trending_flat

Gempa bumi sederhana melanda Laut Sulu

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah melanda Laut Sulu  2:58 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:58 petang, 11 Jun 2024Koordinat: 9.2° Utara 119.1° TimurLokasi: Laut SuluMagnitud: 5.1Jarak: 84km Tenggara dari Palawan, FilipinaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

“Mamak.. teh tarik satu, tapau” Komposisi ayat mudah yang menggabungkan bahasa kaum yang majmuk di Malaysia dan sering kita gunakan tanpa kekok di semua lapisan masyarakat, malah juga di kalangan anak-anak kecil. Mungkin ada yang melihat konteks penggunaan bahasa “rojak” ini sebagai rutin biasa, namun tanpa kita sedari semangat meraikan kepelbagaian kaum juga ini dapat kita lihat di dalam pergaulan seharian rakyat Malaysia, samada di peringkat persekolahan, ruang pekerjaan malah di dalam komuniti dan masyarakat. Bukanlah satu pemandangan luar biasa apabila  kita melihat interaksi antara pelbagai bangsa dan agama yang mesra di Malaysia ini, malah turut menjadi pujian pelancong luar negara yang datang ke sini. Semangat kepelbagaian ini adalah tunjang kepada perpaduan di Malaysia yang telah disemai sejak dahulu lagi dan melalui semangat ini jugalah yang telah mendorong Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah […]

trending_flat

Tiada isu berkaitan program taklimat permohonan kewarganegaraan – Sheikh Umar

JOHOR, 9 Jun 2024 - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali meyifatkan tiada sebarang isu yang berbangkit berkaitan program taklimat dan penerangan permohonan kewarganegaraan yang melibatkan ADUN Stulang Andrew Chen. Kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, program yang dianjurkan oleh Andrew tidak bersalahan dengan undang-undang. Sebaliknya apa yang mereka lakukan adalah untuk memberi penerangan dan panduan kepada rakyat yang berhadapan isu kewarganegaraan. "Menjadi seorang wakil rakyat, kita sering dihujani dengan pelbagai aduan. Ini termasuklah berkaitan isu-isu status kewarganegaraan, permohonan sijil kelahiran dan seumpamanya. Isu-isu ini timbul antaranya disebabkan kecuaian ibu bapa, status perkahwinan, pengambilan anak angkat dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang bapa warganegara Malaysia berkahwin dengan wanita warganegara luar. Atau sesetengah pasangan yang berhadapan isu perkahwinan tidak sah taraf dan tidak didaftarkan di Malaysia. Isu seperti ini bukan rahsia, bukan juga isu terpencil atau perkara luar biasa. […]

trending_flat

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia seramai 12 orang warganegara Indonesia dalam satu Operasi Khas pada 6 Jun 2024 di sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam, Selangor. Operasi yang bermula pada jam 8.05 malam melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Menurut Ketua Pengaran JIM Dato' Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan, berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak dan bertembung dengan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Alza, sebuah Perodua Bezza dan sebuah Proton Waja yang dipandu oleh tiga orang suspek dalam keadaan mencurigakan. Kesemua suspek yang memandu kenderaan tersebut mula memecut setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas. "Hasil pemeriksaan, pasukan operasi telah menahan seorang lelaki tempatan disyaki sebagai ‘mastermind’ berusia dalam lingkungan 47 […]

trending_flat

Pemegang saham KJTS lulus semua resolusi dalam AGM

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2024 – KJTS Group Berhad (“KJTS” atau “Syarikat”), penyedia perkhidmatan sokongan bangunan di Malaysia, Thailand dan Singapura, mengumumkan kelulusan kesemua enam resolusi yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan keduanya. (“AGM”). Ini termasuk kelulusan pembayaran dividen satu peringkat pertama dan terakhir sebanyak 0.236 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (“TK2023”). AGM yang diadakan pada 7 Jun 2024, dengan pemegang saham meluluskan resolusi merangkumi pelbagai aspek bagi memastikan kelancaran operasi syarikat. Ini termasuk pemilihan semula pengarah, pengisytiharan dividen, dan kuasa untuk menerbitkan dan memperuntukkan saham. "KJTS mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada semua pemegang saham atas kepercayaan dan sokongan padu mereka. Kelulusan dividen mencerminkan komitmen kami untuk menyampaikan nilai kepada pemegang saham kami sambil mengekalkan tumpuan kami pada pertumbuhan dan kecemerlangan operasi. Syarikat komited untuk mengekalkan komunikasi yang telus dan konsisten dengan pemegang kepentingannya dan bersedia untuk kejayaan dan pertumbuhan berterusan pada tahun-tahun akan datang." […]

trending_flat

Jalani ibadah korban yang lestari menurut sunnah

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi, Dr. Mohd Istajib Mokhtar Ibadah korban yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha merupakan satu ibadat penting dalam agama Islam di mana haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan unta disembelih dsebagai tanda ketaatan dan penghormatan kepada Allah SWT. Bahkan ibadah ini merupakan antara amalan paling dicintai oleh Allah SWT. Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Dr. Mohd Istajib Mokhtar Hal ini dapat dilihat pada hadith Nabi SAW bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (Riwayat al-Tirmizi) Namun begitu, amalan yang baik ini boleh juga mendatangkan keburukan dan dosa sekiranya […]

trending_flat

Go Hub Capital Berhad Meterai Perjanjian Taja Jamin dengan UOB Kay Hian Securities

KUALA LUMPUR, 07 JUN 2024 – Go Hub Capital Berhad (“Go Hub” atau “Syarikat”), penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) pengangkutan utama, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian taja jamin dengan UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd (“UOBKH”) sebagai persediaan untuk Tawaran Awam Permulaannya (“IPO”) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). Orang awam Malaysia 20,000,000 saham IPO disediakan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia. Orang yang layak 12,000,000 saham IPO dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan. Penempatan persendirian kepada pelabur terpilih 75,180,000 saham IPO disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti. UOBKH akan menaja jamin 32,000,000 saham IPO yang disediakan kepada orang awam Malaysia dan orang yang layak sebagai sebahagian daripada perjanjian taja jamin. IPO ini tidak melibatkan tawaran jualan dan penempatan kepada pelabur Bumiputera yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation