trending_flat

KPWKM jelaskan isu video tular libatkan OKU

Berhubung dengan video tular iaitu seorang warga emas OKU telah ditamatkan bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjelaskan bahawa penama telah menerima bantuan EPOKU iaitu satu insentif kerajaan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, mampu hidup berdikari dan seterusnya menjadi ahli masyarakat yang produktif. Menurut KPWKM dalam satu kenyataan yang diedarkan pada hari ini, insentif tersebut diberikan kepada golongan OKU yang bekerja dengan pendapatan RM1500 dan ke bawah. Namun apabila pendapatan telah meningkat atau penerima tidak lagi bekerja, maka kelayakan ini akan terbatal. "Penerima telah menerima EPOKU berjumlah RM450.00 bermula pada bulan September tahun 2020 hingga bulan Ogos 2023. JKM telah melakukan penelitian semula pada September 2023 dan mendapati penama tidak lagi bekerja. Sehubungan dengan itu, EPOKU penama telah ditamatkan JKM, mengambil kira penama menerima Bantuan Sara Hidup Tentera, bantuan bakul makanan MAWIP […]

trending_flat

Task Force Khas OP BPT: Sitaan 180MT Kilang Disyaki Sorok Beras Putih Tempatan (BPT)

ALOR STAR, 10 OKTOBER 2023 – Task Force Khas Bersepadu Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT) yang diketuai oleh Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Chan Foong Hin, bersama Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) telah berjaya membongkar dengan menyita sebuah kilang disyaki menyorok beras putih tempatan dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalamlesen. Sitaan yang dilakukan semalam, hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan Task Force khas OP BPT telah mendapati bahawa beras bergred Super Spesial Tempatan 5% (SST5) atau beras putih tempatan (BPT) di dalam kampit jumboberjumlah 180 tan metrik disorok di gudang yang tidak dinyatakan dalam lesen. Mengesyaki kilang tersebut telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, pasukan Task Force Khas bertindak menyita BPT yang berada di […]

trending_flat

LCS : Maklumbalas awal Mindef terhadap laporan PAC

10 Oktober 2023 - Merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk “PAC kecam MINDEF meterai perjanjian LCStanpa persetujuan AGC” semalam, Kementerian Pertahanan (MINDEF) ingin menarik perhatian kepada beberapa rumusan yang terkandung di dalam laporan berkaitan. Menurut MINDEF dalam satu kenyataan hari ini, berkaitan dengan rumusan pertama menyatakan tiada kemajuan pembinaan LCS sejak lawatan PAC ke-14 pada 11 Disember 2021 hingga lawatan PAC ke-15 pada 10 Jun 2023, ia adalah kerana perancangan penerusan projek LCS yang diluluskan oleh Kerajaan pada 19 April 2023 antaranya kerja pembinaan bermula pada September 2023 setelah tempoh mobilisasi pembinaan semula selama 3 bulan oleh syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB). "MINDEF juga ingin merujuk kepada rumusan 8 dan 9 di dalam laporan yang sama di mana dinyatakan Perjanjian Tambahan Keenam atau SA6 bagi projek LCS ini tidak mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan MINDEF membelakangkan AGC […]

trending_flat

Nambikkai gesa DBKL ambil tindakan tegas terhadap kegiatan perniagaan tidak sah warga asing di Little India, Brickfields

BRICKFIELDS, 20 September 2023 - Kerajaan digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang menggunakan pas lawatan dan ada yang langsung tidak mempunyai dokumen yang sah seperti passport negara asal dan menjalankan aktiviti menjaja di Brickfields dan di sektar Wilayah Kuala Lumpur. Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato' Dr. Kalai Vanar. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Di dalam satu sidang media yang diadakan semalam, Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato' Dr. Kalai Vanar tutut mendakwa bahawa warga asing bermaharajalela dan berani mencabar Kerajaan dan undang-undang negara ini. "Mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan menjaja di serata tempat di Kuala Lumpur dan di bawah kawalan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Di Little India Brickfields, warga asing daripada wilayah Punjab, India dan Pakistan serta warga Tamil, Telegu dari Selatan India menjalankan aktiviti menjual barangan manisan dan barangan makanan tradisi India dengan meletak meja-meja besar yang diatur […]

trending_flat

Armizan turun padang tinjau harga beras dan barangan keperluan

GOMBAK 19 September 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya Sri Ternak, Selayang dan Pasar Raya NSK Selayang, Batu Caves, Selangor semalam. Turut hadir dalam pemantauan yang dilakukan ini adalah pengurusan tertinggi Kementerian, Bahagian Penguat kuasa (BPGK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Menurut Armizan, tinjauan pemeriksaan tersebut dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras dan barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak, tepung gandum dan sebagainya. "Bermula 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat keterjaminan bekalan beras yang mencukupi dengan harga […]

trending_flat

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai pemberian kuasa pentadbiran dalam sektor kesihatan dan pendidikan kepada Sabah dan Sarawak. Kredit video : Rancangan Podcast Politik Malaysia, Keluar Sekejap. Sedutan EP50 #KeluarSekejap:Ulasan @TSWanJunaidi tentang pemberian kuasa pentadbiran dalam sektor kesihatan dan pendidikan kepada Sabah dan Sarawak. Dengar dan tonton Episode 50 penuh di Spotify atau YouTube. #KeluarSekejap pic.twitter.com/v0QTV4ATHp— Keluar Sekejap (@keluarsekejap) September 16, 2023

trending_flat

KPDN siasat video tular jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing

PUTRAJA, 15 September 2023 - Berhubung dengan isu video tular di media sosial bertarikh 14 September 2023 berhubung isu penjualan minyak masak paket 1kg oleh Pasar Raya NSK Jalan Peel, Kuala Lumpur kepada warga asing tanpa kawalan sehingga menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan warga tempatan tidak dapat membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, pemeriksaan lanjut telah dilakukan oleh anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke atas pasar raya tersebut. Menurut KPDN, hasil pemeriksaan tersebut mendapati, berlaku salah faham antara beberapa pelanggan yang ingin membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi dalam kuantiti yang banyak. "Pihak Pasar Raya NSK telah mengehadkan pembelian minyak masak paket 1kg bersubsidi maksimum hanya tiga (3) paket sahaja bagi setiap transaksi namun ada beberapa pelanggan yang tidak dibenarkan membuat pembelian melebihi had tersebut tidak berpuas hati. Ketika […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation