Tourism Malaysia Lancar Pakej Minat Khas Houseboat 2023/2024
Tourism Malaysia telah melancarkan pakej minat khas ‘Houseboat 2023/2024’ bagi mempelbagaikan penawaran produk minat khas di pasaran. Sebanyak 11 pakej pelancongan houseboat ditawarkan oleh enam (6) agensi pelancongan untuk tempoh perjalanan dari 1 Disember 2023 sehingga 30 Jun 2024 melibatkan lokasi houseboat yang popular iaitu di Royal Belum, Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu. Foto Kredit Tourism Malaysia "Pakej-pakej ini menawarkan kepelbagaian pengalaman percutian melalui aktiviti-aktiviti seperti berkayak, berakit, memancing, memanah, menjejak Rafflesia, merentas hutan, memasak kuih tradisional, bermain paintball dan banyak lagi. Pakej-pakej ini boleh mula ditempah mulai sekarang dengan tempoh sah perjalanan adalah sehingga 30 Jun 2024." kata Tourism Malaysia. Promosi pakej minat khas houseboat itu mengambil kira kesediaan produk yang terdapat di Royal Belum di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu. Untuk rekod, jumlah houseboat yang berdaftar di Royal Belum adalah sebanyak 41 buah houseboat dengan penawaran […]