Kembara Cuti-Cuti Malaysia The Girls Republique bersama Tourism Malaysia
KUALA LUMPUR, 18 September 2023 โ Sebanyak 12 pempengaruh media sosial yang bernaung di bawah jaringan The Girls Republique, menyertai program Kembara CutiCuti Malaysia The Girls Republique bermula hari ini untuk menghasilkan kandungan media sosial serta mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan menarik di sekitar negeri Kelantan dan Pahang. Program kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia itu antara lain bertujuan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya Generasi Z dan Millennial, untuk lebih aktif melancong di dalam negara serta mencipta kenangan indah bersama rakan-rakan sekali gus merancakkan lagi kempen pelancongan domestik. Antara lokasi pelancongan yang dilawati termasuklah Muzium Negeri Kelantan, Street Art Kota Bharu, Kampung Kraftangan, Pantai Senok dan Pantai Nusuk di Kelantan. Di Pahang, aktiviti pelancongan yang diketengahkan pula melibatkan kawasan Cherating seperti menyaksikan kelip-kelip dan menelusuri mangrove river cruise selain meluncurdi Cherating. Datoโ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, generasi […]