trending_flat

Nancy pandang serius kes pembunuhan kanak-kanak OKU

6 JANUARI 2023 - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menegaskan bahawa beliau memandang serius berkenaan kes pembunuhan kanak-kanak Kurang Upaya (OKU) yang terjadi di Bau, Sarawak baru-baru ini. Menurut Nancy dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berkenaan kes tersebut. "Saya telah mengarahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyantuni keluarga ini yang bersesuaian untuk pemeliharaan dan pelindungan berdasarkan Seksyen 17 Akta Kanak-kanak2001. Saya ingin menasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang kes penderaan boleh terus menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera." katanya. Pada 21 Disember lalu, laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa tentang kehilangan anaknya, selain laporan awal oleh orang awam pada hari […]

trending_flat

PDRM benteras perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2022 - Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan OP SOGA IX bermula 19 November 2022 hingga 21 Disember 2022. Hasilnya, beberapa serbuan dan tangkapan telah dibuat dan statistik berakhir pada 21 Disember 2022 adalah seperti berikut : Hasil rampasan keseluruhan meliputi: • Nilai had kredit di dalam perisian sebanyak RM22,353,866.27 dan Dollar Hong Kong 382,995.60; • Wang tunai berjumlah RM518,563.00 dan Dollar Singapura 500; • 74 unit komputer; • 47 unit komputer riba; • Empat (4) unit tablet; • 817 unit telefon bimbit; • Tiga (3) unit mesin kira-kira; • 28 unit modem; • 24 unit router; • Lapan (8) unit printer; • 386 keping sim kad; • 120 helai kertas catitan yang mempunyai catitan disyaki pertaruhan; dan • 27 keping […]

trending_flat

Hina YDPA, seorang lelaki tempatan ditahan PDRM

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 - Seorang lelaki Melayu yang berusia 33 tahun telah ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak semalam bagi membantu siasatan terhadap kenyataan berbaur penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. Menurut Setiausaha Polis Malaysia Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin, kenyataan tersebut telah dimuat naik melalui akaun facebook “As Bul”. "Turut dirampas daripada suspek adalah satu (1) unit telefon bimbit jenama Vivo serta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran. Suspek telah direman selama tiga (3) hari bermula 16 hingga 18 Disember 2022 untuk siasatan lanjut. Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan […]

trending_flat

PDRM tahan suspek miliki bahan pornografi kanak-kanak

15 Disember 2022 -  Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di Klang, Selangor pada 13 Disember lepas kerana memiliki  sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam computer suspek tersebut. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini, siasatan mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial. "Sehubungan itu, rampasan telah dilakukan ke atas komputer, external hard disk, router dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut. Kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat PDRM dengan Federal Bureau Of Investigation (FBI). Suspek kini direman selama empat (4) hari bermula 14 Disember 2022 hingga 17 Disember 2022. Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Setakat […]

trending_flat

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 - Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan OP Soga IX bermula 19 November 2022 hingga 21 Disember 2022. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Polis Dato’ Hajah Noorsiah Mohd Saaduddin berkata fokus utama OP Soga IX adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh tanpa lesen yang sah sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Katanya ia juga bertujuan menangkap sindiket mahupun individu yang bertindak sebagai bookie/punter seterusnya mendakwa mereka di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Berikut merupakan statistik serbuan dan tangkapan dari 19 hingga 28 November 2022: Kata Noosiah, kesemua tangkapan direman untuk siasatan lanjut. Tambahnya, setakat ini rampasan meliputi: Nilai had kredit di dalam perisian mencecah RM3,177,293.17; Wang tunai berjumlah RM113,140.00; […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation