trending_flat

Apakah kita melahirkan generasi muda yang semakin kurang bersyukur?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias “Jangan pernah bimbang dengan rezekimu yang telah pun diatur, yang penting adalah kamu terus bersyukur”. Sebuah kata-kata yang perlu ditanam dalam fikiran masyarakat kita pada masa kini bagi memastikan kesihatan mental dan juga tahap kepuasan hidup yang optimum kerana tanpa terlalu memikirkan sesuatu yang belum pasti adalah lebih baik kerana ini akan mengurangkan beban fikiran seseorang individu. Dr. Nurul Ashikin Alias Namun, keadaan ini bukanlah menjadi satu kayu ukur yang menunjukkan bahawa kita tidak perlu berusaha untuk mencapai sesuatu. Tugas kita sebagai manusia hanyalah terus berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa perlu terlalu memikirkan hasil akhirnya. Apabila kita terlalu memikirkan hasil akhir sesuatu perkara berkemungkinan akan menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu. Kehidupan pada zaman yang penuh cabaran ini sesungguhnya menuntut setiap individu untuk mempunyai tahap ketahanan mental, fizikal dan jadi diri yang tinggi bagi memastikan […]

trending_flat

Shopee dan Kementerian Kesihatan Malaysia Lancar Inisiatif Pek Kasih Mama 

KUALA SELANGOR, 15 Jun 2024 - Shopee Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melancarkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pek Kasih Mama hari ini. Inisiatif ini didedikasikan untuk meningkatkan komuniti tempatan melalui teknologi dan menyediakan sokongan penting kepada para ibu di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan MPKS Puncak Alam ini telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad yang secara peribadinya telah menyampaikan 300 pek penjagaan kepada ibu dan bakal ibu. Sebanyak 1,000 pek penjagaan telah disediakan untuk kempen CSR ini. Setiap Pek Kasih Mama dipilih susun dengan teliti yang merangkumi barangan penjagaan bayi dan ibu yang penting seperti lampin yang disahkan oleh KKM, tisu basah bayi, produk mandian, tuala, keperluan penyusuan anak, dan produk penjagaan kulit yang selamat untuk wanita hamil dan yang menyusukan anak. Baki 700 pek penjagaan akan diagihkan […]

trending_flat

Karya Seni Mural QuickBites Menerima Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

● ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ Bersama QuickBites 2024 adalah program anjuran Gardenia QuickBites dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia● Menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records for the ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign’ KUALA LUMPUR 13 Jun 2024 - Gardenia QuickBites berjaya mencipta sejarah dengan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records untuk ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign’. Pengiktirafan tersebut telah diperolehi semasa di Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ yang telah berlangsung di Hotel Renaissance baru baru ini. Ini adalah pengiktirafan yang julung kalinya diterima oleh Gardenia daripada The Malaysia Book of Records dan berharap pencapaian ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak penciptaan impak yang positif untuk masyarakat. Program ‘Minda Sihat Cergas Fizikal’ Bersama QuickBites 2024 telah berjaya memberi manfaat kepada lebih kurang 130,000 orang murid dan guru daripada lebih 120 […]

trending_flat

‘Bike Week’ meriahkan TMM2024

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 15 Jun – Penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 antara usaha dilaksanakan bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GP MOTO), Datuk Sulaiman Samia’an berkata, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan program terbabit sebagai menyokong usaha Kerajaan Negeri Melaka menjayakan TMM 2024. Katanya, lebih 20,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara berkampung di Melaka selama tiga hari sempena Malaysia Bike Week Melaka 2024, bermula semalam. “Program ini menghimpunkan motosikal pelbagai jenama yang diadakan sebagai usaha memeriahkan lagi sambutan TMM2024 yang sedang rancak berlangsung ketika ini. “Harapan kita adalah untuk menjadi elemen penting dalam TMM2024, keutamaan kita tahun ini adalah membantu serta menyokong Melaka. “Pelbagai inisiatif serta kaedah yang diwujudkan Kerajaan Negeri untuk TMM2024, jadi penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 juga merupakan inisiatif menarik kehadiran […]

trending_flat

Pelajar bantu usaha melestari kampus menjelang 2030

Seramai 50 orang pelajar ijazah sarjana muda Universiti Malaya (UM) terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih dalam program khas dalam membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan kelestarian di kampus. Ini merupakan sebahagian daripada projek tahun akhir yang wajib dilaksanakan oleh mereka. Pelajar-pelajar ini telah menerima geran khas di bawah penyelarasan Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC) bernilai RM1,000 bagi membantu melaksanakan projek tahun akhir mereka di bawah program FYP@Sustainability. Tema penyelidikan projek tahun akhir adalah Matlamat Pembangunan Lestari Ke Arah Kampus Sifar Bersih yang Adil (Just Net-Zero). Dr. Fung Hon Ngen “Ini merupakan program julung kali diperkenalkan dimana pelajar ijazah sarjana muda bersama penyelia masing-masing diberi pendedahan dan peluang untuk memohon geran bagi membantu projek tahun akhir mereka. Isu kelestarian kampus menjadi titik fokus utama dalam program ini”, kata Dr. Fung Hon Ngen selaku ketua program khas […]

trending_flat

Mesej Tular Dakwa Pelbagai Risiko Varian Baharu Covid-19 Adalah Isu Kitar Semula

Oleh JomCheck Talian JomCheck baru ini telah disoal berkaitan ketulenan satu mesej meragukan yang menyeru rakyat Malaysia untuk berhati-hati dengan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron XBB yang kononnya lebih berbahaya daripada varian Delta. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Antara dakwaan di dalam mesej berkenaan adalah simptom-simptom jika terjangkit dengan varian baharu dan juga tuduhan bahawa ujian swab hidung (nasal swab test) sering menghasilkan keputusan negatif jika varian covid tersebut adalah Omicron XBB. Namun begitu, semakan JomCheck menemui fakta yang menyangkal keabsahan mesej tular ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Mesej ini telah dikategorikan sebagai palsu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2022 dan 2023 kerana penyebarannya adalah tidak berasas dan tanpa sebarang pembuktian saintifik. Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=751269483701724&set=a.221890939972917 Antara pesanan tambahan oleh KKM adalah: a. Walau pun mesej ini pernah disangkal sebelum ini iaitu pada 1 November […]

trending_flat

Hikmah Mengingati Kematian Dari Perspektif Islam

Oleh: 1Siti Jamilah Mohd Sukri dan 2Nadiah Mohd Noor Setiap insan yang bernyawa pasti akan menemui kematian dan bakal meninggalkan dunia yang fana ini tidak kira pangkat, status atau darjat yang dimiliki. Persoalannya, bersediakah kita untuk menghadapi saat-saat ini? Lebih-lebih lagi kematian merupakan rahsia Allah SWT yang tidak mempunyai amaran mahupun tanda sebelum ianya menjemput. Bagi umat Islam terutamanya, beriman dengan qadha' dan qadar adalah salah satu rukun iman yang wajib diimani. Salah satunya ialah kematian yang dirahsiakan oleh Allah SWT. Allah SWT merahsiakan kematian untuk menguji tahap keikhlasan seseorang individu dalam melaksanakan sesuatu amalan soleh sama ada dikerjakan semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya atau ada niat tersembunyi disebaliknya. Namun, tidak bermaksud bahawa seseorang Muslim tidak dibenarkan berniat untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan demi mengubah nasib hidup atau mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Namun, alangkah beruntungnya, jika seseorang individu berniat untuk mendapatkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation