trending_flat

Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi siasat insiden Keselamatan Siber melibatkan Prasarana Malaysia Berhad

KUALA LUMPUR, 5 September 2024 – Kementerian Digital memandang serius insiden keselamatan siber ke atas infrastruktur teknologi maklumat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang melibatkan serangan perisian tebusan (ransomware) yang dimuat naik oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai RansomHub dalam laman web gelap pada 25 Ogos 2024. Menurut Kementerian Digital dalam satu kenyataan media, pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah dimaklumkan mengenai insiden siber Prasarana pada 26 Ogos 2024. "Pejabat Pesuruhjaya PDP telah mengeluarkan arahan kepada pihak Prasarana untuk menghantar pelaporan Pemberitahuan Pelanggaran Data (Data Breach Notification – DBN) selewat-lewatnya pada 29 Ogos 2024, di mana pihak Prasarana telah melakukan sedemikian. Pejabat Pesuruhjaya PDP akan menjalankan siasatan untuk menentukan jenis pelanggaran dan mengenal pasti jenis data yang terlibat. Pejabat Pesuruhjaya PDP juga akan menyiasat sekiranya berlaku sebarang pelanggaran peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], serta tindakan susulan […]

trending_flat

Penangkapan pendatang tanpa izin di perairan Filipina : MOTAC mulakan siasatan

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius berkenaan penahanan warganegara China dan Malaysia kerana memasuki Perairan Tugayo Hunasan, Sitangkai, Tawi-Tawi, Filipina secara haram pada 1 September 2024. Menurut laporan awal, tangkapan oleh pihak berkuasa Kerajaan Filipina terdiri daripada 8 warga China dan 3 warga Malaysia. "Individu-individu ini ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana memasuki perairan Filipina secara tidak sah. Laporan awal menyatakan pelancong tersebut telah ke lautan Malaysia bagi tujuan memancing dan telah memasuki lautan Filipina akibat cuaca buruk. MOTAC telah memulakan siasatan terhadap ejen pelancongan yang disyaki menguruskan/membawa penumpang berkenaan. Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengantung, membatal lesen, mengkompaun atau mendakwa ejen pelancongan yang terbabit." kata MOTAC. MOTAC turut memberikan peringatan kepada semua ejen pelancongan di seluruh negara […]

trending_flat

Tuntutan palsu Perkeso : KKM tidak akan teragak-agak ambil tindakan.

PUTRAJAYA, 4 September 2024 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum akan penahanan tiga doktor kanan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kartel yang memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Dalam satu kenyataan hari ini, KKM berkata bahawa pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM berhubung penahanan tiga doktor awam berkenaan. "Di samping itu, Kementerian ini ingin menegaskan bahawa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh warga KKM serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakanyang sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik." tegas KKM. Baru-baru ini media melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel yang dikatakan telah memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan […]

trending_flat

Aplikasi Whatsapp Gold Adalah Perisian Hasad, Video Martinelli Tidak Wujud

Sampai ke talian JomCheck satu mesej tular yang memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak terpedaya untuk memuat turun satu ciri naik taraf WhatsApp yang baharu melalui pautan meragukan iaitu WhatsApp Gold kerana perkara ini adalah taktik sebaran perisian hasad (malware). Mesej itu turut mendakwa satu video oleh WhatsApp bernama Martinelli akan diseberkan dan video tersebut mengandungi virus. JomCheck merujuk portal semakan fakta antarabangsa iaitu Africa Check dan mendapati bahawa mesej tersebut telah mula tular di pelbagai negara sejak tahun 2016. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: WhatsApp Gold disahkan adalah perisian hasad yang memanipulasi pengguna. oleh penggodam melalui pautan yang disebarkan dalam bentuk mesej dan tiada sebaran video bertajuk Martinelli dikesan. Jom semak dahulu dengan JOMCHECK di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659, okay!

trending_flat

Status Pengecualian Visa Tidak Ubah Proses Tapisan Ketat Pelancong China Dan India Masuk Ke Malaysia

Oleh : JomCheck Wujud satu video di media sosial yang mendakwa bahawa pelancong dari negara China dan India mudah untuk masuk ke Malaysia akibat pelaksanaan inisiatif pengecualian visa yang diwujudkan kerajaan. Kredit : JomCheck Video ini turut menyatakan tapisan keselamatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi pelancong dari dua negara ini akan dilonggarkan. Hasil rujukan JOMCHECK terhadap rakan semakan fakta kami iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa video telah salah tafsir pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan arahan yang dikeluarkan bertujuan menambah baik perlaksanaan inisiatif Pelan Liberalisasi Visa tanpa mengenepikan aspek kawalan keselamatan di pintu masuk negara. Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

trending_flat

Ada apa dengan mpox?

Oleh: Dr. Jasmine Elanie Khairat Kita sekali lagi digemparkan dengan pengisytiharan kecemasan kesihatan global berikutan wabak cacar monyet (mpox) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos 2024 yang lalu. Ini berikutan lonjakan kes di Republik Demokratik Congo dan ancaman penularan ke negara-negara jiran yang menjadi sebab utama pengisytiharan ini. Di Malaysia, walaupun jumlah kes mpox ini masih rendah dan terkawal, kita tidak seharusnya memandang ringan situasi ini. Mpox, atau sebelumnya dikenali sebagai cacar monyet, adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus monkeypox dari kumpulan Orthopoxvirus. Secara amnya, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tanpa mengira orientasi seksual, walaupun data semasa menunjukkan kadar jangkitan yang lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan tubuh dengan lelaki. Gejala Mpox termasuklah demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, dan ruam atau luka pada kulit. Walaupun kebanyakan individu pulih tanpa rawatan, mpox boleh membawa […]

trending_flat

Isu masalah air di Gua Musang : JAKOA tepis dakwaan Annuar Musa

GUA MUSANG, 12 Ogos 2024 - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan dakwaan Tan Sri Annuar Musa bahawa isu masalah air di Gua Musang, Kelantan berpunca dari kegagalan pihak JAKOA menyelenggara Sistem Rawatan Air. Dalam satu kenyataan hari ini, JAKOA menjelaskan bahawa sebanyak 109 buah Kampung Orang Asli di Gua Musang, Kelantan mempunyai sistem bekalan air iaitu menggunakan sistem air paip (3), 16 tubewell atau boring (air bawah tanah) dan 90 graviti (sungai). "Sepanjang RMK12, sejumlah RM25 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja bina baru dan pembaikan Sistem Rawatan Air manakala sebanyak RM5 juta pula dibelanjakan untuk kontrak penyelenggraan. Isu pembekalan air ke perkampungan Orang Asli adalah berpunca dari sumber air yang terhad selain dari sumber air yang tercemar. Masalah ini berlaku bukan sahaja di perkampungan Orang Asli malahan juga di seluruh negeri Kelantan." kata JAKOA. Jelasnya, ia berlaku disebabkan kurangnya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation