trending_flat

Kafe hipster lima bersaudara di Pekan Jasin

Oleh : Liana Sahabudin / MELAKA HARI INI JASIN 21 Ogos – Kafe hipster berkonsepkan lima bersaudara di Pinggiran Sungai Kesang, Pekan Jasin bakal beroperasi sepenuhnya pada minggu ini. Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Mohd Shaiful Hizam Johan, kafe berkenaan akan menyajikan pelbagai makanan, sekali gus menjadi tarikan baharu di pekan tersebut. “Kita jangka kafe ini beroperasi hujung minggu ini, terdapat lima kafe disediakan untuk orang ramai bersantai atau meluangkan masa bersama keluarga. “Lebih menarik kafe ini diberikan nama laksamana Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi,” katanya kepada Melaka Hari Ini. Katanya pembinaan kafe itu siap sepenuhnya pada November tahun lalu, namun pembukannya ditangguhkan berikutan MPJ melaksanakan beberapa penambahbaikan membabitkan aspek pencahayaan dan hiasan landskap. “Kita harap operasi kafe ini akan menghidupkan dan menceriakan lagi suasana malam di Pekan Jasin, orang […]

trending_flat

Cuka matang Shanxi menghasilkan perisa baharu

TAIYUAN, China, 26 Julai 2024 (Bernama) - Apabila orang memikirkan mengenai wilayah Shanxi di China, "Cuka Matang" purba dengan sejarahnya yang meliputi lebih 3,000 tahun terlintas di fikiran. Cuka unik ini, yang terkenal kerana rasanya yang masam, wangi, manis, cukup masak dan segar, menjalani lima langkah utama dan 82 prosedur, termasuk mengukus, menapai, mengasap, membasahi dan menua. Proses itu boleh mengambil masa dari satu tahun hingga lebih 10 tahun untuk diselesaikan. Pepatah yang menyebut "Sedikit cuka di rumah anda, tidak perlu lagi berjumpa dengan doktor" mencerminkan pengiktirafan yang sekian lama terhadap manfaat kesihatan cuka oleh penduduk Shanxi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Shanxi telah memperkenalkan produk kesihatan berasaskan cuka dan produk homologi perubatan berasaskan makanan, sekali gus meningkatkan lagi manfaat kesihatan bagi Cuka Matang Shanxi. Sambil mengekalkan rasa tradisional bagi Cuka Matang, Shanxi telah meneroka budaya cuka secara mendalam, yang membawa kepada kemunculan […]

trending_flat

foodpanda Malaysia menawarkan kemudahan lebih berpatutandengan set menu pilihan ‘Meal For One’ daripada RM 11

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 – foodpanda, salah satu platform penghantaran makanan dan barangan runcit terkemuka di Malaysia, telah melancarkan Meal For One – pilihan hidangan solo baru dengan harga semua termasuk dan tiada perbelanjaan minimum. Ciri ini memperkenalkan kemudahan dan kemampuan lebih besar bagi pesanan tunggal, memperkenalkan set menu yang dipilih khas daripada lebih 2,000 restoran dengan jenama yang terkenal seperti Street Churros, Pizza Hut, KFC, The Chicken Rice Shop, Kenangan Coffee, serta kegemaran tempatan termasuk D’Laksa, Sate Kajang Haji Samuri, Ayam Penyet Best, Ali, Muthu & Ah Hock dan Original Penang Kayu Nasi Kandar. Selain direka untuk memenuhi keperluan makan solo, Meal For One juga berfungsi sebagai pesanan bebas dalam pesanan berkumpulan. Fungsi ini membolehkan pelanggan memesan dari restoran yang berbeza sebagai satu kumpulan. “Kami menyedari permintaan yang semakin meningkat dari pemakan solo untuk pilihan makanan yang mudah […]

trending_flat

LNA @ MAKAN : RESTORAN SANTA CHAPATI HOUSE

Tontoni sesi temubual bersama pemilik Restoran SANTA CHAPATI House iaitu Puan Gurdip Kaur. Beliau berkongsi pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan ini. SANTA CHAPATI HOUSE terletak di lokasi strategik di bandaraya Kuala Lumpur iaitu di No 373 Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia. https://youtu.be/ifJSfz_zRoo

trending_flat

[Video] Temubual bersama Chef @ Grandmama’s bahagian ke -2

Tontoni bahagian kedua video sesi temubual bersama Chef Chin Shuenn Liang yang merupakan tulang belakang restoran Grandmama's di Pavilion KL. Wartawan : AJ BlackPenyunting video : Errie Naham (Johnboy)Penerbit : Rizal Omar @lifenewsagency.com And now guys, enjoy the second part of the interview with the Chef behind the magic at Grandmama’s Pavilion KL! #lifestyle #restaurant #sumptuous #delicious #Chef #foodie #celebration #grandmama #pavilionkl ♬ original sound - LNA

trending_flat

Jongga & Nongshim Farmer’s Heart Mengiktiraf Chef Wan Sebagai Duta & Pakar Pembuat Kimchi Di Festival Kimchi Malaysia Yang Pertama

PETALING JAYA, 26 NOVEMBER 2022 - Chef Selebriti Malaysia, Datuk Dr. Chef Wan dinamakan sebagai Duta Jenama Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart di Festival Kimchi Malaysia yang pertama, dianjurkan oleh K PLUS Food Market, bertempat di The Curve, Mutiara Damansara. Chef terkenal tersebut berasa bangga kerana diiktiraf oleh Seoul Kimchi Academy sebagai pakar kimchi setelah menjalani latihan intensif di Korea Selatan. Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart merupakan dua jenama terkenal dari Korea Selatan dan diperkenalkan di Malaysia oleh KMT Jaya Sdn. Bhd., pengedar ekslusif jenama-jenama Korea. Datuk Dr. Chef Wan dilantik sebagai Duta Jenama selama 1 tahun bagi mempromosi jenama-jenama ini untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia sambil mengukuhkan peranan Kimchi sebagai makanan sampingan, baik untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Datuk Dr. Chef Wan juga dianugerahkan sijil dari Seoul Kimchi Academy setelah menjalani Kursus Pakar Pembuat Kimchi di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation