trending_flat

Fasiliti telekomunikasi di Kelantan diperbaiki

13 JANUARI 2023 - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited untuk memastikan setiap fasiliti telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir berfungsi dengan baik. Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Fahmi Fadzil menyatakan bahawa terdapat 1,296 buah menara telekomunikasi di negeri Kelantan, yang mana 100 daripadanya mengalami kerosakan akibat banjir pada tahun 2022. "Alhamdulilah semuanya telah diperbaiki dan berfungsi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut membuat penambaikan pengerasan sebanyak 127 buah menara. Hari ini saya melawat menara telekomunikasi di Bendang Pak Yong Tumpat. SKMM telah menambahbaik menara ini menggunakan konsep Multi Operator Core Network (MOCN), di samping itu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah meninggikan tapak 9 buah sub stesen yang berdekatan bagi memastikan punca bekalan elektrik tidak terjejas akibat banjir." kata Fahmi. Tambahnya, KKD turut mengambil peluang untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir. Katanya, sumbangan bantuan berupa barangan keperluan asas […]

trending_flat

Orang ramai perlu berwaspada dengan e-mel atau mesej tidak sah

CYBERJAYA, 7 JANUARI 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi. Menurut MCMC dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, E-mel atau mesej terbabit antara lain mendakwa, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati si mangsa yang ditujukan mesej berkenaan masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan Maybank, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000.00 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM. "Selain itu, kandungan e-mel tersebut juga menjelaskan, transaksi dengan Maybank adalah sah dan mereka boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut. Justeru, orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya. […]

trending_flat

KKD pantau isu pengambilalihan pengurusan Menara KL

27 Disember 2022 - Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata beliau memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya media berhubung pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) melalui pegangan saham penuh daripada pihak Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) kepada syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd. Dalam kenyataan ringkas hari ini, Fahmi turut menyatakan bahawa beliau telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 14 Disember 2022. "Saya juga akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada pihak Telekom Malaysia (TM) pada 3 Januari 2023. Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd." ujarnya. Tambahnya KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh […]

trending_flat

Pakej Perpaduan khas untuk golongan belia, B40, OKU, warga emas dan veteran ATM serta veteran polis

21 DISEMBER 2022 - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun telah diperluaskan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran. Menurut Fahmi dalam satu kenyataan hari ini, mereka akan dapat menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar Internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran pada Februari 2023. "Komitmen Kerajaan ini dizahirkan dengan pelancaran Pakej Perpaduan iaitu Pakej Prabayar Internet Mudah Alih yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan Internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat. Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis. Penurunan harga ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan […]

trending_flat

Henti tular video 3 beradik maut di Kelantan

CYBERJAYA 19 Disember 2022 - Orang ramai untuk henti menularkan video tiga (3) beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan pada pagi ini bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut berkata bahawa langkahproaktif telah diambil bagi mengangkat perkara ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video yang berkaitan. "Orang awam digalakkan untuk sentiasa mengawal selia kendiri dan peka tentang kandungan yang mereka terima atau di kongsi secara dalam talian, sama ada melalui aplikasi Whatsapp ataupun rakaman video di media sosial. Bagi menghentikan penularan video seperti tersebut, pengguna media sosial juga digalakkan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan yang sensitif dan […]

trending_flat

Sistem D-Media JaPen beri kemudahan kepada pengamal media

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Sistem D-Media yang berperanan sebagai hab tunggal bagi informasi digital yang mesra pengguna, interaktif dan terkini kepada pengamal media di Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 12 Disember 2022 (Isnin). Menurut JAPEN dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, sistem tersebut meliputi penyampaian maklumat secara digital sepenuhnya kepada pihak media seperti Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Kenyataan Media dan Pusat Media yang dimuat naik oleh kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan. "Pembangunan sistem ini juga selari dengan perkembangan kemajuan komunikasi digital seterusnya sebagai satu kemudahan kepada pengamal media dalam menerima maklumat dengan lebih pantas dan semasa. Sistem D-Media boleh diakses oleh pengamal media dan juga orang awam melalui pautan https://dmedia.penerangan.gov.my/. Ini merupakan perkhidmatan penyampaian maklumat yang ditawarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan bagi memudahkan pengurusan makluman […]

trending_flat

[Galeri] Teo Nie Ching ‘clock in’ hari ini di KKD

KUALA LUMPUR, 12 Dis - Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching (张念群) memulakan tugas pada hari ini 12 Disember 2022 di Kementerian Komunikasi dan Digital. Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation