trending_flat

Harakah, sidang pengarang dan pucuk pimpinan PAS perlu segera bertaubat – Teo Nie Ching

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata beliau berasa 'kasihan' melihat bagaimana terdesaknya parti PAS yang terus menerus membina naratif palsu demi menyerang ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Nie Ching dalam satu kenyataan hari ini, walaupun PAS begitu bangga mendabik dada dengan ‘Gelombang Hijau’, parti ini masih begitu laparkan publisiti murahan berasaskan fitnah dan kepalsuan, seolah-olah ia tidak akan kenyang dengan politik fitnah dan adu-domba yang diamalkan. "Hanya kerana mahu menang dalam perdebatan atas talian, seolah-olah tidak ada kerja lain yang boleh dilakukan, lidah rasmi parti PAS tiba-tiba mencetuskan fitnah kononnya gambar Anwar Ibrahim mengangkat tangan kepada penyokong dengan mata yang lebam pada tahun 1998 adalah kerja suntingan. Ini tidak lain untuk mengangkat profil Datuk Seri Hj Sanusi Md Nor, yang mengajuk gaya terbabit ketika didakwa di mahkamah tempoh hari. Tindakan Harakah ini adalah sangat kebudak-budakan […]

trending_flat

Wujud Momentum Sokongan Kepada BN di Kedah

PADANG TERAP, 3 Ogos - Barisan Nasional (BN) kini kian mendapat momentum sokongan di Kedah dengan beberapa kawasan yang sebelum ini 'hitam' dan sukar dimasuki, berjaya ditembusi di seluruh negeri ini. Menurut Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, 'aura' keinginan rakyat negeri ini kembali kepada BN dapat dirasakan walaupun pihak lawan sering bercakap mengenai gelombang yang menyebelahi Perikatan Nasional (PN). "Di lima belas kerusi BN bertanding, momentum sokongan itu nampak meningkat, seolah-olah terdapat aura untuk orang datang balik kepada BN. "Kita tahu mereka mengharapkan gelombang seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu tetapi di sebalik semua itu, kita nampak ada momentum pula kepada sebelah sini (BN). "Semua ini mungkin kerana kita kuat bekerja mendekati rakyat di bawah. Di Kedah kami menganggap diri sendiri sebagai 'underdog' kerana menentang pihak yang sebelum ini menjadi kerajaan negeri." […]

trending_flat

Gelombang menolak BN di Kedah sudah reda

PADANG TERAP, 31 Julai - Gelombang dan ribut taufan yang menolak Narisan Nasional (BN) dan menyebelahi Perikatan Nasional (PN) di Kedah sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sudah reda dan telah berlalu. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau secara peribadi merasa yakin akan ada perubahan yang berlaku di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. "Gelombang yang berlaku pada November tahun lalu (PRU15) memang sangat besar hingga membolehkan PN mendapat terlalu banyak undi. Tetapi dalam PRU-14 iaitu sebelum gelombang itu wujud, Pas cuma menang 15 kerusi saja dan tidak dapat menubuhkan kerajaan. "Yang menubuhkan kerajaan ketika itu adalah PH sebelum kerajaan itu diambil alih Pas di tengah jalan. "Kini gelombang dalam PRU15 sudah tiada dan kita kembali kepada keadaan asal. Jadi tanpa ada gelombang dan angin yang kuat itu, maka saya jangkakan akan berlaku […]

trending_flat

Saya nak selesaikan tugas yang tergendala di Pedu – Mahdzir

PADANG TERAP, 31 Julai - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertekad untuk menyambung semula tugasan yang tergendala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu setelah tiada lagi wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen ini sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu. Menurut calon BN DUN Pedu itu, rata-rata penduduk ditemui dahagakan perkhidmatan dari seorang wakil rakyat terutamanya berkaitan sentuhan yang mampu membantu mereka dalam pelbagai urusan kehidupan. Katanya, perkhidmatan dimahukan merangkumi pelbagai bidang antaranya berkaitan pendidikan anak-anak serta pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut. "Sebagai wakil rakyat kena carilah mana-mana agensi atau tempat yang memiliki saluran untuk membantu rakyat. Sebagai contoh apabila mereka perlukan bantuan ketika anak-anak mula bersekolah atau mahu masuk ke universiti, ke mana mereka ini boleh disalurkan untuk mendapatkan bantuan? "Begitu juga untuk anak-anak yatim contohnya, kalau mereka memiliki keputusan baik, bagaimana caranya untuk […]

trending_flat

Pelancong China

Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad 1. KDN dan Menterinya tuntut supaya saya buktikan jutaan pelancong China tidak pulang ke negara asal. 2. KDN sendiri telah nyata di Parlimen seperti yang dilaporkan di Berita Harian pada 27 Julai 2022 mengenai lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia setelah tiba di Negara ini dalam tempoh antara 2018 hingga 2021. Ini juga telah dilapor oleh media pada bulan Julai 2022. 3. Saya telah berjumpa dengan ramai mereka dan ramai yang memiliki rumah di Kuala Lumpur. Angka 1.5 juta disebut oleh pendakwa lain. Saya cuma terima dakwaan mereka. 4. Menteri boleh semak data dalam simpanan KDN. 5. Yang punyai maklumat ialah KDN dan Menteri. Tiap tahun Kerajaan isytihar jumlah pelancong yang masuk. Kerajaan tentu tahu jumlah yang keluar. Kenapa tanya saya. 6. Teknologi kini memboleh data dikutip di semua pintu masuk […]

trending_flat

Arul PSM berikrar tidak akan mainkan isu perkauman bagi raih undi

Calon Pilihanraya Negeri Selangor untuk DUN N.25 Kajang dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) Arutchelvan Subramaniams (Arul) berikrar bahawa beliau dan ahli-ahli partinya berikrar tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat. Menurut Arul dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, diskriminasi perkauman dan politik perkauman adalah umpama sebuah penyakit kronik yang menghancurkan rakyat Malaysia pada masa kini. "Maka kami para pendukung perjuangan menentang perkauman atau rasisme ini dengan penuh iltizam berikrarbahawa tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat. Saya akan menjauhi daripada mengunakan apajua unsur perkauman dalam semua aktiviti kempen pilihanraya termasuk ceramah, komen,kenyataan akhbar, tulisan media social, risalah, banner atau apajua bahan kempen yang akan mendiskriminasi atau mewujudkan kebencian terhadap suatu kaum yang lain atau warga migran. Saya juga akan memastikan bahawa semua aktiviti […]

trending_flat

Mahdzir Mahu Ulangi Kejayaan Calon ‘Underdog’ Rampas DUN Pedu

PADANG TERAP, 29 Julai - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu mengulangi kejayaannya pada 2004 dan 2008 sebagai calon ‘underdog’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu. Menurut beliau, situasi yang dialaminya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi berkenaan daripada wakil rakyat Pas. Kejayaan lalu itu bagaimanapun dianggapnya sebagai sejarah dan ia dijadikan panduan untuk disesuaikan dengan situasi masa kini yang jauh berbeza situasi politiknya. "Saya bermula sebagai wakil rakyat di DUN Pedu dan pada masa itu saya merupakan calon bukan pilihan, juga bertanding melawan Pas. Kali ini situasinya hampir sama dan saya yakin pengundi akan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sini," katanya selepas diumumkan sebagai calon DUN Pedu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Iman Hazwan Abd Halim di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation