trending_flat

Bank Muamalat sahut seruan Kerajaan, anjur Program Literasi Kewangan bagi Sektor Pendidikan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2024 (Bernama) - Menyahut seruan kerajaan dan Bank Negara Malaysia bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dengan kerjasama Emerging Journey Asia Sendirian Berhad (EJAsia) telah menganjurkan program kesejahteraan kewangan dan kesihatan mental di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang pada 10 Ogos 2024. Program yang bertemakan ‘Memperkasakan Kesejahteraan Kewangan Masa Hadapan’ ini turut melibatkan lebih daripada 350 pelajar, ibu bapa dan guru. Ia merupakan salah satu langkah proaktif Bank Muamalat dalam meningkatkan tahap literasi kewangan di peringkat sekolah. Menerusi program ini, pelajar, ibu bapa dan guru bukan sahaja didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan, malah mereka turut diberikan kesedaran mengenai isu kesihatan mental yang berkait rapat dengan kesejahteraan kewangan.  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Bank Muamalat menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan belia […]

trending_flat

JustMarkets Melancarkan Ciri Dagangan Dalam Aplikasi

VICTORIA, SEYCHELLES - Media OutReach Newswire - 7 Ogos 2024 - JustMarkets, sebuah broker aset diiktiraf-dunia telah melaksanakan kemaskini besar untuk aplikasi trading-nya pada bulan Jun 2024 yang menjanjikan untuk membantu pedagang yang sering bergerak untuk membuka potensi penuh pasaran. Aplikasi mudah alih, yang tersedia di Google Play dan App Store, kini termasuk fungsi Dagangan Dalam Aplikasi, membolehkan pengguna bukan sahaja untuk mengikuti pergerakan pasaran tetapi juga merebut peluang pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebelum ini, aplikasi JustMarkets hanya boleh digunakan untuk mengurus pesanan. Dengan pengembangan fungsi Dagangan Dalam Aplikasi yang telah dikemas-kini bulan Jun, pengguna kini mempunyai keseluruhan pasaran di hujung jari mereka dan boleh membuat dagangan baru secara langsung dari aplikasi dalam masa nyata, yang bermakna mereka tidak akan terlepas peluang dagangan besar, di mana sahaja mereka berada di dunia. Perkhidmatan Pelanggan Lanjutan Kemas kini baru ini merupakan suatu […]

trending_flat

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan siri dialog bersama pemain industri sektor peruncitan hari ini. Ia adalah susulan dari arahan Perdana Menteri yang mahu supaya semua Kementerian mengadakan dialog untuk mendapatkan input bagi Belanjawan 2025. Siri dialog yang diadakan tersebut meliputi empat badan gabungan iaitu Malaysia Retailers Association (MRA), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Bumiputera Retailers Organization (BRO) dan Persatuan Pemborong Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) bertempat di Menara SSM, Kuala Lumpur. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, pelbagai perkara dibincangkan yang memberikan fokus kepada usaha merangsang pembangunan sektor peruncitan sekali gus meningkatkan sumbangan sektor ini terhadap pencapaian agenda Ekonomi Madani. Ia termasuk menangani isu-isu berbangkit yang dihadapi oleh pemain industri sektor peruncitan dan komitmen mereka dalam agenda […]

trending_flat

Kerajaan laksanakan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI)

PUTRAJAYA 27 Mei 2024 - Susulan kenyataan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI iaitu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi. Menurut MOF, permohonan BUDI MADANI akan dibuka mulai 28 Mei 2024 dan terbuka kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak termasuk petani kecil dan pekebun kecil. "Pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu sementara petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi. Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori akan disalurkan BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel." kata MOF. Kriteria kelayakan bagi […]

trending_flat

KPKT iktiraf perkhidmatan cemerlang PPW dan PPG melalui penganjuran Anugerah Kredit Madani 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Anugerah Kredit MADANI (AKM) 2024 bertempat di Hotel Berjaya Times Square pada pagi semalam. Anugerah yang julung kali dianjurkan oleh KPKT ini bermula tahun 2024 dan akan dilaksanakan secara dwitahunan. Anugerah itu merupakan satu bentuk pengiktirafan atas inisiatif, usaha berterusan, tatakelola perniagaan dan perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen dan Pemegang Pajak Gadai (PPG) berlesen yang layak dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Ia antara lain menunjukkan tahap profesionalisme dan pematuhan akta/peraturan yang tinggi, memberi sokongan kewangan keusahawanan, melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sebagainya. Sehingga 30 April 2024, terdapat 4,416 PPW berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan 881 PPG berlesen di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81). Terdapat tujuh […]

trending_flat

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena tidak berbalik yang berupaya menjejaskan struktur ekonominya seperti berlakunya peningkatan kos sara hidup dari semasa ke semasa. Perkara ini ditambah lagi dengan berlakunya peningkatan kos pengeluaran bagi suatu barangan yang akan mendorong kepada peningkatan kadar keberhutangan seseorang individu sehingga mampu untuk mendatangkan ancaman kesejahteraan kepada keadaan kewangan individu tersebut. Dr. Nurul Ashikin Alias Selain itu, kebanyakan daripada individu juga hidup dalam keadaan menanggung hutang, sama ada hutang peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan juga hutang-hutang yang lain. Bagaimanapun ia bukanlah suatu hal yang buruk jika pengurusan hutang tersebut mampu dikawal dengan baik. Apa yang menjadi kerisauan adalah apabila seseorang individu tersebut berhutang di luar dari batas kemampuannya. Disebabkan faktor inilah menunjukkan betapa pentingnya literasi kewangan yang tepat diperlukan oleh seseorang individu. Berdasarkan pemerhatian di kalangan golongan belia Malaysia, […]

trending_flat

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Bersama Pelabur di New York dari 14 - 16 April 2024, bersempena dengan kehadiran beliau dalam Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund – IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group – WBG) 2024 di Washington D.C., Amerika Syarikat dari 17 - 19 April 2024. “Pelabur menunjukkan minat yang tinggi untuk memahami asas dan potensi ekonomi Malaysia serta kemajuan melaksanakan agenda pembaharuan Ekonomi MADANI. Keyakinan pelaburan lebih kukuh ekoran pembaharuan fiskal yang telah dilaksanakan Kerajaan termasuk mengurangkan defisit, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal serta penyasaran subsidi seperti elektrik dan air,” ulas Amir Hamzah. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), mesyuarat dan sesi dialog bersama pelabur kewangan dan pasaran modal tersebut diadakan untuk memberi penerangan mengenai kedudukan semasa ekonomi dan perancangan Kerajaan untuk terus […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation