trending_flat

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah ditayangkan di kaca televisyen bermula bulan Ramadan yang lepas. Drama ini membawa mesej yang mendalam tentang hakikat seorang individu khunsa menghadapi rintangan kehidupan yang sukar akibat tindakan drastik si ayah ketika beliau masih bayi. Kisah ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai interseksualiti atau umum mengenalinya sebagai ‘khunsa’. Dr. Mohd Salim Mohamed Khunsa merujuk kepada “intersex”, “pseudohermaphroditism”, “hermaphroditism”, dan “sex reversal” atau istilah perubatannya iaitu kelainan perkembangan seksual “(differentiation of sex development” atau “disorders of sex development”(DSD)). Pemahaman masyarakat Malaysia mengenai hakikat interseksualiti masih agak sempit dan kadangkala terkhilaf dengan menyamakannya dengan transeksualiti atau kecelaruan jantina sosial seperti mak nyah, pondan dan lelaki lembut. Malah, istilah yang diperkenalkan sejak 1999 iaitu “LGBTIQ” (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex, Questioning) yang turut memasukkan kategori interseks ke dalam kelompok […]

trending_flat

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu sebuah premis di Kawasan Perusahaan Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah yang disyaki dijadikan stor haram tempat menyimpan dan mengedar gas petroleum cecair (LPG) pada 5 Mei yang lalu. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, serbuan telah dibuat setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai berat isipadu gas yang disyaki kurang daripada berat isipadu gas yang sepatutnya. "Pemeriksaan ke atas premis tersebut mendapati, terdapat 675 unit tong gas yang berisi dengan tong kosong pelbagai jenama ditemui di dalam dua buah lori dan rak yang berada dalam premis tersebut. Hasil pemeriksaan awal, premis tersebut tidak mempunyai lesen borong atau runcit yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Penguat kuasa KPDN telah menyita 94 unit tong gas pelbagai jenama berkapasiti 14kg […]

trending_flat

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai yang mempamerkan kekayaan material dan harta benda di media sosial. Namun, trend ini telah berubah. Kini, ramai yang mula berlumba-lumba untuk berkongsi kebahagiaan mereka di platform media sosial masing-masing, terutamanya mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Adakah media sosial telah menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga? Memperlihatkan kebahagiaan di media sosial seharusnya bermula daripada hati setiap individu. Jika perkongsian tersebut bertujuan untuk memberi motivasi kepada diri sendiri dan orang lain, ia mungkin tidak salah. Tetapi, masalah akan timbul apabila perkongsian itu menjadi berlebih-lebihan sehingga menimbulkan perasaan meluat dan iri hati. Mungkin tidak menjadi kesalahan jika seorang individu yang pernah menghadapi kesukaran dalam hidupnya untuk berkongsi kata-kata motivasi dengan tujuan mendorong orang lain untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian kepada […]

trending_flat

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  ("GTB" atau "Kumpulan"), pemain yang terkenal dalam Industri Perhimpunan dan Ujian Semikonduktor Sumber Luar ("OSAT") dan industri semikonduktor, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penutupan Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) ke - 27 diadakan secara maya dari Pulau Pinang. Pemegang saham mengundi menyokong semua resolusi utama, mencerminkan keyakinan yang kukuh terhadap hala tuju strategik dan pengurusan Syarikat. Semasa AGM, para pemegang saham meluluskan Penyata Kewangan Beraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, bersama-sama dengan pemilihan semula beberapa pengarah utama, termasuk Encik Liaw Way Gian, Encik Ku ​​Chong Hong, Encik Kang Wei Luen, Dato' Sri Zaini Bin Jass, Encik Chiew Jong Wei, Encik Gan Sheng Yih, dan Encik Tan Teik Hsiung. Pembayaran yuran dan faedah Pengarah juga telah disahkan, di samping pelantikan semula Tetuan KPMG PLT sebagai juruaudit Syarikat. Pengurusan GTB berkata, “Kami berterima kasih atas kepercayaan dan […]

trending_flat

Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) perkukuhkan program pencegahan di peringkat akar umbi

BANGI 8 Mei 2024 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Rabu, telah menerima seramai 168 orang pegawai pelbagai skim (Kontrak) dalam Majlis Lapor Diri bagi Pelantikan Baharu Pelbagai Skim Perkhidmatan di Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, (JPKK) bertempat di Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan (PLPP). Melalui fasa pertama penubuhan JPKK, seramai 169 perjawatan pelbagai skim perkhidmatan dan gred (kontrak) telah diluluskan melalui kaedah pertukaran slot. "Di antaranya, seramai 145 orang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ditempatkan di semua JKM Negeri/ Wilayah Persekutuan termasuk 105 orang ditempatkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan bagi mengetuai JPKK Daerah, dan seramai 24 orang pegawai dan kakitangan kontrak yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred ditempatkan di Ibu pejabat JPKK dan JKM Negeri/Wilayah Persekutuan. KPWKM amat positif dengan penubuhan JPKK dan pertambahan jawatan kontrak pelbagai skim perkhidmatan dan […]

trending_flat

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyatakan kekesalan terhadap lantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terbaharu tanpa semakan Parlimen. SPR melalui kiriman di laman Facebook mereka mengalu-alukan Ahli SPR terbaharu iaitu Datuk Haji Sapdin bin Ibrahim yang telah memulakan tugas pada Isnin (6 Mei) yang lepas. Perkembangan lantikan terbaharu SPR ini adalah sangat mengecewakan dan menunjukkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani tidak serius untuk mereformasi SPR. Kedua-dua PH dan BN merupakan komponen terbesar di dalam Kerajaan Madani kini, namun kedua-dua gabungan tersebut tidak menghormati manifesto yang mereka sendiri rangka, sekaligus memperkukuhkan persepsi bahawa Kerajaan Madani tidak serius dalam usaha untuk mereformasikan institusi dan membawa budaya politik yang lebih progresif serta inklusif. BERSIH ingin mengingatkan bahawa kedua-dua Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjanjikan untuk pelantikan jawatan-jawatan utama akan disemak […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Vanuatu

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Vanuatu pada jam 4:17 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:17 petang, 8 Mei 2024Koordinat: 15.0° Selatan 168.1° TimurLokasi: VanuatuMagnitud: 6.2Jarak: 542km Tenggara dari Lata,Kepulauan SolomonKedalaman: 66 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation