trending_flat

AISSE’25 jadi platform strategik bidang penguatkuasaan global

PUTRAJAYA: Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) akan berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Januari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bertemakan "Asia United: Charting The Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration", program berkenaan bakal menghimpunkan kira-kira 350 organisasi keselamatan dan pemain industri dari lebih 40 buah negara. Menurut penganjur, dalam program perasmian itu, akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. AISSE'25 menjadi platform unik kolaborasi strategik, perkongsian ilmu serta perancangan masa depan dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan Asia dan global. Pada Ahad ini program dimulakan dengan sesi 'walkabout' dan sidang media yang akan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail danKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Manakala Selasa ini, Saifuddin akan berucap dalam program itu. Ini diikuti dengan beberapa program seminar […]

trending_flat

MBM RAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MENTERI

Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim atas penyempurnaan perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) MBM kali ke-73 di Kuala Lumpur baru-baru ini.  Kehadiran YAB Perdana Menteri bersama hampir 500 hadirin yang terdiri daripada perwakilan kepimpinan pertubuhan belia seluruh negara dan tetamu kehormat penting untuk terus menjadikan aspek pembangunan belia sebagai antara keutamaan utama kerajaan perpaduan Malaysia Madani. MBM menyambut baik komitmen Perdana Menteri dalam mempertimbangkan inisiatif Sejati Madani untuk diperluaskan kepada pertubuhan belia di peringkat akar umbi. Ini sekaligus dapat menghakupayakan pertubuhan belia akar umbi khasnya Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah dalam melaksanakan inisiatif yang memberikan manfaat kepada kelompok masyarakat terbanyak terutama di desa.  MBM menghargai sokongan berterusan kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan di bawah teraju YB Hannah Yeoh terutama dalam aspek pengagihan geran pentadbiran […]

trending_flat

Impak SSPA terhadap kos sara hidup di Malaysia

Perspektif bandar, luar bandar, dan golongan pencen Oleh: Dr. Cheah Chan Fatt Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah satu sistem yang direka untuk memperbaiki struktur gaji dan faedah bagi kakitangan awam di Malaysia. Pelaksanaan SSPA mempunyai beberapa kesan yang signifikan terhadap kos sara hidup dan taraf kehidupan di Malaysia, yang boleh dilihat dari pelbagai perspektif, termasuk perbezaan kos sara hidup di kawasan bandar dan luar bandar serta prestasi kerja kakitangan awam dan golongan pencen. Pertama, pelaksanaan SSPA membawa kepada peningkatan gaji bagi kakitangan awam. Peningkatan pendapatan boleh guna ini meningkatkan kuasa beli mereka, yang seterusnya meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan dalam negara, berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimanapun, peningkatan permintaan ini juga boleh menyebabkan tekanan inflasi. Apabila permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan meningkat, harga cenderung untuk naik, yang boleh menyebabkan inflasi jika tidak dikawal dengan baik. Kedua, pelaksanaan SSPA […]

trending_flat

EWON DAN DELEGASI KUSKOP KUNJUNGI CG GLOBAL SOKONG PENGEMBANGAN EKSPORT.

PULAU PINANG, 7 Januari – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, mengadakan lawatan kerja rasmi ke CG Global Profastex Manufacturing Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengilang kontrak (OEM) berpangkalan di Pulau Pinang.  Lawatan ini bertujuan menyokong pengembangan syarikat ke pasaran antarabangsa dan meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PMKS). Turut serta dalam lawatan ini, pegawai- pegawai kanan KUSKOP serta wakil daripada agensi berkaitan, termasuk SME Corp. Malaysia, SME Bank dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).  Ewon berkata, lawatan itu adalah susulan daripada kunjungan Perdana Menteri, Datuk  Seri Anwar Ibrahim ke syarikat berkenaan pada Disember tahun lalu. Katanya, lawatan ini juga menunjukkan komitmen kerajaan memperkasakan sektor keusahawanan negara. “Melalui lawatan ini, kita dapat mengenal pasti beberapa peluang bantuan yang bersesuaian untuk tujuan pengembangan syarikat dalam aspek potensi dan kompetensi perniagaan.  “Saya berharap bantuan dan sokongan kementerian serta agensi-agensi kementerian dapat […]

trending_flat

KUSKOP LAKAR PRESTASI MEMBANGGAKAN SEPANJANG TAHUN 2024

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melakar prestasi membanggakan sepanjang tahun 2024 dan kini memulakan tahun 2025 dengan misi dan azam baharu untuk membawa KUSKOP ke era kecemerlangan. Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tahun 2024, namun KUSKOP di bawah pimpinan menterinya, Datuk Ewon Benedick telah melakukan yang terbaik dan ternyata banyak memberi manfaat kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi, perusahaan sosial, usahawan informal, penjaja dan peniaga kecil di negara ini. Dalam tempoh Januari hingga Disember 2024, sebanyak 204 program telah dilaksanakan, memberi manfaat kepada lebih 700,000 usahawan di seluruh negara. Program-program itu merangkumi aspek pembiayaan, pembangunan kapasiti, adaptasi digitalisasi dan automasi, peluasan akses pasaran dan pembudayaan keusahawanan. Ewon berkata, inisiatif pembiayaan di bawah agensi-agensi pembiaya KUSKOP memberi impak amat baik yang menyaksikan sejumlah RM6.67 bilion pembiayaan disalurkan kepada 267,150 usahawan dan koperasi […]

trending_flat

Mengimbas pasaran hartanah Malaysia sepanjang 2024

Meneroka cabaran dan peluang seterusnya Oleh: Sr Dr Ahmad Fawwaz Saleh Beberapa hari lagi tahun 2024 akan melabuhkan tirainya, beberapa sorotan dan perkembangan penting di dalam pasaran Hartanah di Malaysia yang boleh di jadikan sandaran bagi tahun hadapan buat bakal pembeli dan pelabur di Malaysia. Sebelum itu, mari kita imbas kembali perkara penting dalam pasaran hartanah Malaysia sepanjang tahun ini. Berdasarkan Laporan Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) yang diterbitkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), awal tahun 2024, dimulakan dengan kedudukan 218.7 mata iaitu mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan yang lebih sederhana berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 0.9%. Walaupun lebih perlahan berbanding 4.3% yang direkodkan pada 2023, pasaran kekal stabil di tengah ketidaktentuan ekonomi di dalam negara dan dunia secara umumnya. Sentimen pengguna juga nampak lebih berhati-hati. Berdasarkan laporan tersebut, dari sudut prestasi di dalam negara, Lokasi perhatian seperti Kuala Lumpur […]

trending_flat

Inisiatif keusahawanan akar umbi mampu bawa golongan miskin bandar keluar dari kitaran kemiskinan

Oleh Dr. Cheah Chan Fatt Golongan miskin bandar di Malaysia merujuk kepada individu atau keluarga yang tinggal di kawasan bandar dan menghadapi kesukaran ekonomi yang serius. Mereka sering kali berdepan dengan cabaran seperti kos sara hidup yang tinggi, kekurangan peluang pekerjaan yang stabil, dan akses terhad kepada perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan. Keadaan ini boleh menyebabkan kitaran kemiskinan yang sukar untuk diputuskan tanpa intervensi yang berkesan. Kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar sering kali menjadi beban utama bagi golongan miskin bandar. Mereka perlu berhadapan dengan harga sewa rumah yang tinggi, kos makanan yang meningkat, serta perbelanjaan harian yang lain. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa mengorbankan keperluan asas seperti pendidikan dan kesihatan untuk memastikan kelangsungan hidup harian. Kekurangan peluang pekerjaan yang stabil juga merupakan cabaran besar bagi golongan miskin bandar. Banyak daripada mereka bekerja dalam sektor tidak formal […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation