trending_flat

Minyak Masak Nice Day Tiada Tanda Halal kerana sedang perbaharui Sijil, elak langgar Undang-Undang

Oleh : JomCheck Kecoh di media sosial apabila imej sepaket minyak masak berjenama Nice Day yang diconteng dengan tulisan ‘non halal’ disebarkan dengan kapsyen yang mendakwa bahawa minyak berkenaan bersumberkan babi. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Rakan JomCheck, MyCheck Malaysia kemudiannya menjalankan semakan dan menerbitkan laporan penuh di laman sesawang mereka: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Logo halal tidak dicetak pada bungkusan produk kerana mematuhi undang-undang sementara mereka dalam proses memperbaharui sijil halal sedia ada. Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2280932 Semakan berkenaan isu ini menemui: a. Tulisan ‘Minyak Masak Sawit Bertapis’ pada paket jelas menidakkan tuduhan ia adalah minyak khinzir.b. Eksekutif Halal syarikat syarikat Sin Hock Soon Edible Oil Sdn.Bhd yang mengeluarkan jenama Nice Day, Izyan Irdawany tampil menjelaskan isu ini melalui Facebook.c. Beliau menjelaskan ketika isu ini tular, pihak syarikat sedang dalam proses pembaharuan sijil halal yang mengambil […]

trending_flat

Menuai barakah Ramadan melalui anugerah nikmat sahur

Oleh: Rusli Abdul Roni Sememangnya Ramadan adalah bulan barakah, bulan kebajikan, bulan kasih sayang Allah SWT kepada seluruh insan. Sehingga tidak satu pun masa ketika dan momen kebaikan yang ada di dalamnya tanpa nilai keberkatan. Malah sesuatu perkara yang dikategorikan sebagai adat kebiasaan pun menjadi ibadah dan keberkatan bernilai pahala dan kebajikan buat orang yang berpuasa di dalamnya. Termasuk makan sahur di penghujung sepertiga malam setiap malam-malam Ramadan yang Allah SWT sediakan. Sesungguhnya benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman). Berkaitan dengan anugerah syariat sahur di bulan Ramadan ini, terdapat banyak isyarat daripada Baginda Nabi SAW. Antaranya adalah seperti hadis hasan yang diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meski pun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana […]

trending_flat

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) ke komuniti pedalaman di Pitas, dan Ranau, Sabah, merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan membentuk insan berperikemanusiaan dan peduli dengan masyarakat sekeliling. Seramai 24 orang mahasiswa dari Jabatan Syariah dan Pengurusan telah menjadi sukarelawan untuk program ini yang dinamai ‘Mahabbah Care4Ummah 5.0’ dan melibatkan hampir 300 orang penduduk muallaf dari etnik Bajau dan Dusun. “Idea untuk menganjurkan program ini muncul setelah mendengar taklimat dari pertubuhan Care4Asnaf yang dijemput oleh pensyarah subjek Keusahawanan Islam, Dr. Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi. Dan apabila diberi peluang untuk bekerjasama bersama Care4Asnaf dalam menjayakan misi kemanusiaan di Sabah, kami tidak melepaskannya kerana melihatnya sebagai satu peluang baik dalam pembinaan jati diri kami sebagai graduan yang akan menyertai masyarakat kelak,” kata Amir Haidar Abdul Samad, yang juga merupakan pengarah program. Selain pihak Care4Asnaf […]

trending_flat

Kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah’ Shopee Dedah Tabiat Beli-Belah Gen Z

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, secara rasminya mendedahkan kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’. Kajian ini mendapati 7 dalam 10 pengguna Gen Z berumur 18 ke 24 tahun menggunakan platform e-dagang sebagai titik sentuhan utama dalam perjalanan membeli-belah. Ini menunjukkan perubahan kritikal, dengan Gen Z secara aktif menggunakan platform ini untuk mengumpul maklumat dan menyelidik secara mendalam sebelum komited melakukan pembelian. Hasil kajian mendedahkan Gen Z selalu memilih platform e-dagang untuk menyelidik dan menemui produk walaupun ada meneroka saluran alternatif yang lain. Kajian juga mendapati kadar melengkapkan pembelian di platform e-dagang lebih tinggi dalam kalangan Gen Z (68%). 18% Gen Z memilih untuk meneroka produk di platform dagangan sosial, sementara 14% memilih untuk melengkapkan transaksi lain melalui saluran lain. Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan untuk Gen Z […]

trending_flat

Menteri Pertahanan terima kunjungan hormat Prabowo

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 - Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Prabowo Subianto telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Malaysia,Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan sempena lawatan khas ke Malaysia hari ini. Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), ia adalah pertemuan julung kali antara kedua-dua Menteri semenjak Mohamed Khaled menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan. "Semasa pertemuan tersebut, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada TYT Prabowo Subianto kerana dipilih sebagai Presiden Indonesia yang baharu berdasarkan keputusan rasmi Pemilihan Umum Indonesia 2024 baru-baru ini. Semasa pertemuan tersebut, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengungkapkan keyakinannya bahawa dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh TYT PrabowoSubianto, inisiatif-inisiatif yang dibawanya, terutama dalam bidang pertahanan, akan memberi kesan yang positif terhadap kestabilan dan keselamatan serantau." kata MINDEF. Menteri kedua-dua negara turutmenyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara. "Kedua-dua Menteri […]

trending_flat

Timbalan KPN dan isteri hadir imarahkan Program World #Quranhour 2024 di Masjid Negara

Sumber : FB PDRM Malaysia Kuala Lumpur, 4 April 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir mengimarahkan Program World #QuranHour 2024 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Masjid Negara, di sini, tengah hari tadi. Turut hadir, isteri Timbalan KPN selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin. Pada tahun ini, surah al-Jumu’ah diangkat sebagai surah pilihan dengan membawa tema “Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial” dengan menekankan penghulu hari Jumaat sebagai momentum penting bagi transformasi minda ummah seluruh dunia. Majlis yang berlangsung secara serentak di seluruh dunia dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu turut menampilkan bacaan Surah al-Jumu’ah daripada tiga qari yang pernah mendapat Johan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan […]

trending_flat

Majlis Kewangan Negara setuju tambah baik pemberian serta sokongan kepada Kerajaan Negeri

PUTRAJAYA, 4 April 2024 - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2024 yang dihadiri oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada hari ini. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), Mesyuarat Majlis Kewangan Negara kali ini bersetuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik pemberian serta sokongan kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2024. “Kerajaan Persekutuan komited untuk bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri dalam usaha memajukan pembangunan negara secara terangkum. Berlandaskan prinsip manusiawi dan ‘rahmatan lil alamin’ yang membentuk kerangka Ekonomi MADANI, penambahbaikan Pemberian kepada Kerajaan Negeri dapat memberi manfaat langsung kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau geografi. Peningkatan Pemberian melibatkan semua negeri di Malaysia dan akan diberikan secara serentak. Walhasil, besarlah harapan saya agar Pemberian ini dapat digunakan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri untuk menjamin kemaslahatan rakyat serta merancakkan pembangunan negeri […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation