trending_flat

Tipu jemaah Umrah: MOTAC semak semula semua syarikat agensi pelancongan

24 November 2023 - Susulan insiden penipuan oleh segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusan jemaah yang mengerjakan umrah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti serta menyemak semula kelayakan kesemua syarikat agensi pelancongan, khususnya yang menjalankan perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dalam satu kenyataan semalam, walaupun MOTAC telah mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang berkenaan seperti membatalkan lesen mereka, namun masih terdapat aduan mengenai masalah sama. "Saya difahamkan masih ada ejen-ejen syarikat pelancongan ini yang degil dengan mempromosikan pakej-pakej umrah tetapi tidak melaksanakannya. Sebelum ini terdapat aduan dan keluhan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusaan umrah yang tidak bertanggungjawab. Ada jemaah umrah yang tidak dibawa ke destinasi-destinasi atau diberikan perkhidmatan yang sepatutnya, seperti yang ditawarkan oleh syarikat agensi […]

trending_flat

Kepentingan peranan Malaysia kekal konsisten isu Palestin di OIC

Oleh: Rusli Abdul Roni Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan yang berlangsung baru-baru ini di Riyadh, Arab Saudi telah selamat melabuhkan tirainya. Persidangan khas ini merupakan respon dan reaksi dunia Islam terhadap situasi yang semakin meruncing di bumi Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza. Persidangan yang dihadiri oleh negara anggota OIC dan juga negara anggota Liga Arab ini telah melahirkan beberapa resolusi penting berkaitan isu genosid rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Untuk sekian lama, OIC telah menjadi platform penting bagi negara-negara anggotanya untuk berkerjasama dan berbincang, terutamanya dalam menyelesaikan konflik yang melibatkan umat Islam di seluruh pelosok dunia. Ini termasuklah isu Palestin yang mendarah daging dalam diri warga dunia, khasnya umat Islam, sejak tahun 1948. Dalam kerangka ini, Malaysia merupakan antara anggotanya yang kekal konsisten memainkan peranan dalam usaha mencapai perdamaian dan keamanan di tengah-tengah ketegangan dan […]

trending_flat

Merungkai benang kusut isu Palestin perlukan tindakan konsisten

Oleh: Rusli Abdul Roni Perbualan santai bersama rakan tentang isu Palestin telah membawa saya ke suatu refleksi diri bahawa sememangnya, isu Palestin telah menjadi satu perkara yang telah berakar di hati ramai di seluruh pelosok dunia. Walaupun tidak dapat dinafikan masih terdapat yang belum memahaminya secara utuh dan bertindak mengikut yang sepatutnya. Konflik berlarutan di Palestin telah memberi kesan besar dan mendalam kepada rakyat Palestin khasnya. Sebagai manusia, terutama yang bergelar muslim kita semua mempunyai tanggungjawab agama (iman), moral dan kemanusiaan untuk memahami dan menyuarakan keprihatinan kita terhadap isu ini. Bagi muslim isu dan konflik Palestin ini bukan sahaja tumpuan keprihatinan, tetapi juga sebagai ladang amal jariyah menggapai habuan syurga dan reda Allah SWT. Oleh kerana itu, bagi pemerhati, merungkai isu dan konflik ini perlu memahami perkara-perkara berikut: pertamanya adalah penting untuk memahami bahawa konflik Palestin bukan hanya masalah agama […]

trending_flat

Pertimbangan maslahah dan mafsadah dalam isu boikot

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Boikot adalah tindakan tidak membeli barangan atau perkhidmatan bagi menyatakan bantahan atau kemarahan terhadap sesuatu pihak atau sesuatu perkara. Ia didorong oleh pelbagai faktor, misalnya isu agama, politik, etika, alam sekitar dan sosial. Di Malaysia, seruan boikot biasanya dilaungkan apabila ada sesuatu isu yang sensitif, khususnya melibatkan agama Islam dan umat Islam. Umpamanya boikot produk Sweden dilaungkan apabila ada penghinaan terhadap Rasulullah dan al-Quran, boikot terhadap produk orang bukan Islam (BMF) dikumandangkan apabila ada penghinaan terhadap Islam dan tulisan jawi, dan boikot terhadap produk Israel atau sekutunya diserukan apabila berlaku serangan pengganas Israel ke atas penduduk Palestin. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Kini, apabila berlaku serangan tentera Israel ke atas Palestin, kempen boikot kembali bergema. Banyak pihak yang melancarkan kempen boikot beserta dengan satu senarai panjang produk dan perkhidmatan telah dikeluarkan dan […]

trending_flat

Palestin: Rintihan solidariti umat Islam dan masyarakat dunia

Oleh: Rusli Abdul Roni Sehingga artikel ini ditulis, penjajah Zionis Israel masih lagi melancarkan serangan demi serangan yang amat kejam terhadap wilayah Semenanjung Gaza di Palestin. Israel telah mengebom dan menghancurkan bandar Gaza secara konsisten dengan ribuan peluru berpandu dalam serangan udara yang kejam pada setiap hari sejak Ahad, 8 Oktober 2023 yang lepas. Israel telah mengorbankan penduduk awam Gaza tanpa perikemanusiaan, termasuklah kanak-kanak, wanita, warga emas, dan penduduk kurang upaya. Malah, Israel dikatakan telah menggunakan bom fosforus yang diharamkan untuk ‘menghukum’ penduduk Palestin di Gaza. Rusli Abdul Roni Dilaporkan bahawa serangan udara dan penghapusan etnik kejam ini telah mengakibatkan gugurnya lebih daripada 3,000 para syuhada’; manakala lebih 13,000 mangsa telah cedera dan mengalami kecacatan kekal, di kalangan penduduk Gaza. Dikhabarkan juga, bilangan kematian dan kecederaan ini akan terus meningkat secara mendadak, kerana masih ramai yang terperangkap dalam runtuhan bangunan […]

trending_flat

KBS bantu perkasakan Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT)

28 Oktober 2023 - Susulan isu gimnas wanita Terengganu yang dilarang menyertai Temasya Sukan Malaysia disebabkan oleh garis panduan pakaian sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Mesyuarat Bersama Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT) pada 26 Oktober lepas. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Presiden Persatuan Abdul Razak Mat Amin serta Ahli Jawatankuasa Persatuan dan ibu bapa atlet Gimnastik. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu kenyataan hari ini, pada masa ini gimnas wanita Terengganu memakai ‘unitard’ penuh badan. Peraturan Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) membenarkan pemakaian yang menutup anggota tubuh badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki. "Pakaian 'unitard' ini telah dipakai oleh ramai gimnas termasuk pasukan Gimnastik wanita Jerman di Sukan Olimpik Tokyo. Malah bekas gimnas negara Izzah Amzan juga telah memakai 'unitard' semasa penyertaan di Sukan SEA Vietnam dan Sukan Komanwel Birmingham dan telah memenangi pingat untuk […]

trending_flat

Perjuangan minda umat Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis

Oleh: Ainul Asyraf Lokman, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor Israel telah digemparkan dengan serangan daripada gerakan pembebasan Palestin, Hamas melalui Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan sejak 7 Oktober yang lalu. Israel kemudian bertindak balas dengan mengebom semenanjung Gaza dalam skala yang amat besar. Peperangan ini merupakan peperangan yang terbesar semenjak kali terakhir peperangan Arab-Israel. Operasi Taufan al-Aqsa ini dilancarkan bertitik tolak dari pencerobohan dan penghinaan terhadap masjid al-Aqsa. Namun mengapa operasi ini tidak dinamakan Taufan Palestin ? Hal ini kerana isu yang menyatukan umat Islam ialah Baitul Maqdis itu sendiri yang signifikan terhadap umat Islam. Dari aspek sejarah, Baitul Maqdis dahulunya pernah dikuasai oleh orang Islam dan juga bukan Islam. Dalam konteks semasa, Baitul Maqdis telah jatuh dalam kawalan Israel. Sehingga kini, sudah lebih 100 tahun Baitul Maqdis dijajah namun umat Islam masih belum mampu untuk membebaskannya. Jadi, timbul […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation