trending_flat

Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia 2023 Tawar Diskaun Jualan Pakej Pelancongan Sehingga 50 Peratus

PETALING JAYA, 10 Jun 2023 - Program pameran dan jualan Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia (JCCM) 2023 yang berlangsung selama tiga hari di 1 Utama Shopping Centre bermula semalam, menawarkan lebih 100 pakej pelancongan pada tawaran diskaun antara 15 sehingga 50 peratus. Antara pakej yang disasarkan bakal menarik minat pengunjung ialah Pakej Eksplorasi 8 Pulau di Semporna, Pakej Jelajah Kota Kinabalu dan Kundasang, Pakej Kereta Api ke Dabong, Pakej Glamping di Lenggong, Pakej Berbulan Madu & Candlelight Dinner di Langkawi, Pakej Percutian di Gunung Jerai, Pakej Cuti-Cuti Cikgu, Pakej Pelancongan Durian dan Pakej Minat Khas Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tourism Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, penganjuran JCCM 2023 yang memasuki siri ketiganya pada tahun ini, antara lain bertujuan merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik menerusi penjualan pakejpelancongan secara terus kepada pengguna. “Selain menggalakkan rakyat Malaysia […]

trending_flat

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan pelantikan Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 12 April 2023. Dalam satu siaran media hari ini. Tourism Malaysia berkata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing telah bersetuju melantik Dato’ Dr. Ammar secara rasmi bagi menggantikan Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April 2023. "Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Hotel dan Pengurusan Pelancongan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dato’ Dr. Ammar sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah dan Oceania). Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Kanan Pengurusan selain menerajui Bahagian Perancangan Strategik serta Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia. Selain […]

trending_flat

Tourism Malaysia Promosi Pakej Pelancongan Minat Khas 50 Tahun Di Laman Malaysia.Travel

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 - Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50, Tourism Malaysia mengambil inisiatif untuk mempromosikan jualan 50 pakej pelancongan berteraskan segmen pelancongan minat khas pada tawaran harga istimewa di laman sesawang malaysia.travel . Penawaran pakej ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada 21 agensi pelancongan berdaftar dan empat pengusaha produk pelancongan seperti spa dan inap desa di seluruh Malaysia. Menariknya, kesemua pakej segmen ini ditawarkan dengan tema angka 50 seperti diskaun 50 peratus, harga RM50, RM50.50 serta pelbagai penawaran lain. Orang ramai boleh membuat tempahan pakej untuk aktiviti kembara, penerokaan gua, merentas hutan, berkayak, berbasikal, berkhemah, karavan, selam skuba, golf, agropelancongan, inap desa, pencerapan burung (birdwatching), white water rafting, waterfall abseiling, jet ski excursion, rock climbing, nature walk, night safari, river cruise dan animal sighting. Selain itu, pakej yang ditawarkan turut merangkumi aktiviti jejak warisan, bergembira di taman tema, […]

trending_flat

Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam

FUZHOU, CHINA 9 Mac 2023 (Bernama) -- Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou di Wilayah Fujian, yang bertajuk "Temui Fuzhou – Ekonomi pada Waktu Malam", telah dikeluarkan melalui akaun media sosial luar negara termasuk "Paris Oriental Center", "Discover Fujian" dan "Discover Fuzhou". Dalam melodi yang penuh dinamik dan ceria, bandar raya Fuzhou yang tidak pernah tidur itu yang diselubungi dengan cahaya terang dan berwarna-warni dan sekali lagi menarik perhatian dunia, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou."Fuzhou pada waktu malam adalah seperti pantulan Bima Sakti di langit". Dalam video itu, projek mercu tanda baharu Fuzhou, bahagian utama bagi rantaian landskap "Dua Sungai dan Empat Tebing Sungai" – Nadi bagi Sungai Min, Daerah Bersejarah dan Kebudayaan Tiga Lorong dan Tujuh Lorong Belakang, Daerah Bersejarah dan Kebudayaan Shangxiahang, Pekan Air Minyue dan tempat-tempat indah yang lain kelihatan berseri dan cantik pada waktu […]

trending_flat

MOTAC Rai Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

SEPANG, 22 Januari 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meraikan ketibaan pelancong dari China, Vietnam, Thailand, Hong Kong dan Taipei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) bersempena dengan Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023 yang disambut semalam. Delegasi sambutan diketuai oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Dato Sri Tiong King Sing. Seramai 237 penumpang dari Fuzhou, China tiba pada jam 1.50 tengahari. Para penumpang dari penerbangan Xiamen Air (MF 0877) ini disambut dan diraikan oleh Dato Sri Tiong King Sing. Sambutan ini dimeriahkan dengan penyampaian cenderamata kepada kesemua pelancong yang tiba melalui penerbangan tersebut. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Sri Tiong King Sing. Kredit Foto UKK MOTAC Seterusnya, Dato Sri Tiong King Sing juga berkesempatan menyampaikan cenderamata kepada 186 orang penumpang yang […]

trending_flat

Lawatan Rasmi Timbalan Menteri MOTAC ke Kuala Lumpur Command And Control Centre (KlCCC)

18 Januari 2023 – YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam. YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengurusan Tertinggi DBKL. Dalam lawatan ini YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat berkaitan fungsi Kuala Lumpur Command And Control Centre yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. MOTAC menyambut baik usaha-usaha yang dilaksanakan DBKL dalam menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandaraya pintar dan selamat dengan kawalan keselamatan, trafik dan inisiatif bantuan awal yang terkini dan sistematik. Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan ‘Heart of Malaysia’ sememangnya menjadi tumpuan pelancong pada setiap masa. Dengan usaha menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah […]

trending_flat

Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri MOTAC Ke Melaka

14 Januari 2023 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YB Dato Sri Tiong King Sing mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka. Hadir sama dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha bersama pasukan kerja MOTAC, Jabatan dan Agensi di bawahnya. Antara agenda yang dirancang termasuklah lawatan ke agensi di bawah MOTAC iaitu Hotel Seri Malaysia dan Kompleks Kraftangan Malaysia yang memaparkan demonstrasi kraf, anyaman rotan, mencanting batik serta lawatan ke Galeri Jualan Karyaneka. Delegasi MOTAC yang diketuai YB Menteri ini juga turut mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi tarikan utama pelancong iaitu Taman Seribu Bunga, Muzium Sejarah & Ethnografi, Galeri Warisan dan Tourist Information Centre (TIC). YB Menteri seterusnya mengadakan lawatan ke Jonker Walk Melaka yang mana sedikit taklimat ringkas diberikan oleh Datuk Wira Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasanya. YB Menteri turut meluangkan masa menyempurnakan perasmian Taman Warisan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation