Amalan Gaya Hidup Hayatan Toyyibah Dari Perspektif Islam
Oleh : 1Siti Jamilah Mohd Sukri & 2 Che Nurul Asyiqin Che Yusoff Kehidupan yang sejahtera, aman damai dan harmoni dalam kalangan masyarakat merupakan impian setiap insan yang mendambakan ketenangan dalam kehidupan. Disebalik ranjauan kehidupan yang semakin menekan, adakalanya manusia tercari-cari mekanisme terbaik untuk melepaskan segala tekanan yang terpaksa dipikul dari segi pekerjaan, hubungan kekeluargaan, rakan taulan dan dilema yang pelbagai. Malangnya, ada sesetengah tersalah memilih kaedah untuk mencari ketenangan, lebih-lebih lagi melalui cara yang bertentangan dengan etika moral secara umumnya. Masakan tidak, di bulan ramadhan yang mulia, masih ada segelintir umat Islam melakukan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan imej seseorang Muslim. Sebagai contoh, ada segelintir pempengaruh media sosial merakam rakaman lagu bertemakan hari raya aidilftri seolah-olah menormalisasikan budaya transgender dalam kalangan masyarakat melalui pemakaian pakaian yang ketat dan mempamerkan lenggok badan yang tidak sopan. Siti Jamilah Mohd Sukri Che Nurul Asyiqin […]