Syukuri nikmat beragama di Malaysia yang merdeka
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Saban pagi, apabila kita bangun dari tidur yang nyaman, pasti akan kedengaran suara bilal mengumandangkan azan di masjid dan surau di serata tempat. Laungan azan itu bersahutan serentak, mengikut takwim waktu solat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Apabila kita ke masjid menunaikan solat berjemaah, pelaksanaan ibadah solat ditunaikan seragam menurut mazhab Syafi’i sehingga dengan itu tidak timbul perselisihan akibat persoalan furu’ dalam ibadah. Dan seawal permulaan hari kita bersarapan tanpa rasa was-was mengetahui bahawa ada jaminan halal yang dikeluarkan oleh kerajaan pada produk makanan. Jika tiba bulan Ramadan pula, kita akan berpuasa secara bersama dan serentak seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bahkan untuk menunaikan zakat, telah ditetapkan kadar yang tertentu dan ada pihak berautoriti yang kita percayai akan memanfaatkan kutipan zakat tersebut. Kadang kala di […]