASCA COVID 19: CABARAN PARA PENGAJAR DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Oleh:Puan Sharina Binti Mohd Salleh Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia pada waktu itu cuba untuk mengawal penularan wabak tersebut dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berkala. Walaubagaimanapun, kes berjangkit yang kian meningkat menunjukkan bahawanya keadaan negara tidak akan pulih dalam satu jangka masa yang singkat. Ekonomi negara tidak boleh berada didalam keadaan tidak aktif dalam satu jangka masa yang panjang. Bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat, pelbagai sektor perlu dibangunkan kembali terutamanya sektor pendidikan yang turut terjejas semasa pandemik COVID-19. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada waktu itu memperkenalkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Dari peringkat sekolah rendah dan menengah, termasuk institusi pendidikan tinggi turut disarankan untuk mengadakan pembelajaran secara atas talian. Ini menyebabkan tenaga pengajar perlu […]