trending_flat

Rakyat Malaysia digalakkan banyakkan penggunaan perkhidmatan digital – Gobind

SUBANG JAYA, 25 Jun 2924 - Menteri DIgital, Gobind Singh Deo mengalu-alukan pembangunan aplikasi ‘MYDINPay’ yang dilancarkan hari ini. Katanya ia merupakan satu inisiatif yang signifikan bagi MYDIN, yang juga merupakan rangkaian pemborong dan peruncit tempatan pertama yang melancarkan aplikasi edompet. Menurut Gobind dalam satu kenyataan hari ini, aplikasi MYDINPay itu membolehkan pengguna mendapat akses kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa mereka perlu ke cawangan MYDIN secara fizikal. "Ekonomi digital yang kini sedang berkembang pesat mempunyai potensi besar untuk membantu melonjakkan Malaysia di persada ekonomi dunia, sekali gus menjana pendapatan negara. Menjelang tahun 2025, sumbangan ekonomi digital bakal meningkat kepada 25.5 peratus berbanding 23 peratus buat masa ini. Dengan peningkatan e-dagang, perbankan mudah alih dan pembayaran tanpa sentuh, e-dompet telah muncul sebagai cara yang mudah dan selamat untuk mengurus transaksi wang." katanya. Secara amnya, penggunaan e-dompet juga telah meningkat […]

trending_flat

Adakah Teknologi AI Memberikan Kebaikan atau Keburukan?

Oleh Nur Hidayah Binti Rahmat & Nuraimiza Dhaniyah Binti Abd Rahim Apakah itu teknologi AI? Teknologi AI dari Artificial Intelligence atau juga dikenali sebagai Kecerdasan Buatan. Teknologi ini merupakan kecerdasan yang dimiliki suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mempunyai kesamaan dalam pemikiran manusia serta mampu melakukan tugas dan fungsi yang mirip seperti manusia. Teknologi AI cenderung digunakan secara khusus dalam tugas-tugas tertentu. Adakah teknologi AI ini mempunyai kesan yang lebih baik dalam bidang pendidikan ataupun sebaliknya? Hal ini dapat dibuktikan dengan penulisan akhbar yang mengkhususkan teknologi AI dalam bidang pendidikan serta membincangkan kebaikan dan keburukannya terhadap masa depan sistem pendidikan kita. Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, teknologi kercerdasan buatan (AI) telah menjadi sebahagian penting dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Penggunaan AI dalam sektor pendidikan menawarkan pelbagai kebaikan yang mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contoh, […]

trending_flat

Lawatan MCMC ke Kemabong, Sabah

SABAH, 7 Jun 2024 (Bernama) -- Susulan daripada masalah gangguan telekomunikasi yang berlaku diseluruh daerah kecil Kemabong, Sabah pada 4 Jun 2024, MCMC telah membuat lawatan ke kawasan yang terkesan pada 6 Jun 2024. Hasil lawatan tersebut mendapati gangguan disebabkan oleh punca kuasa CPS SESB yang mengalami kerosakan sehingga menyebabkan hampir 40 buah kampung di daerah tersebut terputus hubungan telekomunikasi secara total. MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk menghantar Genset dengan kadar segera bagi memulihkan perkhidmatan telekomunikasi dan berkerjasama dengan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat agar CPS SESB dapat dibaiki dengan kadar segera untuk bekalan kuasa ke menara telekomunikasi utama. Perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut berjaya dipulihkan selepas hampir 20 jam.

trending_flat

Meneroka biodiversiti bandar dengan sains masyarakat

Pertambahan jumlah penduduk merupakan antara penyebab utama kehilangan biodiversiti di seluruh dunia. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan kehilangan habitat, perubahan guna tanah, eksploitasi sumber alam serta pencemaran yang berlaku, seiring dengan peningkatan jumlah penduduk. Semakin ramai penduduk, semakin tinggi permintaan sumber, dan semakin banyak habitat semula jadi digunakan untuk pertanian, perlombongan, perindustrian dan perbandaran. Affan Nasaruddin Penduduk Malaysia telah meningkat sebanyak 4 juta orang sejak tahun 2010, dan dijangka mencecah angka 38 juta menjelang tahun 2030, dan seterusnya 41.5 juta menjelang 2040. Peratusan penduduk di kawasan bandar di Malaysia pula dijangka akan meningkat kepada 84 peratus pada tahun 2040, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kepadatan dan memberi kesan kepada kualiti kehidupan penduduk dan alam sekitar di kawasan setempat. Negara kita sememangnya sinonim dengan kepelbagaian biodiversiti. Berdasarkan maklumat dari pangkalan data Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS), terdapat lebih kurang […]

trending_flat

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya meraih anugerah bagi kategori Telekomunikasi untuk Sistem Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPM) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2024 yang berlangsung di Rotterdam, Belanda, baru-baru ini. Forum Dunia Geospatial 2024, yang berlangsung selama empat hari bermula sejak 13 Mei lalu, mengiktiraf dan meraikan kemajuan global dalam teknologi geospatial yang mengetengahkan penggunaan secara inovatif data berkaitan lokasi. "CIPM adalah satu aplikasi penyelesaian proses pengurusan permit yang dibangunkan oleh MCMC, yang memberi impak yang besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pemain industri telekomunikasi. Sistem perintis ini menguruskan lebih 31,000 struktur komunikasi mudah alih di seluruh Malaysia dan kini giat digunakan oleh lebih 1,300 pengguna daripada 110 Pihak Berkuasa Tempatan dan penyedia kemudahan rangkaian. CIPM telah mentransformasikan industri telekomunikasi dengan menghapuskan ketidakcekapan, halangan birokrasi dan proses meluluskan permit secara konvensional […]

trending_flat

IRC 2024: Menyelaras Keselamatan dan Inovasi Untuk Masa Depan Digital Yang Lestari

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 - Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur pada hari ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Tema persidangan tersebut adalah ‘Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future,’ dan dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). “Sejajar dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk memacu inovasi dan memanfaatkan kepakaran teknologi,MCMC telah menghimpunkan barisan pakar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengawal selia, penggubal dasar dan delegasi ASEAN, untuk bertukar pandangan, memupuk kerjasama dan mempengaruhi trajektori kawal selia dalam landskap global yang semakin berkembang. Saya juga ingin mengumumkan bahawa Malaysia sedang giat merangka undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian bagi menangani ancaman dalam talian […]

trending_flat

Minggu Sains Negara 2024 Sasar Pupuk Minat Pelajar Sekolah terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

PUTRAJAYA, 2 April 2024 – Penganjuran Minggu Sains Negara 2024 bakal diteruskan pada tahun ini dengan sasaran memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM dalam usaha membina bakat berkemahiran tinggi bagi mencapai sasaran negara bertekonologi tinggi menjelang 2030. Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang, pelaksanaan Minggu Sains Negara (MSN) adalah selari dengan hasrat YAB Perdana Menteri serta agenda Malaysia MADANI agar bidang STEM diberikan tumpuan untuk mencipta bakat seiring dengan kepesatan pembangunan sains, teknologi dan inovasi, seterusnya memenuhi keperluan industri khususnya dalam sektor-sektor teknologi membangun seperti kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT), robotik, blockchain, data raya dan sebagainya. https://www.youtube.com/watch?v=xddNghQP32A Justeru, objektif utama penganjuran MSN adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kehidupan seharian, menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara serta untuk […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation