trending_flat

Muhyiddin sendiri pernah ajak rakyat sokong DAP

21 Mei 2023 - Berhubung dengan laporan media baru baru ini yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa bingung apabila ada pemimpin UMNO minta ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP Sheikh Umar Bagharib bin Ali menyatakan bahawa Muhyiddin sendiri pernah mengajak rakyat menyokong DAP. "Saya merujuk sikap bingung yang dizahirkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila ada pemimpin UMNO minta ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang. Hakikatnya, Muhyiddin sendiri pernah mengajak rakyat menyokong DAP. Meskipun Muhyiddin rasa 'agak luar biasa' apabila ada pemimpin UMNO menyeru ahli-ahlinya supaya menyokong DAP, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang ganjil bagi dirinya sendiri." kata Sheikh Umar Bagharib dalam satu kenyataan hari ini. Jelas beliau, Muhyiddin sendiri pernah berkempen agar menyokong DAP. Dalam satu ucapan pada Januari 2018, Muhyiddin berkata: "Prinsip […]

trending_flat

Pandangan Annuar Musa dangkal

16 Mei 2023 - Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sheikh Umar Bagharib bin Ali menyifatkan bahawa kenyataan Annuar Musa sepertimana laporan https://m.malaysiakini.com/news/665169 hanyalah menzahirkan pemikiran naif serta hatinya yang busuk dipenuhi sifat kebencian. Menurut Naib Pengerusi DAP Johor itu dalam satu kenyataan, Annuar sepatutnya sedar bahawa Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dijalankan dua hari lalu adalah kelangsungan - setelah enam bulan - titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk pasca PRU-15. "Dan faktanya jelas. PN enggan menyertai Kerajaan ini sepertimana dititahkan. Dengan kata lain, PN gagal memahami dan bertindak selaras titah KDYMM Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Malangnya, perkara semudah ini gagal difahami Annuar. Bahkan tanpa segan silu, Annuar telah memetik DAP dalam kenyataan beliau. Saya harap Annuar tonton semula rakaman penuh ucapan Setiausaha Agung DAP Athony Loke serta pemimpin-pemimpin Kerajaan Perpaduan […]

trending_flat

Keluar Sekejap : KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik

11 April 2023 - Rancangan podcast Keluar Sekejap episod "KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik" yang ke udara baru-baru ini memaparkan kritikan dan Pandangan Khairy Jamaluddin (KJ) dan Sharil Hamdan (SH) terhadap isu2 panas semasa kerajaan, juga terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (FF) yang seharusnya berperanan memberi penjelasan tepat kpd masyarakat umum. Beberapa perkara dibangkitkan di dalam episod kali ini iaitu : Satu undi utk KJ, satu undi untuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. KJ menjelaskan isu ini semasa PRU lepas terbukti untuk Pakatan Harapan (PH). FF tidak dapat lagi menyangkalnya kerana Zahid kini bersama PH. KJ dan SH kuat mendokong bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakon (DSIS) dan menganggap DSIS sebagai pencetus pemulihan ekonomi selepas COVID-19. Berjaya mengambil langkah sepatutnya di bawah kementerian berkaitan pada masa itu, bagi memastikan lockdown tidak akan berulang […]

trending_flat

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham”. Tambahnya, “Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.” 2. Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya. 3. Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah. 4. Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri. 5. Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas PRU 14. Tetapi […]

trending_flat

Abdul Rahman pertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

KUALA LUMPUR 21 Februari 2023 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad hari ini menyerahkan borang menawarkan diri bertanding bagi mengekalkan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan parti itu bulan ini. Beliau yang hadir ketika sesi rehat Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen itu menyerahkan borang tersebut pada pukul 2 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis merangkap Ahli Parlimen Lipis berkata, fokus utama parti cukup jelas iaitu kita perlu melakukan apa sahaja yang perlu untuk bangkit semula dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana inilah parti yang menjadi dokongan orang Melayu. “Tuntutan untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO di Pasca PRU ini bukan lagi satu pilihan namun satu kewajipan buat saya dan semua ahli” “Beri peluang untuk […]

trending_flat

Ismail Sabri terharu dengan titah YDPA

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berasa terharu dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin  Al-Mustafa Billah Shah pada pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini yang memberi titah penghargaan kepada kerja keras sebelum ini, hingga Malaysia muncul menjadi yang terbaik di Asia Tenggara kini. Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, kejayaan yang dicapai tidak datang dengan mudah seperti yang dibayangkan. "Ia adalah berkat kerja keras, muafakat dan keyakinan setiap jabatan dan institusi, serta ketekunan setiap Keluarga Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini sejak bangkit dengan gah-nya dari pandemik COVID-19. Saya terharu dengan titah Tuanku pada pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini yang memberi titah penghargaan kepada kerja keras sebelum ini, hingga negara kita muncul menjadi […]

trending_flat

Isu UMNO dilanyak : Ismail Sabri berikan penjelasan

10 Februari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob tampil memberikan penjelasan mengenai isu ‘UMNO dilanyak’ seperti mana yang diterbitkan oleh pihak media baru-baru ini. Menurut Naib Presiden UMNO itu, laporan-laporan tersebut adalah menyimpang daripada wawancara beliau bersama Mingguan Malaysia pada 5 Februari 2023. Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, dalam wawancara itu, beliau hanya menyatakan kekecewaan yang tidak pernah ditunjukkan selama ini. "Saya Perdana Menteri UMNO. Untuk mengukuhkan UMNO masa itu, daripada 29 menteri kabinet, 14 daripadanya adalah menteri BN walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen. Tetapi waktu itu saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri dari UMNO. Saya dilanyak waktu itu. UMNO seolah-olah pembangkang waktu itu. Ini yang saya maksudkan dalam wawancara saya bersama media tempoh hari." ujarnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation